Hai, korang. Assalamualaikum.
Aku nak bagi respon tentang sebuah confession yang nampak menarik dan buat aku triggered nak menulis. Sebab, aku yakin aku kenal Along ni.
Boleh baca confession berkenaan di sini, (https://iiumc.com/surat-buat-mama/).
Kau Along kan?
Aku tak nak sebut nama dia. Sebab aku yakin, dia pon tak nak orang tahu dia siapa.
Tapi, aku rasa, setelah sekian lama dia memendam rasa, dengan hanya orang-orang terdekat dan rapat je tahu betapa seksa jiwa dia, akhirnya dia bersuara. Dan, aku tahu dia membaca setiap komen korang.
Aku jugak baca setiap komen korang.
Along, kau tengok.. Ramai sayang kau!
Ye, aku terharu bila baca tiap satu komen korang.
Cuma, aku rasa, mungkin along rasa sedikit terluka bila mana dia baca komen yang macam mengecam mama dia.
Sebab, along ni walaupun dia dah luka berkali-kali dengan mama dia, orang paling dia sayang adalah mama dia, abah dia. Walaupun, kadang-kadang hilang akal dia dibuatnya melayan kerenah mama dan tingkah abah dia.
Aku nampak komen ajak dia pergi gym. For your information, Along ni last aku update pasal dia, dia memang on diet. Dan recently, bila aku view FB dia, she look radiant and a bit slimmer than before.
Tapi, aku jugak nampak mata dia yang makin sedih dan kelam.
Aku tak sure macam mana nak bagi korang faham.
Tapi, jujurnya, along ni bukanlah perempuan terperuk menyepi di sudut dinding dan sejenis meratap menangis menagih simpati.
Dia bukan orang begitu.
Korang kalau kenal dia, dia seorang yang sangat matang, independent, manis dan bagi aku dia cantik in her own ways.
Bukan sorang dua aku kenal memuji interpersonal skills dan presentation skills dia.
Dia intelligent. Sangat berpengetahuan. Kau bukak je isu dunia depan muka dia, dan kau akan rasa macam aku rasa. Kekaguman! Dia ulas isu tu mudah je. Sebab pandangan dia berbeza dan as she always said herself, “I am twisted in so many ways kan?” sambil ketawa-ketawa.
Tapi, satu je dia takkan sentuh. Hal ibu bapa.
Berapa kali entah dia dah handle program motivasi, tapi, dia memang takkan sentuh bab ibu bapa ni.
She even blank. Muka dia kosong tak beriak. Yelah, everytime buat program motivasi budak-budak kan, mesti ada pasal mak ayah etc ni kan?
Tapi, kau akan tengok dia duduk je dengan muka kosong, tak mengulas sedikit pun, walau diminta oleh kawan-kawan lain untuk menyumbang poin.
Dia diam, dan aku tahu dia tengah tahan sesak dalam dada dia.
Paling teruk pun dia akan menguap dan pura-pura mengantuk sebab dia dah tak tahan sangat nak menangis.
Itu along.
Dia introvert, bermuka tenang, dan bagi aku dia wanita elegant. Dia pandai bergaya, dia tahu macam mana nak adapt dengan situasi dan memang boleh jadi pekerja cemerlang dekat mana je dia tercampak.
Tapi, jiwa dia tu…
Kalau korang nak dia dekatkan diri dengan Allah?
Heh! Salah besar!
Dah berapa orang tak bertudung, jadi bertudung berkawan dengan dia.
Dah berapa orang hilang arah tujuan hidup, jadi kenal Tuhan, bertaubat sejak kenal dia.
Dan ada 2 orang yang aku kenal, dari tak kenal huruf Al-Quran, jadi lancar mengaji sebab tunjuk ajar dia.
Dia wanita yang terdidik dengan agama dan adab.
Dan kalau pun mama dia melabelkan dia sebagai produk yang gagal, aku rasa mama dia dah salah besar.
Kalau dibandingkan dengan anak-anak kesayangan mama dia, along adalah produk yang cemerlang dan sangat berkualiti.
Mungkin kecemerlangan itu tidak tertulis atas sekeping ijazah along yang tidak bertulis dekan. Tapi, along je anak mama abah dia yang ada ijazah!
Adik perempuan dia yang cantik tu pun sekadar dekan diploma saja, kemudian berkahwin dan beranak!
Jadi, along bukan produk yang gagal.
Tapi, aku tahu. Walau sesakit mana orang lain buat dia, fitnah dia, tikam dia dalam diam, dan bunuh dia berkali-kali pun, dia tetap bangkit. Tapi, kesakitan terbuang dek mama abah sendiri tak sama dengan terbuang dek masyarakat.
Aku sekali lagi, mengucapkan terima kasih atas komen murni kalian. Along memang perempuan baik, wanita paling kuat pernah aku kenal. Aku tak pernah jumpa orang yang sebaik dan sekuat dia ni dalam usia 33 tahun.
Bagi aku yang kenal along, korang takkan terjangkau akal macam mana dia survive sepanjang 33 tahun ini dengan mental torture begitu.
Hinggakan definisi family dia twisted gila!
“Family is a group of people who lived together but hate each other”.
Itu definisi family pada along.
Dan dari situ, kau boleh bayangkan dia punya simpan sakit dalam hati dan jiwa dia tu sorang-sorang. Malah, kalau kau kata kau hidup berantakan sebab family kau broken, mak ayah kau bercerai, cuba kau cerita dekat along.
Mesti dia senyum. Dan komen dia akan didahului ayat, “Sekurang-kurangnya, mak ayah korang tak membesarkan korang dengan benci pada satu sama lain. Sekurang-kurang, korang masih ada kasih sayang mak ayah, adik beradik, korang je yang kufur nikmat tu!”
She as savage as that.
Dan aku yakin, orang yang dihadap dengan penderaan mental selama 33 tahun macam along, barely survive macam along.
Along, aku nak cakap satu je. You doing great! Aku dah banyak kali cakap kan, kau dah buat yang terbaik. Kau anak yang baik, aku yakin syurga tempat kau.
Kau dah berbakti dah dengan mama abah kau. Sehabis daya kau jadi selfless. Masa ayah kau stroke tahun lepas, aku tahu kau struggle financially untuk meets your end sebab nak cukupkan apa-apa yang mama kau tak cukup, sementelah adik kau yang kaya, sangat berkira itu ini sampai nak meminta-minta bantuan itu ini.
Tapi, prinsip kau yang tak suka mengemis perasaan dan perhatian tu, kau bawa sampai tak nak mengemis duit. Kau sanggup susah sorang-sorang semata nak bagi mama abah kau selesa.
Ye, dan aku tahu kau terluka dengan kejadian baru-baru ni, sebab mama kau buat kau macam sampah lepas dekat 2 tahun kau korbankan banyak perkara untuk memudahkan dia menguruskan abah kau.
Tindakan kau menjarakkan diri dengan bekerja di KL/Selangor sejak 4 tahun lepas, aku memang puji. Sebab kau mula tahu apa yang kau nak. Aku tahu masa tu kau pun dah tak tahan dengan mama abah kau.
Tapi, yelah, sebab hati kau baik. Sebab kau orang baik. Kau tetap balik semula menjadi along yang baik untuk mama abah kau, sebab adik-adik kau tak endah.
Dan, sudahlah along. Fikirkan hidup kau. Kau cantik, kau bijak, kau independent. Lelaki yang dapat kau, kalau dia siakan kau, memang patut kena rejam!
Kau buat je apa yang buat kau rasa hidup. Kau dah berjaya setakat 33 tahun ini. Teruskan lagi untuk 20 atau mungkin 30 tahun mendatang ni.
Hidup mati, ajal maut tu semua atas tangan tuhan. Atas kuasa Allah. Kau jangan takut bila orang datang menghulur salam perkenalan. Aku tahu, bukan sorang dua kau endahkan sebab kau takut orang pandang kau lain bila kenal family kau dan letak duduk kau dalam family kau yang serba twisted tu.
Believed me, Along. Kau dah buat yang terbaik. Moga Allah balas segalanya dengan baik-baik.
Dan komen-komen di confession kau yang lalu, terbukti ramai orang sayang kau. Siapa je yang bagi kasih sayang tu semua kalau bukan Allah yang campakkan? Dan Allah tak mudah-mudah nak campakkan sayang dalam hati stranger kalau kau bukan orang yang baik, Along!
Teruskan dengan kualiti kau. Aku tahu kau hebat!
– Orang Bumi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit