Assalamualaiakum, saya harap iium confession dapat publish cerita saya untuk saya dapat feedback and buat keputusan yang terbaik untuk saya dan anak2.
Nama saya Tipah, berumur 40 tahun, mempunyai 4 orang anak dan seorang suami yang sangat berkira dan boleh saya katakan kedekut. Secara luaran orang nampak kami macam pasangan bahagia tapi hakikatnya saya makan dalam. Sorry la saya cerita panjang sikit macam novel.. but bear with me ya.
Saya dilahirkan dalam keluarga yang well off. Walaupun saya merupakan anak perempuan tunggal,bongsu dan mempunyai 2 orang abang yang lebih besar, tapi parents tak pernah lebihkan saya especially my mother sebab baginya saya hanya moderate achiever dan abang2 lebih pandai.
So saya rasa dari sini mula perasaan sifat survivor and denial tu wujud sebab orang akan selalu cakap ala.. u anak perempuan, sorang n bongsu pulak tu.. sure anak emas mak dan daddy,hakikatnya tak tapi bila orang cakap macam tu saya hanya mengiakan, dan makan dalam sebab saya tak dapat apa yang orang2 sekeliling dok katakan.
Saya juga mempunyai very low self esteem.. kerana dari kecil saya seorang yang gemuk dan takde rupa sangat.. boleh saya kata rupa saya ni macam cik B anak Datuk vida tu dulu kecik2..
Jadi dari kecik saya jarang dapat perhatian dari my parents and orang sekeliling. Tapi semuanya berubah bila lepas SPM saya exercise dan jaga makan dan basically bila saya masuk alam pekerjaan saya dikira dalam kategori “hot” la jugak.. sebab masa tu ada duit sendiri nak melawa dan kurus (took me few years nak kurus!)
So di sini saya berkenalan dengan suami saya which for me masa tu i rasa desperate sangat.. selama 22 tahun takde orang really loved me and pay attention to me suddenly ada mamat yang suka pada kita. So kami memang tak berkawan lama, maybe 1 year and then terus kahwin.. tak tunang pun..
Ada la cerita disebaliknya.. tak yah lah saya elaborate nanti panjang sangat. And my husband ni 7 tahun lebih tua dari saya. Maksud saya.. saya rasa desperate sebab masa tu siapa yang suka aku.. rupa ok.. kerja bagus.. grab je. So bagi saya kesilapan start disitu sebab tak bebetul kenal suami.. dia ajak kawin je saya terus ok.
So lepas kawin.. saya bunting pelamin.. punyalah happy.. salah satu sebab ialah because it’s a licence to eat! Oh saya kawin umur saya 23.. so bout 6 years of dieting tu.. bila dapat baby orang kata boleh makan untuk 2 orang.. saya pun apa la lagi… peluang.
So i’ve gained weight and i perasan masa ni my husband dah start berubah.. siap pernah caught texting other woman i miss you la.. tapi as i said.. being denial n feeling i dont want to lose him.. kami gaduh dia minta maaf.. end of story. Benda2 ngan perempuan lain ni.. selama kami berkahwin 16 tahun ni it happened twice.
So.. suami ni datang dari family biasa2 je middle income family and being a working woman and well off family, suami anggap dia tak perlu bagi nafkah kat saya. Saya tengok masa tu pun dia tak adalah senang mana.. dengan tengah buat MBA guna duit sendiri dan being a naive girl saya rasa takpe lah dia tak bagi nafkah apa2 pun its ok.. kesian kat dia nak survive.. well i was stupid!
konsep nafkah bagi dia adalah pakaian akan dibelikan setahun sekali sahaja waktu nak raya dan apa yang dia dah spend untuk belanja dapur. Thats it cukup… kenapa dia tak boleh bagi lebih sebab dia pun banyak hutang.
Hutang apa? Tak tau sebab dia ni takut sangat nak share financial dia ngan saya.. sebab i feel dia takut bila i nampak slip gaji dia n betul2 brapa income dia i will demand macam2… For 16 years of marriage ni i rasa 2 or 3 kali je kut i nampak slip gaji dia.. tu pun punyalah seksa nak minta sebab nak bagi kat sekolah untuk inform pendapatan ibu bapa.
Fikir2 balik.. husband ni mmg tak pernah share apa2 personal password dia ngan i.. maybe pernah caught cheat dulu kut.. sebab tu dia tak share password handphone,FB, account bank.. anything personal about him.. i’m kononnya being a good wife.. nak khusnuzon je la kan.. fikir baik je la.. tapi yang buat i realize and tak tahan ni sebab :
1. Dah lama sangat in denial about nafkah ni, bila my mother tanya.. i akan buat statement ya.. ahmad ada bagi duit nafkah. Untuk jaga aib suami.. padahal tidak.
2. Kedekutnya masyaAllah baju i n anak2 hanya beli setahun sekali.. apa dia ingat hari2 ada 365 hari tu cukup pakai yang tu je?.which is around 5 pasang setiap kali beli untuk raya.oh and plus alasan dia x nak beli baju dah sebab masa my daughter miza kecik2 dulu dia beli tak pakai pun..
Hello??!! Takkan nak pakai baju sama hari2 kut. I yang terpaksa beli tambah untuk anak2 pakai kut. 5 pasang tu termasuk seluar dalam baju dalam tau!
3. Sekarang ni dia dah berhenti kerja and start his own business.. n bisness dia Alhamdulillah makin berjaya. Tapi the 1st thing dia kata bila dah dapat income kunun2nya brapa ratus ribu, dia nak buat rumah untuk mak n adik2 dia tinggal. Terkedu i mendengarnya..
Rumah yang kami duduk sekarang ni pun my father yang kasi.. dengan pagarnya rosak, maintaince tinggi.. dia anggap tu bukan tanggungjawab dia.. my father yang salah bagi rumah besar.. so nak maintain the house tanggungjawab i lah.. or my father.
4. Oh dia beli kereta merc ya tuk dia.. bila i tanya. Dia kata he has worked very hard doing double job (start perniagaan masa tgh kerja makan gaji).. again being a good wife.. i support cuma yang sakit hati dia akan cakap kalau i pinjam kereta dia.. ha make sure bawak kereta tu baik2. Kalau u langgar apa2 u yang tanggung.. Ada dia kesah pasal aku.. nan hado!
5. For me dia anggap beranak dan mempunyai anak tu suatu yang normal tak perlu dibesar2kan pun. I yang bertarung nyawa ni operate 4 orang anak ni bagi dia not a big issue.
Mak dia sacrifice bagi duit untuk dia beli rumah zaman muda2 dulu n bagi dia modal untuk bisnes ni lebih besar pengorbanan.. Adik2 dia juga “berkorban” sebab scholar dia dapat dulu tu hanya untuk dia seorang.. adik2 tak dapat. Sebab tu adik2 “terpaksa” duduk cramp serumah dengan mak dia..
FYI, adik2 dia dah kawin ada family dan anak2 n masing2 ada kerja sendiri.. cuma for me diaorang ni malas nak fikir tanggungjawab duduk la rumah mak tu.. sebab tak payah bayar sewa.. mak bayarkan bil, mak beli groceries.. tapi my hubs ni kata oh kesian adik2 dan mak dia hidup dalam poverty.
Sebab tu bila ada duit lebih je 1st thing nak buat adalah rumah untuk mak dan adik2 duduk. Hello poverty kemendenya kalau mak dia yang dah pencen tu boleh berjalan ke luar negara 6 kali setahun..duit pencen arwah ayah ada..
6. Dia pun kata kononnya dah buat kira2.. i ada gaji.. nanti pencen ada pencen.. apa nak susah kalau dia tak bagi nafkah? Bukan dia tak tau kalau awal2 dapat gaji je, tolak itu ini, duit i tinggal RM500 je dalam bank.. nak survive pergi kerja, duit minyak, makan.. and mana duit i pergi walaupun gaji banyak? Sebabnya everything perbelanjaan in this house kena bahagi dua.
Dari household sampai la holiday semua bahagi dua. Recently je kut rasanya dalam 2018 i baru pandai claim balik duit2 groceries dari dia sebab ternampak slip gaji dia.. amount almost double dari my gaji..then i realize.. dia enjoyed himself.. boleh enroll gym, makan luar, beli perfume mahal branded.. baju branded.. i nak beli baju branded boleh kira la kut ngan jari ada 2-3 helai je. Beli perfume pun yang jual 3 botol RM50 tu.
He blamed me kata duit gaji i tinggal sikit sebab i amik loan asb banyak2.. sebab tu takdak duit. Kalau korang nak tau.. dengan duit asb tu lah i simpan buat simpanan untuk diri n anak2 untuk future.. sebab i’ve got this gut feeling yang bila dia dah berjaya nnti duit dah banyak dia kan leave me and anak2 je.
7. Dia memang culas bab solat. Al quran pun jarang sangat nak pegang.. setahun maybe sekali. Baca yassin/ quran bulan puasa. Rasanya dalam 16 tahun ni dia ajak solat berjemaah (tu pun i bebel n paksa) adalah kurang dari 20 kali.
Anak2 punya solat ke baca Alquran ke.. tak penting. Yang penting score kat sekolah n kumon. N selalu dia bagi hint kalau anak2 tak pandai or tak berjaya macam dia.. dia rasa rugi je nak bagi duit n invest kat budak2 ni.
So my conclusion now is i want to get out from this marriage. Cuma saya fikirkan kesian anak2 akan hidup tanpa ayah n what an emotional rollercoster that they’ll be facing.. anak kami paling kecil umur 3 tahun.
And yes.. bila i cakap nak cerai my husband kata ok dengan condition duit nafkah anak2 lepas bercerai dia tak tanggung. No 2 nya kesian kat my parents yang dah tua tu.. mau dia sakit jantung orang cakap anak perempuan dia sorang ni bercerai la pulak.. betapa heartbrokennya mereka nanti.
So saya sangat berbelah bahagi sama ada nak teruskan dengan penceraian atau keep living in this toxic life. Help me!
– Tipah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit