Masih Single Di Usia Lanjut

Masih single di usia 40 membuat diri terasa “kosong”. Nak cari lelaki, masih tertanam dalam diri salah berboyfriend atau bergaul bebas. Tuhan tak suka. Itu mendekati zina.

Bila sejak kecil dididik bahawa pergaulan antara lelaki perempuan itu perlu dikawal, diri menjadi peribadi yang sangat berhati-hati dalam berinteraksi. Niatnya, mahu taat. Mahu jadi hambaNya. Mahu memelihara kehormatan diri.

Lagipun, ayah sangat garang. Dengar je lelaki telefon ke rumah, habis ditengkingnya. Lalu sebarang rasa terhadap lawan jantina di sepanjang pengajian universiti semuanya dipendam. Kerana mahu memelihara diri. Kerana begitu yang dididik ibu bapa, ustaz ustazah, naqibah dan semua lah.

Di usia mendekati 40 tahun ini pula, terbit pemikiran nakal “Agaknya kalau dari dulu cari teman lelaki, mesti dah kahwin sekarang ini.”

Pelik dengan persoalan begitu. Entah bisikan syaitan. Terus belek Quran, tercari-cari solusi. Sebenarnya harus bagaimana soal jodoh ini?

Semua usaha telah dilakukan. Dah minta tolong wali. Dah minta tolong para naqibah. Dah usahakan sendiri di portal online.

Realitinya urusan matchmaking ini tak ramai yang sanggup ambil tanggungjawab. Banyaknya respond yang diberi adalah “Saya akan terus bantu mendoakan. Nanti² ada jodoh tu, adalah.”

Urusan jodoh dianggap sesuatu yang magic. Akan muncul tanpa usaha. Susah mungkin urusan matchmaking ni Kan. Itu yang timbul pemikiran, lagi mudah galakkan lelaki perempuan bergaul bebas. Cari jodoh sendiri.

Hajat mencari solusi dalam Quran. Tetapi, risau pula jadi sumber “blaming others.”

Apa tidaknya, realiti perintah nikah ini terletak pada wali, imam kampung atau orang yang bertanggungjawab.

وَأَنكِحُواْ ٱلۡأَيَٰمَىٰ مِنكُمۡ وَٱلصَّٰلِحِينَ مِنۡ عِبَادِكُمۡ وَإِمَآئِكُمۡۚ إِن يَكُونُواْ فُقَرَآءَ يُغۡنِهِمُ ٱللَّهُ مِن فَضۡلِهِۦۗ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٞ

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.

-Sura An-Nur, Ayah 32

Perkataan yang Allah guna dalam ayat ini, tidak pula suruh “kahwinlah” (diri sendiri yg kahwinkan) tetapi perkataannya adalah “kahwinkanlah”.

Perspektif daripada ayat ini:

Si single lega. Tak lagi rasa dipersalahkan jika tiada jodoh setelah usaha segala. Sebab tanggungjawab itu rupanya bukan pada dirinya.

Yang menjadi masalah adalah mula rasa nak tuding jari & menyalahkan.

“Kalau dari dulu tak nak ambil tanggungjawab menikahkan orang bujang, lebih baik jangan dihalang pergaulan bebas. Biar mereka dari dulu cari jodoh sendiri.”

Bisikan syaitan ni juga. Renung ayat berikutnya… Eh. Tuhan tak suruh menyalahkan lah. Tuhan tak suruh tudung jari.

Tuhan suruh sabar.

 

وَلۡيَسۡتَعۡفِفِ ٱلَّذِينَ لَا يَجِدُونَ نِكَاحًا حَتَّىٰ يُغۡنِيَهُمُ ٱللَّهُ مِن فَضۡلِهِۦۗ وَٱلَّذِينَ يَبۡتَغُونَ ٱلۡكِتَٰبَ مِمَّا مَلَكَتۡ أَيۡمَٰنُكُمۡ فَكَاتِبُوهُمۡ إِنۡ عَلِمۡتُمۡ فِيهِمۡ خَيۡرٗاۖ وَءَاتُوهُم مِّن مَّالِ ٱللَّهِ ٱلَّذِيٓ ءَاتَىٰكُمۡۚ وَلَا تُكۡرِهُواْ فَتَيَٰتِكُمۡ عَلَى ٱلۡبِغَآءِ إِنۡ أَرَدۡنَ تَحَصُّنٗا لِّتَبۡتَغُواْ عَرَضَ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَاۚ وَمَن يُكۡرِههُّنَّ فَإِنَّ ٱللَّهَ مِنۢ بَعۡدِ إِكۡرَٰهِهِنَّ غَفُورٞ رَّحِيمٞ

Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya; dan hamba-hamba kamu (lelaki dan perempuan) yang hendak membuat surat perjanjian untuk memerdekakan dirinya (dengan jumlah bayaran yang tertentu),

hendaklah kamu melaksanakan perjanjian itu dengan mereka jika kamu mengetahui ada sifat-sifat yang baik pada diri mereka (yang melayakkannya berbuat demikian); dan berilah kepada mereka dari harta Allah yang telah dikurniakan kepada kamu.

Dan janganlah kamu paksakan hamba-hamba perempuan kamu melacurkan diri manakala mereka mahu menjaga kehormatannya, kerana kamu berkehendakkan kesenangan hidup di dunia. Dan sesiapa yang memaksa mereka, maka sesungguhnya Allah – sesudah paksaan yang dilakukan kepada mereka – Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

-Sura An-Nur, Ayah 33

Realiti dunia ini, memang tak semua manusia taat keseluruhannya. Mungkin kandungan Quran itu sendiri tak difahami.

Dihalang segala pergaulan bebas demi memelihara daripada mendekati zina. Tapi tanggungjawab menikahkan orang bujang itu tiada yang sanggup galas.

Bagaimana hati mahu menyikapi keadaan ini?

Terimalah semuanya sebagai ujian.

Andai Quran dijadikan sumber untuk “blaming others”, tak bahagia hidup.

Quran itu untuk dijadikan pedoman “Apa lagi yang aku belum laksanakan.”

Bukan untuk dijadikan bahan menyalahkan orang lain “Dia sepatutnya buat begini begitu. Tuhan dah cakap begini, tetapi kenapa tak buat?”

Stress hidup jika bergelumang dengan blaming games ni.

Tak boleh move on.

Maka, Wahai diri.

Berdamailah dengan dunia yang realitinya sebuah ujian.

Being single at the age of 40 is ok. Teruskan taat pada Tuhan dan beramallah sebanyaknya.

Being single is also a test. Moga² saat lulus ujian unik ini, Tuhan akan mengganjarkan dengan pasangan di syurga. Di sana, engkau akan puas.

Dah, jangan lah justify it’s ok mendekati zina untuk dapat jodoh. A’uzu billahi min asy-syaitonirrajim

– Mei Mei (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. terima kasih confessor.. anda seorang yang hebat. berdamai dengan ujian memang susah. lagi2 bila couple2 senang je nikah… sedangkan yg menjaga batasan ramai membujang.. bukan senang ujian membujang sebenarnya. bertabahlah di jalan kebenaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *