Hi.. Assalamualaikum. Nama aku Maisarah and of course la bukan nama sebenar. Aku nak cerita kisah aku dengan kawan² tak guna aku. Aku tahu ramai lagi yang senasib dengan aku dan ada yang jenis perangai tak guna macam kawan aku ni.
Nak jadikan cerita.. Aku dapat kerja dekat ibu kota. Kebetulan tempat kerja aku tu ada 3 orang je perempuan iaitu aku, Hana dan Lisa.
Kami bertiga ni satu rumah tapi lain² bilik. Kami tiga² ada kenderaan sendiri. Daripada rumah ke tempat kerja makan masa dalam 30 minit kalau tak jem. Maka di sini lah bermulanya saat aku dipergunakan oleh kawan² aku ni.
Dengan alasan nak berjimat, kami p kerja satu kereta je… Semestinya kereta aku la. Alasannya kereta aku kecik senang nak mencilok.
Tiap kali pergi dan balik, ibarat aku drive sorang² je.. Sebab kawan aku ni dua² akan membuta dalam kereta. Tahu² dah sampai je… Aku pernah mintak nak gilir² kereta.. Tapi diorang lagi sanggup tolong drivekan kereta aku. Lama² aku makan hati jugak la…
Yang kedua… Aku selalu dipinggirkan kawan aku 2 orang ni. Kalau diorang pergi mana², tak pernah ajak aku sekali. Tahu² diorang update je dekat ig story atau status whatsapp. Kalau hari cuti aku memang akan bangun lewat.
Pernah sekali kantoi diorang plan bercuti. Time tu aku bangun nak pergi toilet.. Tengok² diorang tengah bersiap lawa². Masing² muka terkejut.
Lepas keluar toilet tu diorang dah siap angkat beg… Lepas tu baru la ajak² ayam nak ikut ke tak. Aku mampu geleng jela.. Sebab dah nampak yang diorang memang tak nak ajak aku pun. Buat apa aku nak terhegeh².
Time ni aku sedar yang aku hanya dipergunakan kalau diorang perlu transport je. Tapi aku sabar je dulu. Bulan berganti bulan… Lisa pun pindah kerja tempat lain. So, tinggal aku berdua dengan Hana.
Jadi bila dah tinggal berdua ni, Hana ibarat hilang tempat bergantung. Kalau nak keluar ke apa, dia akan ajak aku. Mula² aku happy la jugak sebab ada kawan nak berjalan. Tapi rupanya sama aku dipergunakan lagi.
Tiap kali keluar, ibarat aku berjalan dengan dinding. Kenapa aku cakap dinding? Sebab takde respon. Hana ajak aku keluar semata² nak buat teman dia je. Sedangkan dia asyik dengan handphone.
Bila aku bersembang, memang dia takkan pandang, takkan respon dan takkan cakap pun dengan aku. Dia gelak² pun sebab bermesej dengan kawan lain. Bukan sekali dua aku kena macam ni… Dah banyak kali.
Kadang² dia ajak aku keluar time cuti.. Tapi last minute dia akan cancel. Sebabnya dia dah ada kawan lain yang ajak dia keluar. Aku macam biasa la… Mampu tengok jela dia update status dekat mana².
Mesti ramai yang rasa aku bodoh kan sebab masih je kawan dengan dia. Masih je lagi dipergunakan walaupun aku sedar hal tu. Aku ni jenis mudah kesian dengan orang. Kalau orang mintak tolong ke apa, aku tolong selagi mampu. Tambah bila aku fikirkan Hana takde kawan selepas Lisa pindah.
Tapi bila dah biasa dipergunakan macam ni, aku dah start keraskan hati aku. Tiap kali Hana ajak aku keluar, aku akan bagi alasan. Walaupun time tu aku memang takde plan pun nak pergi mana².
Tak lama lepas tu, satu² kawan Hana yang tinggal berdekatan semua dah kahwin. Jadi dia memang takde siapa nak ajak keluar.
Nak dijadikan kebetulan… Adik aku dapat kerja dekat dengan aku. Jadi sekarang time cuti aku akan keluar dengan adik aku je. Time ni la aku rajin plan cuti dengan adik aku. Aku jenis tak suka update dekat mana² status yang aku pergi bercuti. Tahu² aku balik bawa buah tangan je untuk si Hana ni.
Dia pun terkejut bila aku plan bercuti. Kadang² sedih jugak la tengok status Hana sekarang. Time cuti, sorang² je… Tapi aku sendiri pun dah serik dipergunakan.
Sekarang aku tahu yang hukum karma tu wujud… Aku pun dah pindah kerja tempat lain. Alhamdulillah.. Aku jumpa kawan yang betul² ikhlas kawan dengan aku. Kemana² kami pergi berdua. Kadang² adik aku pun boleh join sekali lepak dengan kami.
So, untuk orang² yang bersikap seperti Hana dan Lisa ni, aku nasihatkan jangan lah korang amalkan sikap macam tu. Takde benda yang kekal pun dekat dunia ni. One day kau sendiri yang akan rasa apa yang kau pernah buat dekat orang lain.
Nak berkawan biar la ikhlas… Bukan dengan niat nak mempergunakan.
– Maisarah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit