Assalamualaikum, aku nak share cerita, sebelum tu, aku ada terbaca pasal confess yang ‘Hati Aku Busuk’. Boleh baca confession berkenaan di sini, (https://iiumc.com/hati-aku-busuk/).
Tetiba hati aku tergerak nak tulis pasal ‘Rezeki’ nie, kalau awak baca nie bukan bermakna semua yang awak nak akan dapat tapi dapat lah buang sedikit ‘kotoran’ dihati sekiranya dibiarkan ia akan menjadi hidup awak sia².
Bercerita pasal rezeki nie, bukan pasal duit tau tapi merangkumi keseluruhan hidup. Aku seorang yang berpendidikan ditahap diploma STPM, ada niat nak sambung degree tapi takdapat, bukan takdapat tapi ayah tak izinkan, ayah akan bagi aku amik degree if dapat U dekat dalam negeri kelahiran aku. Alasan ayah ‘nanti kalau dekat dalam negeri yang sama, hujung minggu cuti, ayah boleh datang jenguk akak iyha, mana tahu ayah bosan ke!’.
So aku tak sambung degree, first aku cari kerja dengan bantuan kakak aku, kerja retails 9bulan je sebab company dekat bandar aku tutup. Lepastu tak sampai sebulan dapat kerja yang sekarang aku kerja, Alhamdulilah masih bertahan even banyak pasang niat nak cari kerja lain tapi still dekat tempat yang sama, pejam celik dah nak dekat 3tahun dah.
Firstly aku cerita pasal ‘Rezeki Duit’. Aku kerja swasta dengan duduk bandar yang kecik, berbekalkan dip STPM dapat basic 1K, ingat confirm 3 bulan naik gaji tapi tak, senior aku cerita dekat aku yang dia 3 bulan terus naik 200 tapi aku lepas 3 bulan still takde, lalu aku pun cakap pada diri ‘rezeki aku belum sampai, takpe aku tunggu’ tunggu 5 bulan, takde,tunggu 8 bulan takde, tunggu 9 bulan baru lah ada tu pun boss ada dengar yang aku dah cari kerja lain, naik pun 100, mula dapat tahu tu aku cakap ‘100 je?’
Tetiba ada yang baik datang menerpa ‘mana tahu dalam 100 tu boleh tolong keluarga’ terus tersedar dan bersyukur. Selang 10 bulan naik lagi, dah naik tu selang 3 bulan, gaji aku naik lagi. Masa aku dapat naik gaji tu boss macam berat nak bagi sebab aku baru naik gaji 3 bulan lepas tapi dah tertulis ‘Rezeki Duit’ aku so dapat lah naik gaji.
Setelah setahun aku kerja tempat sama, aku ada nyatakan hasrat aku dekat ayah nak beli kereta. Lalu ayah tanya aku ‘duit simpanan ada 3bulan gaji tak’ aku pun jawap ‘takde orang ada 1.8k untuk duit muka nie’ ayah tanya lagi ‘andai satu hari kereta yang beli tu rosak nak guna duit siapa?, agak² ada yang sudi tolong tak?’ Aku pun diam…
Ayah cakap lagi ‘tak payah beli kereta, guna je kereta yang ada dekat rumah tu, isi jelah minyak kalau dah guna’ aku pun ye kan aja, kalau ayah cuti, dia rajin hantar dan amik aku pergi kerja, dalam dia tak bagi beli kereta, kalau dia ada nampak lori bawak kereta baru dia akan cakap gini ‘Dalam banyak² nie semoga ada sebiji kereta untuk akak iyha’ aku dekat belakang ‘Aamiin’. Tapi sampai sekarang takde sebiji kereta atas nama sendiri. Rezeki belum sampaiiiii, sabarrrrrr…..
Aku pernah persoalkan ‘Mana rezeki aku nie, bila nak datang, nak sambung degree tak dapat, nak beli kereta takdapat.’ Aku pun pernah tertanya rezeki aku dan bandingkan dengan adik-beradik ‘Abang 2 tahun lepas dapat motor, selang setahun dapat pulak kereta, kakak 2 tahun lepas dapat suami, selang 9 bulan dapat kereta, selang 3 bulan dapat anak. Adik masih sekolah tapi dia dapat basikal baru, aku?
Nak kata ada pakwe takde siapa nak, orang nak pandang pun taknak, apatah lagi kahwin.’ Nie semua aku persoalkan (tapi percayalah sebenarnya rezeki kau ada just lambat je), and aku tak nampak rezeki aku,sebenarnya rezeki aku depan mata, cukup² berharga.
Tahu tak apa? Rezeki aku time tu ‘mak ayah’ aku, abang and kakak aku tak pernah merasa pergi dan balik kerja mak ayah hantar amik, aku boleh dikatakan setiap minggu mesti ada mak atau ayah hantar or amik balik kerja, abang kakak adik aku tak pernah keluar bertiga dengan mak ayah, yang buat macam tu aku je, aku pernah keluar bertiga dengan mak ayah and aku je.
Time tu mak aku selalu cakap ‘kacau je orang nak dating’ dalam nada bergurau tapi ayah lain ‘jom akak iyha pergi pasar and sarapan’ tak pun ayah or mak akan ajak aku ‘akak iyha esok mak ayah nak pergi pasar, nak ikut tak?’ Dalam aku tak sedar tu Rezeki Berharga aku sebenarnya.
Dapat keluar denga mak ayah bertiga pun rezeki tau, rezeki paling bernilai, aku tersedar bila kakak aku baru je kahwin time tu post gambar mak aku caption dia ‘Rindu sangat dekat mak’ lalu aku pun terpikir ada sebab kenapa Allah tak bagi aku jodoh lagi, Allah nak aku sentiasa ada dengan mak ayah aku. Dan aku akui itu, Alhamdulilah.
Pada tahun yang sama nak beli kereta tapi ayah tak bagi selang 3bulan aku dapat rumah wei atas nama aku sendiri, time tu excited sangat, aku ingat lagi,aku mohon rumah lain tapi dapat rumah lain, aku mohon rumah tu tahun sebelum dapat tahu aku dapat rumah, aku mohon pun sebab ayah suruh, adik-beradik aku semua mohon, TAPI DAH TERTULIS REZEKI RUMAH TU HANYA UNTUK AKU SEORANG JE.
Agaknya memang dah tertulis tu rumah aku, Allah permudahkan segala urusan aku, dalam 3minggu proses segala bayaran, peguam berjalan dengan lancar. Lepas dah selesai segala bayaran seminggu lepas tu dapat lah kunci rumah. Alhamdulilah. Rupanya rezeki aku ada just lambat sikit je dari adik-beradik aku.
Asalnya aku dan ayah tak berminat dengan rumah, tapi Allah kirimkan mak dan kawan² ayah untuk bukakkan pintu hati aku dan ayah terima rumah tu, mak cakap dengan aku and ayah ‘andai awak tolak rumah nie,awak yakin ke yang iyha boleh dapat rumah lain? Amik je, bukan senang tau kita nak dapat’ so ayah pun terbuka hati, aku banyak ikut keputusan ayah. Sebab bagi aku keputusan mak ayah lebih baik dari keputusan aku sebab aku kurang yakin dengan diri aku.
Dekat situ aku dapat simpulkan ‘Rezeki aku ada just Allah turunkan lambat sikit supaya aku geti bersyukur bila dapat’ time dapat rumah tu aku bersyukur sangat. Ramai orang pandang keluarga aku sebelah mata, so bila aku dapat, sikit sebanyak bukak lah sikit mata pandangan diaorang dekat keluarga aku.
Bila aku dah dapat Rezeki yang pelbagai nie, aku persoalkan diri aku balik ‘andai ayah izinkan aku amik degree, dapat tak setiap weekend aku spend time dengan mak ayah aku, dapat tak aku merasa mak ayah hantar aku pergi dan amik balik kerja, dan paling utama andai aku sambung degree, agaknya dapat tak aku harta iaitu sebuah rumah atas nama aku sendiri?’
Akhirnya aku tersedar, setiap larangan atau nasihat ayah mak bagi tu semua ada hikmah. Hikmah yang sangat baik untuk diri sendiri, jika aku ikut kata hati mungkin aku tak dapat apa yang aku ada sekarang.
Aku pernah cakap kawan² aku ‘aku teringin nak duduk hostel,berlari nak ke kelas,nak rasa suasana belajar’. Ada kawan aku balas ‘Kau pujuk ayah kau,kau yakinkan ayah kau yang kau boleh buat’, ada juga yang cakap ‘mungkin ada rezeki lain untuk kau’ aku tanya kakak aku, kakak aku jawap ‘ayah terlampau sayang anak² dia, anak² dia mana pernah jauh dari dia sebab tu dia susah nak lepaskan kau belajar’ mak aku pulak jenis tak kisah, nak sambung belajar boleh, nak kerja pun boleh.
Bila dah sampai harini aku tersedar sangat, ada hikmah disetiap ‘apa yang aku nak tak dapat’, kita sebagai hamba percaya dan sabar, setiap manusia ada rezeki masing².
Aku cuma nak pesan, kurangkan cemburu pada rezeki orang, setiap manusia Allah dah bagi rezeki masing² cuma cara datang dia je kita tak tahu, kadang tanpa dirancang ia datang, dalam kita berduka, gembira, sedih pun rezeki Allah tu boleh datang, percayalah. ‘Apa yang kau nak tak dapat tapi orang lain dapat, kau sedar tak ada orang lain nak apa yang kau dapat tapi dia tak dapat’, dekat situ dah boleh tahu, masing² ada rezeki masing².
Aku selalu bercakap dengan diri sendiri, contoh, apa yang nak tu aku dapat so aku akan cakap ‘rezeki aku tu, alhamdulilah’ tapi apa yang aku nak tak dapat, aku akan cakap ‘mungkin belum rezeki aku,mana tahu tahun depan aku pulak dapat’. Ayat nie sedikit sebanyak buatkan aku kurang iri hati pada rezeki orang, ayah aku pun ajar aku macam nie.
Buat si ‘Insan’ jangan busuk hati dengan orang, awak kena yakin yang rezeki Allah tu luas, Allah dah tulis rezeki awak, mungkin masa je tak sesuai nak bagi dekat awak sekarang, mana tahu bila rezeki tu datang pada awak, awak akan alpa ke kan, hati kita nie tak boleh dijangka. Semoga awak kuat.
Saya bercerita berdasarkan pengalaman dan rezeki yang saya dapat, bukan nak menambahkan cemburu awak pada rezeki orang tapi saya nak awak sedar, saya dulu pun duduk dan hadap situasi yang awak alami sekarang. So saya kurangkan iri hati pada rezeki orang, Allah turunkan saya rezeki yang saya sendiri tak jangka yang saya akan dapat.
Sebenarnya rezeki nie semua pun berkat doa mak ayah aku juga, Kalau tak memang aku tak rasa semua nie. So cukup lah disini, sorry penulisan agak berterabur, maklumlah dah lama tinggalkan sekolah. Hahahahha. K lah bye dan Assalamualaikum.
Kak Iyha sayang mak ayah. Terima kasih mak ayah.
– Insan yang bersyukur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit