Assalamualakum semua. Aku seorang ibu, ingin meluahkan rasa yang terbuku terhadap insan yang bergelar ANAK, terutama kepada anak2 yang sudah mencapai tahap MATANG dan yang sudah berumahtangga.
Dipendekkan luahan…
Tugas ibu bapa membesarkan @ mengurus anak2 bukan saja tiada berpenghujung tetapi jugak tidak pernah akan berhenti sekiranya ANAK2 masih lagi menempel @ berada di rumah bersama mereka.
Pesanan buat anak2 di luar sana….
1. Bila kamu sudah habis belajar, berusahalah mencari kerja walaupun hanya kerja biasa2 saja atau kerja sementara, sekurang2nya dapat menyara hidup kamu sendiri.
2. Jangan sesekali kamu menjadi ‘biawak hidup’ di dalam rumah ibubapa kamu kerana mereka sudah terlalu letih semasa membesarkan kamu.
3. Bila kamu sudah berada di usia matang, carilah kehidupan sendiri, jangan berharap pada orang lain untuk menyara hidup kamu.
4. Ibu dan bapa kamu diam, bukan bererti mereka gembira. Mereka tak tidur malam kerana asyik memikirkan hal kamu. Ke mana hala tuju hidup kamu. Sampai bila kamu nak berharap dengan mereka?
5. Sesekali ibu dan bapa kamu bertanya pasal kehidupan kamu… ini adalah kerana mereka ingin kamu berdikari.
6. Kadang2 ibu kamu menangis memikirkan hal kamu. Bukan sebab kamu hanya makan dan tidur, tetapi kerana kamu tidak mahu mengubah nasib hidup kamu menjadi manusia yang bertanggungjawab pada diri sendiri.
7. Tak ada ibu atau bapa dlm dunia ini yang sanggup melihat anak2 mereka susah. Tetapi kamu harus belajar dari kesusahan, kerana tanpa jerih payah… kamu tak akan dapat menikmati kesenangan dengan mudah.
8. Berbaktilah pada diri kamu sendiri dulu sebelum kamu ingin berbakti kpd ibu bapa kamu dan orang lain kerana bakti kamu untuk diri sendiri sudah cukup buat mereka bahagia.
9. Jangan jadikan rumah ibu bapa kamu sebagai tempat untuk kamu berehat yang panjang kerana mereka juga perlukan rehat yang sempurna tanpa adanya kamu… sudah sampai masanya kamu beri laluan untuk mereka berehat setelah sekian lama mereka berpenat!
10. Bukan menghalau tapi cubalah untuk keluar dari rumah mereka, sama ada kamu sudah dewasa atau sudah berkawin… dan berilah ruang pada mereka untuk menikmati bahagia sementara masih ada baki2 hidup yang tersisa.
11. Bersyukurlah kamu jika punyai ibu bapa yang tidak menyumpah menyeranah kamu, kerana ramai di antara mereka yang tidak ada kekuatan untuk bersabar dengan kerenah kamu.
Akhir luahan aku sebagai IBU… maafkan ibu kerana terpaksa mencoret sebegini, tampak zalim… seolah ingin membuang anak sendiri.
Jauh di sudut hati, ibulah orang yang paling sayangkan anak2…. jika dengan kezaliman boleh buat anak2 ibu berubah ke arah yang lebih baik…. maka ibu ingin menjadi seorang yang zalim untuk kebaikan kamu.
Ibu tak pandai menulis. Maaf andai tidak kesampaian maksud.. Ibu sudah terlalu parah memikirkannya dan ibu terpaksa menulis walaupun tulisan ibu tidak sebaik dan tidak sebijak Haruki Murakami.
Pesanan buat anak2 yang masih ada ibu dan bapa… berilah ketenangan pada mereka, sementara mereka masih bernyawa….
Cuba kamu bayangkan sebelah kaki mereka sudah melangkah ke alam kubur. Hanya sebelah kaki saja masih di sini…. masih sanggupkah kamu menjadi anak sebagaimana yang ibu coret di atas?
– Ibu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit