Nama aku D. Tujuan aku buat confession ni adalah untuk share serba sedikit cerita tentang family aku. Specifically tentang abah dan ibu aku.
Abah aku kerja sendiri. Bila kerja sendiri tu, faham2 je la pendapatan pun tak tetap – kadang2 lumayan, kadang2 macam tak pulang modal pun ye jugak. Ibu aku pulak kerja kerajaan. Pendapatan ibu currently dah cecah angka 5 dah, obviously jauh lebih tinggi dari abah.
Macam aku kata tadi, gaji ibu lebih tinggi dari abah. So dah tentu la sgala perbelanjaan dekat rumah semua bawah tanggungan ibu.
You name it, bil eletrik, bil air, astro, internet, belanja dapur, semua ibu yang tanggung. Tak masuk lagi duit bulan2 kereta ibu, duit bulan2 kereta abah yang ibu terpaksa cover bila abah tak mampu nak bayar. Kadang2 modal kerja abah pun guna duit ibu dulu.
Dulu, lepas spm along aku kerja kejap sementara tunggu nak sambung belajar. Beberapa bulan lepas tu, abah pujuk ibu utk bayarkan down payment motor along sebab nak mudahkan along pergi kerja.
Setakat nak bayar deposit tu, takda masalah bagi ibu sebab ibu memang ada simpanan atas nama kami adik beradik.
Tapi yang jadi masalah bila along dah tak kerja dan sambung belajar. Ibu terpaksa pulak bayar bulan2 duit motor along. Abah? Kalau duit kereta sendiri pun kadang2 sangkut, manalah abah mampu nak bayarkan utk along.
Lepas motor along habis bayar, giliran adik aku pulak, acik. Ibu dan abah hadiahkan acik motor sebab result spm dia kira cemerlangla jugak. Sekali lagi, ibu terikat dengan komitmen bulanan utk bayar motor acik pulak. Abah tetap tak mampu nak bayarkan tiap2 bulan.
Ibu selalu jugak mengeluh kat aku pasal duit. Ibu risau duit gaji ibu tak cukup nak tanggung kami sampai next gaji. Yela, dah bayar tu bayar ni kan? Belum masuk abah asyik pinjam duit ibu, duit belanja adik bongsu aku kat asrama lagi.
Sekarang ni, aku pulak yang terpaksa guna duit ibu sebab baru kerja then tak dapat gaji lagi. Duit kereta aku pun ibu yang dulukan. Abah? Abah cuma tolong bawak pergi showroom je haritu.
Bila korang baca confession aku, mungkin korang boleh agak yang confession ni berbentuk luahan tak puas hati aku terhadap abah yang seolah-olah tak menyumbang langsung dalam kewangan family kami.
Tak, korang silap.
Ada satu masa dulu, aku banyak terbaca confession bersifat keluhan dan rungutan terhadap kaum bapa yang seolah2 lepas tangan dalam urusan kewangan keluarga atas sebab gaji isteri lebih besar. Waktu tu ramai yang mengecam kaum bapa tersebut dan menggelarkan mereka dengan gelaran2 tertentu yang tak sedap didengar.
Jujurnya aku terasa dengan mereka. Bila aku baca confession2 tu, aku terbayangkan abah. Abah yang gajinya lebih kecil dari ibu. Aku rasa marah seolah2 makian dan kecaman tu ditujukan pada abah. Tapi lama2 aku pujuk hati aku. Aku tahu, abah tak sama dengan lelaki2 yang biasanya diceritakan dalam confession2 tu.
Ya, gaji abah sikit. Pendapatan abah tak tetap. Sebahagian besar perbelanjaan isi rumah ibu yang tanggung. Tapi abah tak pernah lupa tanggungjawab abah. Sebagai suami, sebagai ayah, sebagai ketua keluarga.
Abah tak pernah malas kerja. Umur abah dah 50 lebih, tapi abah masih gigih kerja. Walaupun aku tahu, kadang2 pendapatan abah tu tak setimpal dengan kerja berat yang abah buat, tapi abah tetap nak kerja. Sebab abah sedar, tanggungjawab dia terhadap kami belum selesai.
Bila abah ada rezeki lebih, abah tak pernah lupa anak isteri. Kadang2 abah dapat untung besar, hari2 abah ajak makan luar. Masa tu, cakapla nak apa pun, semua abah akan belikan.
Bila ada duit lebih, abah akan bagi pada ibu, pada kami adik beradik. Kadang2 seratus, kadang2 lima puluh. Bila abah ada duit, semuanya akan dihabiskan untuk ibu dan kami. Abah tak simpan sikit pun, hatta nak berbelanja untuk diri sendiri pun tidak.
Sekarang ni aku kerja jauh dari family. Setiap kali balik, abah akan hulur duit kat aku. Sebab abah tau, aku baru nak mula hidup ni bukannya berduit sangat. Setiap kali abah bagi duit, aku nampak kepuasan dekat muka abah, sebab bukan selalu abah mampu nak bagi duit pada kami.
Dari situ aku tau, kebahagiaan abah adalah bila dia mampu berikan apa sahaja untuk kami.
Sebab ni, setiap kali aku baca artikel pasal suami yang ditanggung isteri dan aku terbayang abah, aku terus menidakkan persamaan abah dengan diorang. Abah tak sama macam diorang.
Abah aku baik, tak seteruk diorang. Abah tak malas, abah tak lokek, abah tak spend duit untuk diri sendiri. Tak, abah aku bukan lelaki dayus. Abah aku, hero aku. Aku sayang abah aku.
Aku sebenarnya nak minta doa dari korang. Doakan abah dan ibu aku dipanjangkan usia supaya dapat diorang merasa duit gaji aku dengan adik beradik aku yang lain. Doakan juga kami adik beradik dapat kumpul duit nak hantar ibu dengan abah ke mekah.
Terima kasih sudi luangkan masa korang. Maaf andai ada kecelaruan dalam jalan cerita aku. Aku cuma nak luahkan apa yang aku rasa je.
– D (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit