Assalamualaikum kepada warga iium confession sekalian. Harap admin boleh post confession aku. Aku A, perempuan, berumur 26 tahun. Baru-baru ini, sepupu aku datang ke rumah, mengatakan hasratnya untuk serius dengan aku.
Dia berumur 24 tahun, kerja swasta, pandai layan kanak-kanak, seorang yang menghormati orang tua dan kadang-kadang solat berjemaah di surau. Hubungan aku dengan dia biasa-biasa, bila jumpa cakap benda yang perlu sahaja. Jadi, bila benda ni jadi, aku agak terkejut, sebab tak sangka.
Hal ni jadi complicated bila aku dah cakap tak nak, tapi mak ayah aku suruh aku fikir dan buat istikharah. Mungkin faktor umur, dan perangai aku yang susah nak rapat dengan lelaki, buat mak ayah aku betul-betul tekankan kali ini.
Masalahnya, aku memang tak nak kahwin. Istikharah bagi aku hanya bila keliru, bukan ketika hati aku sudah bertekad tidak mahu. Dan sebenarnya aku takut, jawapan istikharah aku, ialah “ya”.Aku jadi marah bila isu ni dibangkitkan berkali-kali. End up, menangis. Ada banyak reason aku tak nak kahwin.
1. Keluarga
Aku ada 7 adik beradik. Dan dia, 12 adik beradik. Dibesarkan sebagai anak sulung yang perlu dahulukan adik-adiknya, aku jadi penat. Jadi bila fikir aku akan masuk ke keluarganya, hadap lagi satu keluarga besar, aku takut. Cukup jaga hati keluarga sendiri aku dah banyak terluka.
Aku kenal mak ayahnya, adik beradiknya, which is mak sedara, bapa sedara dan sepupu-sepupu aku juga. Jadi aku tahu, antara perkara yang aku perlu hadap jika aku terima dia ialah kata-kata dan sibuk hal ipar duai. Aku tahu bila kahwin memang tak boleh elak, tapi aku rimas.
Satu lagi, ada banyak hal aku dikongkong oleh ayah aku. Jadi, bila aku bayang aku kahwin, persekitaran aku cuma sama, aku cuma lari ke rumah mak sedara aku, balik semula ke rumah aku, aku tak boleh terima.
Dan perkahwinan melibatkan keluarga ni, sama ada akan merapatkan atau makin menjauhkan.
2. Kurang percaya
Aku kurang keyakinan diri. Aku tak percaya ada someone yang akan suka aku, terima kekurangan aku. Aku takut aku akan terluka. Aku ada trusted isu dengan lelaki, (sebab ayah aku pernah kantoi dengan beberapa perempuan & aku banyak belajar dari kisah kawan-kawan aku) dan aku mudah buruk sangka dengan lelaki yang cuba mengurat aku.
Sebab yang datang semua secara tiba-tiba sedangkan aku perlukan masa yang lama untuk pupuk kepercayaan dan secara spontan. Start sebagai kawan biasa dulu, bukan jadi tunang cover-cover macho.
Sekarang ini, sepupu aku cuba ambil hati keluarga aku. Dan ni, lagi buat aku rasa annoying tanpa sengaja. Datang bawa makanan, tak minum sebab puasa (dia datang hari Khamis). Yang mana bila dia cakap dekat ayah aku dia puasa, menambahkan buruk sangka aku.
Aku rasa dia cuma hipokrit sebab nak ambil hati. Aku tak keluar dari bilik, sebab aku takut kalau aku face to face, aku buat muka meluat atau keluarkan kata-kata kesat. Aku tak benci dia, aku cuma benci sebab kahwin tu.
3. Kewangan
Gaji aku RM900 je. Aku nak bayar ptptn lagi, untuk adik-adik aku, belanja aku. Nak kumpul duit kahwin satu hal, tapi aku malas nak share duit gaji aku bila dah kahwin.
4. Sosial
Walaupun umur aku 26, tapi aku baru belajar untuk keluar hang out dengan kawan-kawan. Selama aku belajar, jarang aku keluar, banyak masa aku study, berprogram dan kerja part time. Jadi, aku baru nak enjoy usia muda aku, dan tiba-tiba kena kahwin?
5. Umur
Memang beza dua tahun, tapi jenis aku, kalau aku dah anggap adik, memang aku akan anggap adik-adik. Tambah lagi aku anak sulung. Perasaan nak suka someone yang baya adik aku tu memang mustahil.
(Aku ada ramai kawan lelaki bawah umur, dan memang aku tak ada perasaan terhadap mereka). Aku tahu aku memang tak boleh respect dengan dia sebagai seorang bakal tunang ke apatah lagi suami.
Aku betul-betul takut kali ni. Ayah aku janji akan berlaku adil, tapi aku tetap takut ada paksaan. Aku bagi kata dua kepada ayah aku, sekiranya dia paksa, memang aku lari dari rumah. Aku dah penat hidup dalam paksaan.
Aku pernah nak kelar tangan aku, harap accident, dulu-dulu, bila aku cuba hadap susahnya nak belajar course yang ayah mak aku paksa terima. Mereka tak tahu hal ni. 2 tahun aku tanggung sakitnya tu dan aku tak nak berulang balik.
Harap readers boleh beri komen yang positif. Terima kasih banyak-banyak.
– Perempuan Yang Tak Nak Kahwin Lagi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit