Assalamualaikum wbt. Aku menulis artikel ini sekadar untuk muhasabah diri dan perlunya redha dengan setiap ketentuan yang telah diatur oleh-Nya.
Setiap orang ujiannya lain-lain. Sama ada kita mampu tempuhi atau tidak. Setiap ujian itu pasti ada seribu hikmah yang kita tidak sedari dan hanya orang yang percaya dengan hikmah itu sahaja mampu memahaminya.
Nama aku,Saffiya (bukan nama sebenar) telah menempuhi pelbagai ujian dari Allah yang bagi aku agak berat untuk dilalui.. tapi aku tetap redha di atas segalanya yang telah ditakdirkan untukku.
Aku diuji dengan sakit sejak dari lahir..tapi masa aku kecil dulu,aku hanya sakit biasa-biasa sahaja. Tidak terlalu berat kerana aku masih lagi aktif bersukan sejak dari sekolah rendah sehingga ke universiti. Waktu itu tiada apa-apa sakit.
Bermula ujian sakit aku yang pertama adalah ketika aku berada di tahun akhir di universiti. Setiap cuti semester aku balik ke kampung untuk membuat pemeriksaan di hospital.
Akhirnya selepas aku habis praktikal,aku telah menjalani pembedahan di salah satu anggota badan aku ini. Waktu itu, aku agak terkedu bila terpaksa melakukan pembedahan. Sebab itu merupakan pembedahan pertama aku. Aku redha.
Beberapa tahun kemudian, aku diuji lagi dengan penyakit yang kedua yang sesungguhnya aku sendiri tidak mengetahuinya dan juga memerlukan pembedahan. Pembedahan kali ini adalah minor operation sahaja. Aku tetap redha menerima takdir Tuhan.
Selepas sembuh dari penyakit itu, aku telah pergi menunaikan umrah. Sewaktu disana aku memohon kepada Allah supaya dikurniakan aku kesihatan dan aku berdoa agar Allah membuang segala jenis penyakit yang masih ada di dalam tubuh badanku ini. Akhirnya, setelah 3 tahun selepas aku menjalani pembedahan kedua.. Allah telah memakbulkan doaku.
Untuk pembedahan ketiga ini.. betapa aku merasakan ujian ini adalah amat berat untuk aku tanggung lagi. Tapi aku tetap redha dan bersabar diatas ujian yang sedikit ini. Aku tetap berfikir positif, mungkin Allah ingin kifarahkan segala dosa-dosaku yang lalu dan mungkin Allah ingin mengangkat darjatku disisi-Nya.
Pada waktu itu, aku sangat rasa down dan sesekali terfikir mengapa begitu banyak ujian sakit ini? Astaghfirullah.. aku beristighfar berkali-kali kerana menidakkan takdir yang telah ditetapkan Allah untukku hamba yang lemah ini.
Setelah melakukan solat hajat dan istikharah,aku redha dengan ujian Allah. Aku teruskan juga pembedahan ketiga walau berat untuk aku terima kerana waktu itu aku terfikir, mungkin ini nafasku yang terakhir bernafas di muka bumi Allah ini. Dalam masa yang sama, aku pohon doa-doa dari orang sekelilingku terutamanya keluarga aku sendiri agar pembedahan ini berjaya.
Alhamdulillah.. Allah mengabulkan doaku dan orang-orang yang berdoa untukku dan lebih menghairankan lagi, sewaktu aku melakukan major operation ini, aku cepat sedar dari pembedahan. Aku sedar semasa di dalam bilik bedah lagi.
Doktor pun hairan kerana aku cepat sedar dari pembedahan. Sebab doktor cakap, pembedahan ini biasanya pesakit akan sedar selepas 2hari di bilik ICU. Sejurus selesai pembedahan, aku terus diletakkan di bilik ICU. Waktu itu,aku sudah sedar dan aku melihat pesakit lain belum sedar. Ya Allah, aku sangat bersyukur kepada-Mu kerana telah memberikan aku rezeki ini.
Sebelum pembedahan ketiga ini, dalam tempoh sebulan aku telah melakukan solat istikharah dan solat hajat agar dipermudahkan urusanku dan aku juga banyak melantunkan zikir “Laillah Hailla Anta Subhanaka Inni Kuntum Minal Zolimin” dan mengucapkan kalimah “Astagfirullah Hal Aziim” serta berselawat kepada Nabi Muhammad S.A.W sehingga ke terakhir ke dewan bedah.
Semasa menjalani pembedahan itu juga, aku telah bermimpi sangat ramai orang sedang bersolat dengan memakai pakaian putih di sebuah tempat yang sangat besar yang aku sendiri tidak tahu dimana. Aku tersedar dari mimpi itu ketika dalam dewan bedah apabila doktor mengejutkan aku. Alhamdulillah.. Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu.
Manisnya ujian sakit ini bagi aku.. kerana sepanjang aku sakit dan telah menjalani ketiga2 pembedahan ini..Allah telah memudahkan urusanku. Pada zahirnya, orang nampak aku sihat. Bila sahaja aku pergi ke hospital, pasti bahagian kaunter or nurse akan tanya siapa yang sakit?
Aku menjawab, “sayalah yang sakit”. Mereka agak tercengang kerana nampak zahirnya aku ini macam orang normal sebabnya setiap yang datang ke hospital, pasti mukanya nampak pucat dan lemah. Mungkin ini sebabnya apabila kita redha dengan takdir dari-Nya. Sejujurnya aku sendiri tidak terasa sakit seperti mana orang lain.
Allah.. begitu besarnya hikmah dari-Mu ini. Kekadang aku sendiri tidak menyedarinya.
Sejak artikel ini ditulis, aku kini baru sahaja 4 bulan telah menjalani pembedahan yang ketiga. Begitu banyak hikmah dan manisnya takdir ini. Aku kini semakin dekat mencari cinta Allah. Dulu aku mungkin kurang berzikir,kurang mengaji (bukan setiap hari) kurang melaksanakan solat sunat. Tetapi kini aku mampu melakukannya. Disebabkan itu, aku cepat pulih dari sakit ini.
Doakan aku semoga terus istiqamah dalam melaksanakan ibadah-ibadah yang lain ini. Terima kasih Allah kerana memberikan aku ruang dan peluang untuk bernafas kembali. Sesungguhnya ujian itu tanda Allah sayang dan Dia ingin kita sentiasa dekat disisi-Nya. Alhamdulillah.. aku kini semakin pulih dari sakit yang aku deritai ini.
Kepada sahabat-sahabat, yang diuji denga sakit ini..aku doakan kamu terima dan redha dengan takdir yang bagi aku sungguh cantik Allah aturkan untuk kita. Jangan mudah mengeluh, putus asa.. kuatkan semangat untuk teruskan perjuangan dalam hidup. Fikir yang baik-baik sahaja ya..
“Allah tidak membebani seseorang apa yang terdaya,ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya” (Al-Baqarah: 286)
– Hamba Allah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit