Camelia Dunia Realiti

Assalamualaikum semua. First of all, thank you admin sebab sudi publishkan confession ni. Tujuan aku menulis ni sebab aku dalam keadaan serabut sekarang. Aku harap dengan meluah kat sini dapat la kurangkan bebanan dalam kepala otak aku ni.

Recently, kat satu stesyen TV swasta ni ada drama Camelia kan? Aku tak taw kenapa tapi masa layan drama tu aku nampak Camelia tu macam aku. Maybe assumption aku je tapi serius guys aku keliru sekarang ni. Macam-macam persoalan timbul dalam kepala aku bila layan drama tu. Aku ada split personality ke a.k.a borderline personality disorder ke?

Aku taw sounds pelikkan soalan ni tapi persoalan ni bermain-main dalam fikiran aku lately. Aku nak mintak opinion korang in case andaian aku ni betul. Kalau betul, aku kena jumpa pakar ke cemana? Tu dilema aku. Harap readers boleh bagi pendapat.

Sebelum korang nak kecam kata aku diagnos diri sendiri and self-claim la apa la, korang sabar jap. Ada few simptom pelik jadi kat aku lately. Berbulan-bulan dah sebenarnya tapi aku biarkan je sebab aku fikir biasalah perempuan dan emosi tak stabil ni memang normal kan. Tapi lately aku rasa penat dengan emosi aku yang berubah-ubah tak tentu hala. Nak mintak pertolongan orang tapi aku tak sure cemana nak share dengan orang sebab nanti orang cakap aku mengada-ngada pulak. So aku pendam jela yang mampu.

Sorry panjang pulak mukadimah. A bit intro about me. Aku gadis biasa berusia hujung 20-an. I was bornt as introvert dan pendiam. Aku dari kecik diibaratkan macam Cinderella. Kalau kat rumah dah dipolish untuk buat kerja itu ini. Jaranglah dapat main2 macam adik-beradik lelaki aku yang lain. Ala tipikal keluarga Melayu lah kan. Anak perempuan kena bijak serba-serbi.

Dan aku dipertanggungjawabkan untuk tolong uruskan rumah macam mengemas, memasak, mencuci, menjemur dan melipat kain. Memang tugas yang dah dipikul dari kecik. Bezanya aku takde kakak tiri tapi seorang kakak yang sangat2 kontra personality dari aku. Kalau aku rajin korang paham2 sendirilah apa yang kontra antara aku dengan kakak aku tu kan.

Oh ya dan dia cantik lagi dari aku maybe sebab tu kot dia dilayan bak puteri berbeza dengan aku yang dilayan bak Cinderella. Sebabkan aku ni jenis tak melawan parents aku. Anak yang taat and dengar kata kononnya yang akhirnya makan diri aku bila aku dah dewasa ni.

Perjalanan akademik aku sejak kecil, menginjak ke remaja dan awal dewasa alhamdulillah aku boleh kata smooth la. Parents aku bukan jenis yang menekan anak untuk score akademik. Seingat aku , aku tak pernah rasa tertekan untuk study di zaman sekolah sebab ustazah aku ada pesan study untuk ilmu bukan untuk exam.

Berbekalkan kata-kata itu sebagai prinsip hidup, aku jalani zaman persekolahan aku dengan jayanya.While orang lain sibuk nak dapat A bagai, aku tak kisah pun. Yang aku taw, aku suka belajar. Disebabkan aku ni tak berapa cantik, tak popular dan takde bakat apa2 selain suka baca buku, jadi aku gunakan peluang setiap kali exam untuk membanggakan parents aku.

Tapi life aku start berubah bila aku ditawar masuk ke sekolah asrama penuh. Fasa hidup aku yang ni lah start mengajar aku erti survival dan persaingan. Aku mengalami culture shock sekejap. Dapat belajar pulak dalam kelas budak-budak top. Everything they care are about is getting A, get good grades and also compete among each other to be the best.

Aku dapat geng yang rajin gila nak mati dan semua bercita-cita tinggi. Doktor, Engineer, Dentist, Arkitek dan segala kerja-kerja professional itulah menjadi target kawan-kawan aku. Sedangkan aku masih samar-samar lagi tentang kecenderungan minat aku. Tipulah aku tak stress ditempatkan dalam kelas yang kawan-kawan jenis kiasu.

Aku ingat lagi pernah satu masa tu aku hari-hari duduk bawah shower lama sambil menangis melayan my irrational thought to quit. And some unfamiliar voices whispering to me untuk aku telan je sabun tu sebab tak tahan peer pressure. Aku tahu unfamiliar voices tu tak real. Biasalah bisikan-bisikan syaitonirrajim yang membuatkan aku rasa nak quit SBP dan tukar sekolah biasa. Tapi mujur iman kuat lagi and cepat2 fikir rasional.

Aku call family aku and aku dibrainwash dengan kata-kata azimat ‘Sabar jela kejap’. ‘Nanti lama-lama okla tu’. ‘Bukan senang nak dapat SBP’ and bla, bla, bla. They ask me to give myself sometime to adapt to the environment. Maka aku korbankan segala perasaan gedik rindu rumah semua tu dan struggle nak survive kat situ.

Cut it short, thanks to pengaruh that kiasu and genius friends, result SPM aku cemerlang jugaklah alhamdulillah. Berkat doa parents aku dengan guru-guru jugaklah. Aku mengaku aku bukan lah bijak sangat tapi berada dalam sistem pendidikan yang menilai aku serba-serbi buatkan aku jadi work hard. Banyak kawan-kawan aku kebanyakannya work smart tapi apa boleh buat. Aku tak smart sangat so aku kena work hard lah demi survival aku di SBP.

Aku jaga study sebab aku tak nak terus jadi Cinderella dalam family aku. That’s the main reason lah aku jaga academic performance aku. Dengan harapan SPM gempak, ada peluang further study bidang professional and dapat kerja yang bagus2 jugak. Kiranya memang aku dah aim untuk ada career in the future rather than stuck myself in the house being Cinderella for the rest of my life.

And yeah thanks to that SBP system for shaping my personality dan sampai dah dewasa ni that personality brings big impact in my life. Time ni sebenarnya aku dah start develop inferiority complex personality tapi aku je tak perasan and takde knowledge tentang tu. Korang taw apa personality tu?

Satu personality yang sentiasa rasa tak cukup bagus, rasa self-esteem kau low je memanjang disebabkan kau tergolong dalam kalangan orang-orang hebat. Satu yang bagus pasal personality ni sebab dia akan always dorong kau untuk prepare diri kau supaya buat yang the best in everything. Which is push factor lah untuk kau berjaya. That’s the positive side but the negative side is aku pun start develop anxiety disorder.

Disebabkan aku sejenis follow the flow, sampai musim nak isi UPU aku tak berapa boleh figure out minat aku apa. Sumpah sejenis clueless sepanjang masa. Long story short, aku dapat offer untuk masuk dalam bidang kritikal tanpa ada minat pun at the first place.

Disebabkan course tu gempak, hot dan membayangkan peluang pekerjaan yang cerah, maka aku tanpa segan silu dan ragu-ragu ditemani lagu ‘Jika kau fikirkan kau boleh’ aku pun berkobar-kobar mendaftarkan diri sebagai pelajar tahun pertama Bachelor of tutttt di sebuah universiti di benua Eropah…

Maka bermulalah episod kehidupan roller coster aku sebagai pelajar Universiti.… semuanya agak indah di awal perjalanan study tapi ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari.

Aku diuji dengan kehilangan arwah ayah aku yang merupakan sumber semangat hidup aku. Aku jatuh terjelepuk di separuh perjalanan study aku dan disebabkan aku gagal uruskan emosi sedih aku beserta support sistem aku yang tak berapa kuat, aku didiagnos mengalami depression. Struggle aku nak keluar dari fasa tu memakan masa berbulan-bulan.

Fasa tu sebabkan aku tak mampu even nak uruskan diri aku. Aku rasa kosong. Tak mampu berfikir dengan baik. Aku rasa bersalah gila dah menyusahkan orang sekeliling. Dan sebab course aku deal dengan human life, akhirnya aku decide untuk quit study dan back to Malaysia for good.

Pengalaman aku duduk jauh dari family sedikit sebanyak ajar aku jadi seorang yang independent, cekal, tabah, dan kurang manja. Dekat rumah aku jadi seorang yang hati kering. Tak close sangat dengan adik-beradik. Tapi di luar aku seorang yang sangat menjaga hati kawan-kawan.

Yela family jauh, kawan-kawan jelah tempat mengadu nasib berkongsi rasa which is menyebabkan aku rapat dengan kawan-kawan aku melebihi family sendiri. Being me, aku belajar untuk adapt dengan setiap environement yang aku lalui. Dan aku sebolehnya selalu mengelak sekiranya ada konflik dengan orang sekelilingku.

Whenever aku terlibat dalam any fight, baik dengan family, adik-beradik or kawan-kawan, aku selalu mengalah demi menjaga hubungan silaturrahim tu. Walaupun kadang-kadang aku yang tersakiti tapi aku telan semua tu. Selalu je aku nangis bawah bantal bila emosi aku terlampau sakit. Sampaikan aku ada masalah pun orang tak taw sebab aku sejenis yang pandai sorok emosi dan tak pandai share masalah dengan family.

Sebab aku duduk asrama since 13, aku selalu settle masalah sendiri je. Jaranglah nak share dengan family. Selalu aku tunjuk side happy2 aku je bila balik rumah. Tak nak bagi parents risau lah katakan. Bila ayah aku tanya, aku akan jawab semua okay je.

Kau tahu betapa penatnya hidup untuk sentiasa look okay di mata orang? Penat seh. Sumpah penat. Kat sini lah aku cakap kaitannya dengan sistem SBP yang aku belajar tadi. Which is I have been brainwash to always push myself to be perfect and maintain good image of myself which is a bullshit lah. Aku manusia biasa kot. Biasalah kalau ada buat silap ke ape kan. Ntahla. Masa fasa depression tu semua orang pelik dengan aku. Kenapa aku perangai pelik. Taknak bergaul dengan orang. Hari-hari berkurung dalam bilik. Meratap nasib macam orang nak mati. Macam orang dah takde harapan.

Macam2 tohmahan dari orang aku dapat. Hati tisu, lemah iman, menyusahkan keluarga, bla, bla, bla…Aku telan semua sorang-sorang. Aku rasa bersalah gila tapi aku dah takde kekuatan. Orang takkan faham apa yang pesakit depression ni rasa sampai lah diorang sendiri yang experience benda tu which is aku doakan korang tak rasa la benda ni sebab dia sejenis pain yang unexplainable. Keadaan kau yang luaran nampak macam manusia normal tapi dalaman kau kosong.

Aku belajar skill pekakkan telinga untuk meneruskan life aku lepas tu. Oh ya sebelum korang judge aku ni tak jaga hubungan dengan Allah la, tak redha dengan takdir la..Come on man, aku manusia biasa yang serba kekurangan. Takkan aku nak canang satu dunia aku solat lima waktu, aku jaga ibadah aku. Perlu ke aku bagitaw orang hubungan aku dengan Tuhan macam mana?

Hailhlaa mulut manusia kan taw kecam je kejenya. Aku diam je kalau orang mengata aku. Mak aku selalu cakap sabar je. Nabi pun selalu kena kecam. Tapi dalam hati aku menjerit. Aku bukan nabi. Manusia biasa yang lemah yang akhirnya berharap pada Tuhan jugak. Aku selalu doa Allah pulihkan luka-luka hati aku untuk deal dengan mulut-mulut puaka orang.

Lepas balik for good, aku tenangkan diri aku dan after sometimes, aku dapat pulihkan semangat aku. Aku ambil keputusan untuk beralih angin dan memilih untuk study course yang majoriti didominasi oleh golongan extrovert.

Reason aku sebab aku nak bina balik self-confident aku yang dah jatuh teruk plus aku nak enjoy study, tak nak stress2 lagi. Aku akui aku sangat paranoid dengan gelaran ‘budak tak habis belajar’ so masa fasa ni aku start create satu personaliti baru dalam diri aku yang macam Camelia which is seorang yang lebih chill, confident, flexible, ceria dan aku put effort untuk dress up untuk maintain self-esteem aku.

Aku jadi seorang yang ‘know-my-sense-of-worth dan tak dibuli oleh orang sekeliling. Pengalaman masa di Universiti lama banyak mengajar aku, dan alhamdulillah aku push diri aku untuk survive walaupun macam-macam drama yang terpaksa aku hadap sepanjang nak menghabiskan study tu. Konklusi aku, memang besar cabaran untuk seorang introvert berada dalam dunia ekstrovert.

But thanks to dunia ekstrovert tu, sebab macam-macam aku belajar pasal jenis perangai manusia. Apa je yang aku tak rasa. Kena tikam belakang dengan kawan, kawan curi idea aku dan berlagak as dia punya idea, take credit atas effort aku siapkan assignment group, sedangkan di awal sem aku yang berhempas pulas perah otak cari idea nak siapkan assignment, buruk-burukkan aku dekat pensyarah. Pelbagai perangai manusia toksik aku hadap. Tapi aku nampak hikmahnya Allah bagi aku rasa semua ni. As preparation aku nak hadap alam pekerjaan nanti sebab nak kena hadap pelbagai ragam colleagues. Aku dah nampak and faham dah realiti alam pekerjaan kat situ.

Tapi sebabkan beberapa peristiwa pahit dengan kawan-kawan aku tu, aku ada trust issues yang sangat teruk dengan orang sekeliling. Aku trauma nak percaya kawan-kawan especially yang depan kita pijak semut tak mati, belakang dialah ratu gosip segala bagai. And I take quite sometime untuk percaya dengan orang and share cerita2 personal aku. Dan perisitwa2 tu jugak trigger aku dan buat aku sedar untuk tak dibuli lagi.

Aku ubah personaliti aku semula kepada pendiam, dan tak ramah lagi. Aku amik langkah berhati-hati dan memilih dengan siapa aku nak bergaul. Mak aku marah and cakap aku jangan sombong dengan orang. Tapi ntahla. Aku ada hak jugak kan nak jaga and protect hati aku kan. Aku bertekad aku takkan carik kerja yang memerlukan ekstrovert punya personaliti sebab deep down inside my heart aku tersiksa sebenarnya untuk hidup di kalangan orang-orang ekstrovert.

Sejujurnya aku tengah at one point dalam hidup aku, yang aku tak suka and benci dengan certain personality diri aku yang lemah dan selalu dimanipulasi dan dibuli macam Mariam tu. Innocent, tak suka carik gaduh, malas nak panjangkan cerita. Akulah tu.

Tapi ada satu peristiwa yang dah trigger aku and sekarang aku rasa personality ‘loser’ macam Mariam tu dah mati dalam diri aku dan aku rasa personality Camelia dah kuasai diri aku. Tapi jahat aku takdelah nak kenakan orang. Lebih kepada aku start ada personality lain yang bold, tegas dan garang at the same time. And aku rasa orang-orang sekeliling aku tengah annoyed dengan aku sekarang tapi lantaklah.

Korang yang triggered aku untuk jadi macam ni so aku prepare diri aku siap2 supaya tak dibuli lagi. Sebab aku dah penat hidup dalam dunia dibuli ni. Tapi sebab tu jugak aku jadi some kind of loner lah sekarang. Well I guess proses adulthood ni menuntut kita untuk kuatkan jiwa dan diri and it’s okay to be alone rather than being around with toxic people kan. Sebab being around with toxic people pun akan buat kau lonely kan sebenarnya. Dia macam ada tapi takde. Hmm macam tulah perasaannya.

Disebabkan aku ada conflict of interest between personaliti asal aku dengan personaliti ciptaan aku masa zaman study, aku tengah buntu nak bawa personaliti mana untuk zaman kerja nih. Dan since zaman universiti aku pernah diuji dengan depression (clinically diagnosed) dan mengingati betapa aku struggle utk keluar dari sakit tu berbulan-bulan lamanya, aku sensitif sikitlah bila orang bincang isu depression ni.

Masa aku dapat 1st job aku, aku janji dengan diri aku nak jaga diri aku betul2 supaya tak stress melampau. Semua okay sampailah satu masa depression aku relapse balik. Aku terpaksa resign sebab time tu kerja aku memerlukan personaliti introvert tapi aku terbawa personaliti ekstrovert aku. Silap apa ntah aku tak ingat dah tapi yang penting aku tak berapa fit lah kat situ. Then aku terpaksa resign lah.

One thing about depression, once kau pernah didiagnose, maybe life kau takkan sama dengan orang normal. Which is kau kena alert dan jaga diri kau betul-betul bila dah pulih sebab once kau abaikan diri kau, in certain way potensi kau untuk diserang balik or medical term nya relapse tu tinggi and fasa kedua ni lagi stronglah aura nya and agak susah aku nak adjust diri aku balik jadi normal. Ni experience aku lah.

Fasa kedua yang aku tengah lalui sekarang kesan aku terlampau kalut bekerja dan abaikan keperluan rohani dan emosi aku. Yup aku bekerja bagai robot hari-hari sampaikan lupa nak makan dan bersosial. Nak survive punya pasal so that aku diserap as permanent employee. Padanlah muka aku kan. Peringatan Allah mungkin untuk aku balance kan life aku. Kejar dunia dan akhirat biar seiring.

Severity depression kali ni sampai aku tak boleh handle dan jumpa kaunselor. It helps a bit lah. Dah dewasa sikit ni and since isu ni dah dibincangkan openly among society so aku amik inisiatif untuk slow downkan life aku. Aku belajar enjoy the moment. Kaunselor aku ajar untuk acknowledge apa aku rasa, bagi masa untuk aku rawat emosi aku yang dah terluka, tercalar, tercarik tu. Bukannya sorok semua emosi sampai kau sendiri tak taw apa kau rasa. Sebab masa tu aku dalam keadaan numb. Sejenis perasaan kosong takde jiwa. Macam soul aku dah mati. Hidup macam zombi.

Aku belajar yang aku berhak rasa pelbagai emosi sebab aku manusia dan bukannya robot. Aku belajar pasal emotional intelligence which is bijak urus emosi. Then aku sedar being Asian memang dari kecik life kita focus on academic achievement and somehow a bit abaikan keperluan emosi. Padahal kita manusia sangat2 perlukan sokongan emosi dari orang sekeliling sebab itu yang membezakan kita dengan robot.

Masalah aku sekarang aku pun dah confuse dengan diri aku. Penat hidup dengan dua personality ni. Aku takut lama-lama aku taktaw apa personaliti diri aku yang sebenar. Sebab kadang-kadang energy aku banyak gila dan aku relax je tonjolkan diri aku kat orang dan level confident aku tinggi .Time tu aku akan make up cantik-cantik dan ready lah nak mulakan hari dengan ceria.

Usually aku akan ramah dengan orang and rajin gila masa tu. Produktif la orang kata. Kalau bagi job semua aku kasi settle. Pastu tiba-tiba ada nanti ada hari yang aku taknak cakap dengan orang langsung. Aku buat hal aku je and aku akan pakai selekeh-selekeh je. Kadang-kadang ada hari yang aku termenung tak buat apa and susah nak settle kerja.

Kadang-kadang lepas solat aku menangis teresak-esak tiba2. Entah apa yang emotional sangat aku tak taw. Aku pun jadi pelupa sekarang. Kebanyakan orang hidup mengenang memori. Tapi aku pulak memori macam tersekat-sekat. Because painful memori yang banyak dan sengaja aku try nak padamkan memori2 tu.

Dan sebab masalah ni jugaklah aku avoid diri aku untuk be in any special relationship for the time being. Aku rasa orang macam aku tak layak untuk ada partner. Kesian partner aku nanti. Cukuplah aku sorang yang pening. Aku taknak partner aku pening nanti. Persoalannya ada ke yang sudi nak jadi partner orang macam aku? Yang emosi macam roller coster. Hmmm… persoalan persoalan ni menyesakkan dada aku.

Tekanan makcik bawang dan masyarakat sekeliling tentang ‘bila nak kawin?’ aku sambut dengan senyuman je. Sampai satu masa aku dah tak larat nak senyum, aku decide untuk tak attend kenduri. Teringin jugak nak bagi jawapan macam rakyat twitter tu tapi parents aku tak ajar kurang ajar dengan orang tua. Takpelah aku taknak cerita pasal ni. Persoalannya, korang rasa aku ni normal ke or sakit? Kalau sakit apa ubatnya? Satu je harapan aku. Untuk nak hidup normal macam orang lain.

Bantulah aku yang buntu ni. Dan sedikit pesanan buat orang-orang toxic dan penganiaya tegar yang dah buat hidup aku huru-hara, kita jumpa di mahkamah mahsyar nanti.

Till I got my rational and sense back,

I may forgive but I won’t forget.

Mentally and emotionally, you tortured me.

Because there’s really a big hole in my heart.

Nothing can heal it except the Creator of the heart.

P/s : Kalau ada kenalan yang kenal aku, doakan aku sembuh ye.

Sekian ———–> Miss Cameriam.

– Miss Cameriam (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *