Tiada Siapa Sayang Aku

Assalamualaikum kepada admin dan warga IIUMC-BM sekalian. Aku ucapkan terima kasih kepada admin kerana sudi siarkan luahan hati aku ni.

Aku intro diri aku dulu. Nama aku A (bukan nama sebenar) dan aku berumur 20 tahun. Aku seorang lelaki. Cukup sampai di situ je intro aku.

Apa yang aku nak luahkan dalam ruangan confession ialah pasal diri aku yang aku rasa tiada siapa sayang aku. Maaf kalau penulisan aku berterabur dan tak menarik. Maaf.

Sejak dari form 1 lagi, aku merupakan budak pendiam dan seeing dibuli di sekolah dari segi mental. Dipulau dan diejek tu menjadi makanan aku setiap hari di sekolah. Sejak dulu lagi aku kurang diberi perhatian dari kawan aku dan cikgu aku memandangkan aku adalah seorang yang tak berapa nak aktif.

Aku tak pasti sama ada dorang tak tegur aku sama ada dorang benci atau pun tak biasa dengan aku yang pendiam dan nampak soleh je ni kan. Hahaha. Aku bersekolah agama dulu tapi perangai budak2 nya tak memcerminkan agama pun.

Tapi secara jujurnya, aku tak hanya dibuli mental sahaja seperti dipulau, dimalukan dan diejek tapi ditendang, dicuri duit, dipukul dan sebagainya tak pernah dalam hidup aku walaupun sekali waiman daripada abanga senior sekalipun.

Aku tertekan dengan semua tu sebab aku hilang kawan masa tu. Aku stress bila pergi sekolah dan kalau boleh biar aku seorang sahaja pergi sekolah. Cikgu pula, yang kurang beri perhatian pada aku dan suka hina aku adalah daripada kaum lelaki dan yang buli aku kawan lelaki. LELAKI.

Perempuan pula, guru2 dan kawan2 perempuan aku selalu terima aku dan beri perhatian pada aku. Aku rasa dihargai bila berada dengan perempuan. Tapi aku tak bernani nak bercinta sebab perempuan kalau nak cari kekasih mestilah yang nakal, aktif dan lasak. Aku ni budak skema.

Sejak dari tu, aku rasa aku tiada siapa kat dunia ni yang sayang aku terutamanya kaum lelaki. Aku tak suka orang lelaki. Perkara tu tertanam dalam fikiran aku. Lagi pun, aku ni bukannya jenis budak liar melepak jadi kawan aku bukan ramai pun. Ada kawan pun, jenis toksik. Kawan yang baik?ada tapi sikit je.

Aku mula berubah jadi egoistik sehingga aku rasa semua orang salah dan aku sahaja yang betul. Selain tu, aku pun dah hilang sifat empati dan sifat sayang. Sebenarnya, jiwa aku kosong dan sebenarnya aku rindukan diri aku yang lama dulu iaitu budak skema, baik dan nerd.

Aku rasa aku memang dah jadi psiko disebabkan perasaan dan kehidupan aku yang macam ni. Aku lelaki tapi aku tak suka kawan dengan lelaki. Sebab apa? Sebab bagi aku kaum lelaki yang buat aku macam ni. Lelaki sinonim dengan kekerasan dan kejahatan. Bagi aku, kaum perempuan sinonim dengan kebaikan dan kelembutan.

Sampai satu tahap, aku pernah terfikir untuk bunuh semua jaum lelaki yang ada kat dunia ni. Bila aku berangan macam ni, aku rasa puas hati sangat. (Allahuakbar, dah serupa firaun. Hahaha).

Budak2 lelaki yang banyak seksa mental aku dan aku tak percaya dengan kasih sayang dari seorang lelaki terutamanya daripada kawan. Kalau aku dengan kawan lelaki, aku jadi seorang yang pentingkan diri dan kurang ajar. Dorang tak puas hati dengan aku? Ada aku kisah?

Sampai sekarang, aku ubah diri aku daripada seorang budak lelaki yang lurus bendul, skema dan baik kepada lelaki yang bersifat agresif, nakal dan jahat. What? Jangan kecam aku. Dunia nak budak lelaki macam tu kan? Lelaki baik kan sampah. (Maaf, aku teremosi, aku tengah tahan nangis, Tak guna punya nangis, kau buat aku nampak lemah. Hmm. Dah nangis lah korang. Lemah!. )

Pernah tengok drama Cindai dan Camelia? Ya. Itu lah aku. Sakit untuk terima hakikat itu tapi aku rasa menjadi seorang yang garang dan agresif adalah terbaik. Mental aku dibuli dan aku dipulau habis habisan kerana aku seorang yang kuat belajar, skema dan nerd tapi ketika aku dilakukan macam tu oleh kawan lelaki aku, kawan perempuan aku yang terima aku seadanya. Dorang temankan aku.

Sebab tu lah, aku benci kaum lelaki walaupun aku lelaki tapi aku sayangkan kaum perempuan sangat. Aku selalu protect kakak aku daripada lelaki ajnabi dan aku selalu cakap kat dia “hati2, tutup aurat, kak. lelaki mana ada yang baik, kak. Kecuali Para Nabi Allah).

Doktor sahkan aku ada Anxiety tapi aku pun keliru sebab aku rasa aku ada Depression, split personaliti dan sebagainya. Kenapa aku cakap yang aku ada split personaliti?

Sebab bila aku dengan orang tertentu, aku jadi seorang budak lelaki yang sangat lembut sehingga mana2 orang yang nampak aku kata yang aku ni budak baik. Lagi2 aku adalah seorang guru agama yang mengajar ilmu agama. Tapi bila dengan sesetengah orang, aku jadi agresif, bongkak dan strict. Nampak tak perbezaan sikap aku tu?

Aku dapat detect diri aku macam ni pun lepas tengok drama Camelia. Mostly, aku jadi personaliti yang negatif tu bila aku berada bersama kaum lelaki terutamanya jenis lelaki yang gurau kasar. Aku berubah jadi negatif.

Sebenarnya, dari sudut hati aku. Aku sedih sangat tapi aku jadi macam tu sebab nak protect diri aku. Jadi diri sendiri? Itulah diri aku. Aku suka dengan perangai aku yang psiko ni. Aman hidup jadi garang.

Aku ada juga kawan lelaki aku yang pernah dibuli duli tapi dia ok je. Itu dia.

Tapi kan korang, aku dah semalin sembuh sebenarnya sebab aku berjaya lawan dengan gunakan mindset aku. Aku tukar kepada positive thinking. Alhamdulillah aku bersyukur tau korang, walaupun aku tak ramai kawan lelaki, tapi kawan baik aku yang lelaki semuanya baik2 dan selalu beri perhatian pada aku.

Ok. Itu sahaja daripada aku.

P/s : Tapi masih sampai sekarang, aku rasa insecure dengan kaum lelaki. Tapi sekejap aku fikir positif, kejap aku fikir negatif. Haih, aku pun pelik dengan diri aku.

– A (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *