Untuk part I, (https://iiumc.com/bini-aku-depresi/).
Kalau sebelum ini, Bini Aku Depresi ditulis oleh suami saya. Hari ini saya pula yang menulis. Iya, sayalah bini yang depresi itu. Saya hargai sangat kata-kata positif dari komen kalian tempoh hari.
Hari ini, izinkan saya pula berkongsi luahan. Ada benda saya boleh tulis di wall sendiri, ada yang tidak.
Saya membesar dengan didikan yang luar biasa garang dari emak saya. Bukan untuk membuka aib tapi untuk menjelaskan bahawa kesan parenting itu, buatkan saya rasa ‘fragile’ apabila meningkat dewasa.
Sehingga apabila dah tua ini, saya rasa cukup benci pada mak saya. Kalau boleh, bila dah kahwin ni rasa nak angkat kaki terus ikut suami dan tinggalkan keluarga tapi.. Saya bukan orang yang macam tu.
Jadi, walaupun sudah berkahwin saya tetap akan ajak suami saya ziarah keluarga saya terutama sekali mak dan ayah. Suami saya berat hati sebenarnya sebab acap kali saya ke rumah keluarga sini.
Saya akan balik dengan keadaan trigger teruk, menangis dan down berhari-hari lamanya. Sampaikan satu tahap suami saya tak izinkan saya balik ke rumah keluarga. Jawapan saya “baik buruk mana pun keluarga kita, tetap keluarga kita.”
Cuma biasalah.. Ada masa kita okay, ada masa kita tak okay. Akhirnya satu tahap saya confess pada mak ayah yang saya memang sakit dan rasa tak dihargai langsung. Saya putuskan hubungan dan move on dengan hidup sendiri. Adakah saya gembira lepas tu? Tidak. Ini saya baru nak story.
Sejak Disember 2018 saya sudah mula amalkan surah Al-Waqiah setiap hari. Kami bukanlah orang senang jadi saya cuba amalkan baca Al-Waqiah selepas tular satu tweet tentang kebaikan surah ini.
Alhamdulillah dari tak cukup makan, kami sekeluarga tak pernah putus duit walaupun tengah atau hujung bulan. Dari rasa poket kering, beg duit sentiasa berisi duit walaupun ada sekeping dua not wang. Dan yang paling amazing, saya jumpa jalan keluar dari kemelut ketegangan antara saya dan mak.
Bayangkan hati mak saya itu lebih iron dari iron lady, dengan surah ini (dan izin Allah jua) kami berbaik-baik semula.
Orang selalu cakap, rezeki itu pada wang dan harta benda. Tapi insiden ini membuka mata saya, rezeki itu adalah nikmat yang bawa manfaat. Rezeki masih merasa kelembutan kasih sayang mak. Rezeki punya suami yang baik. Rezeki ada anak-anak yang berakal dan sihat. Itulah rezeki yang sebenar.
Dan sekarang, walaupun saya masih lagi makan ubat setiap malam (masuk bulan yang ke-26) saya berharap Allah kurniakan saya rezeki sihat dari sakit ini sepenuhnya.
Kalian, orang marah kita cakap kita tak ingat Allah. Betul, saya pun marah juga bila orang kaitkan sakit depression ini dengan iman dan solat bagai tapi bagi saya, sakit apa pun Allah uji kita, sebenarnya ia adalah jalan berbalik pada Allah dengan belajar kenal Allah.
Percayalah.
Buat sahabat yang sedang berjuang, kuatkanlah semangat! Dan mohonlah pertolongan dari-Nya.
Kerana dunia sangat indah pada sisi minda yang waras.
– Bini yang sedang lawan untuk sembuh dari depresi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit