Rich Husband, Poor Wife

Assalamualaikum semua. Aku yakin abam pergi untuk menunjukkan kita banyak pengajaran dan asbab. Baik atau buruk nya kedua memberi pengajaran.

Apabila kita buat baik, orang sayang. Benar-sebenarnya. Apabila kita pergi tanpa perancangan hakiki, maka kecundang lah orang tersayang kita. Bukan mudah berada di tempat adik beliau, Ali Puteh ataupun di sisi balu.

Sudahlah hilang saudara/suami kini menghadapi spekulasi dan nista masyarakat. Terlajak perahu boleh undur seundurnya, terlajak kata dan perbuatan buruk padahnya. Marilah kita mendoakan yang terbaik untuk mereka.

Berbalik pada tajuk aku. Ini adalah kisah aku seorang isteri yang suami nya masih hiduplah. Masa mula perkahwinan, aku yang berkerja menyara keluarga sementara suami aku belum dapat kerja. Pagi, petang, malam. Cukup aku katakan berkerja keras untuk meletak makanan diatas pinggan.

Alhamdulilah pertengahan perkahwinan, kami dikurniakan anak. Maka aku perlu lagi berkerja lebih keras dengan membawa anak didalam perut. Suami masih tidak berkerja. Maka aku pun bekerja lebih gigih siang malam untuk memastikan cukup untuk penambahan 1 ahli keluarga.

Fast foward, aku tidak pernah mengeluh bahkan mengangap itu tanggungjawab aku sementara suami mendapat kerja. Masa itu Mak mertua aku pun masih baik dan memberi sokongan terhadap aku supaya terus bekerja menyara keluarga.

Alhamdulilah, hari siang awam mendung berlalu. Suami dapat kerja. Sujud syukur akhirnya dapat berkongsi beban kewangan 50-50. Tetapi awam mendung muncul semula bersama kilat menyetir. Gaji bulan pertama sahaja menjadi rebutan mak mertua. Suami aku tidak mahu bayar apapun. Kereta, rumah, mengasuh anak, nafkah aku dan anak semua tidak tertunai.

Suami aku mula kedekut dengan hartanya. Padahal dulu masa aku bekerja suami aku yang pegang kad, tahu password untuk keluarkan duit dan sebagainya. Ya aku bodoh, aku tahu.

Ada satu masa itu, aku penat berkerja back to back tanpa rehat, sabtu ahad pun kerja. Aku berdiri depan cermin, tengok luka caeser anak pertama aku. Aku menangis gila-gila didalam tandas. Sudahlah penat berkerja, membawa anak dalam perut sehingga melahirkan juga diuji. Hanya untuk lebih terus menderita dengan sikap suami dan mertua.

Mak mertua dan keluarga suami juga mula bekeras. Mereka mahu jumlah yang besar dari gaji suami aku. Apabila aku bercakap, dituduh aku dengan pelbagai hinaan antaranya ‘aku gila harta’. Kalaulah aku gila harta, buat apa aku tanggung suami aku tak berkerja 3 tahun? Logik tak?

Betullah, bagaikan kacang lupakan kulit. Itulah aku pada suami aku. Nafkah aku rock a bye baby. Yg wajib head to toe 2 kali setahun pun, bagaikan perang nak dapat. Isteri shopping beli barang dapur seronok, aku sakit kepala. Sebab semua kena catu.

Kalau nak maggi, kena nyatakan kenapa nak maggi, bolehke habiskan maggi dalam seminggu, jika tak habis apakah akibatnya kepada ekonomi keluarga dan negara. Sumpah, setiap kali beli barang dapur sakit kepala / hati bernyut-nyut. Akhirnya, aku berserah letak balik maggi pada rak.

Kemuncak apabila aku terjumpa account peribadi suami. Ada satu tika aku terjumpa second account bank yang berbelas ribu. Masa itu tanya, suami aku kata itu keluarga dia punya. Aku diamkan. Kali kedua aku jumpa account BSN beratus ribu. Kali ini aku tanya, dia kata account keluarga lagi. Agak-agak lah menipu pun jelas nama kedua account adalah nama suami aku.

Lagi seronok, suami aku tidak berkeinginan pun berkongsi fakta dengan aku. Wp masa aku berkerja seorang diri. Maka selama ini suami aku adalah RICH HUSBAND, dan aku adalah POOR WIFE! Aku terduduk sebab sungguh aku tiada simpanan, aku serahkan semua pada suami. Password account bank semua dia tahu.

Tetapi dia, aku tidak tahu apa-apapun, tidak password apatah lagi amount. Sedangkan cinta aku sudah terbukti pada dia dengan menerima dia ketika dia zero, melahirkan zuriat lagi. Aku tergelak ala joker mengingat kejahilan diri yang sebenarnya dihati tertoreh dan tersusuk. Apabila cinta suami tidak seperti yang diharapkan.

Selepas beberapa lama merudung nasib, hampir gagal ditempat kerja. Aku bangkit dengan kasih sayang Mak. Aku yakin ini adalah wake up call aku to be RICH WIFE!

1) Aku buat hibah diatas kematian aku bernilai RMxxx,xxx.

2) Aku teruskan membayar apa yang sudah bayar yang suami tak mahu sediakan. Contohnya hutang kereta yang atas nama aku. (Sebab aku kerja dulu, jadi aku yang boleh keluarkan kereta) (Hutang ini atas aku tidak mengapa penat membayar nanti boleh guna) (suami aku memang tak nak bayar pun kereta ini).

3) Membeli rumah / aset yang buat liabiliti. Aku paksa diri menyimpan. Alhamdulilah sudah dapat 2 rumah. Dan to more in list.

4) Menyimpan! Aku mula menabung. Life style, tudung jenama yang mahal, baju yang esklusif. Aku ada 7 set series of baju kerja yang aku tukar itu sahaja dari awal tahun ke akhir tahun. Aku yakin aku cantik walaupun dengan baju yang sama. Hehehe janji bersih dan wangi.

5) Berdoa dan terus berdoa agar diberi kesihatan, akal fikiran yang sihat, rezeki yang murah dan keupayaan mengubah nasib diri.

6) MAJUKAN DIRI! Ambil peluang boss offer gaji bagus, job lebih bagus. Kau pun kenalah excellentkan. Takat dok jadi makcik bawang tak kemana.

7) Follow dan berkawan dengan ‘circle’ yang bagus. Aku follow pakar kewangan, pakar perubatan, pakar motivasi. Nak hebat kenalah follow orang yang sudah hebat!

Aku berhenti menangisi dan meroyan dengan perkataan cerai. Suami aku letak dalam kotak, ikat cecantik, letak dalam bonet kereta. Masih menghormati, tetapi harus lebih bijak melangkah. Sebab suami aku pun bijak dengan keluarga dia.

Adakala stress datang menghentak, sebab aku perlu jelaskan banyak benda. Aku akan pujuk hati dan berkata sesungguhNya Allah swt bersama aku. Apabila kita redha dan terima dalam positif maka kita akan tenang.

Aku pernah lihat filem ‘How I Meet Your Mother’, dimana Ted asyik berada di dalam telaga. Dia tertanya siapa yang dapat bantu dia. Diakhir episod itu, diri ‘dia’ yang menghulur tangga kepada Ted untuk keluar dari telaga itu. Episod itu memberi kesan.

Adakala tiada siapa yang dapat menyelamatkan diri kita kecuali kita sendiri.

‘What doesn’t kill you, make you stronger’, aku perlu kuat untuk 2 anak aku. Itulah wanita apabila hatinya terluka. Kita perlu jadi macam lastik, berundur kebelakang dan terus melantun maju.

Yang baik dari Allah swt, yang buruk dari aku.

– Momo (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *