Teriakan Minta Tolong

Aku lelaki bujang, umur 26 tahun, berkhidmat sebagai sukarelawan sepenuh masa di sebuah pusat jagaan warga emas di Selangor.

Disember lepas aku ada tulis satu confession dekat sini. Alhamdulillah, banyak komen yang membantu aku dari segi emosi. Terima kasih semua.

Sekarang, sekali lagi aku perlukan bantuan korang semua. Sejak disember lepas aku tahu aku ada masalah berkaitan mental. Masalah apa? Aku tak tahu. Yang aku tahu fikiran aku, emosi aku jadi kurang waras. Bukan selalu, tapi kadang-kadang.

Suicide thought? Dah beberapa kali. Alhamdulillah, aku sempat berfikiran rasional sebelum aku proceed. Fikir tuhan, fikir tanggungjawab aku. Pernah sekali aku contact Befrienders Malaysia melalui emel, mereka suggest aku untuk jumpa dengan doktor.

Aku abaikan nasihat dari mereka. Sebab aku terlalu kerap berurusan dengan pihak hospital dan klinik, aku kan sukarelawan pusat jagaan warga emas. Jadi aku tak nak orang yang kenal aku tahu aku ada masalah ni.

Hujung januari, aku dah mula rasa aku tak tahan dengan keadaan aku sendiri. Aku menangis masa makan, kadang-kadang menangis masa tengok tv. Menangis sebab apa? Aku tak tahu. Tiba-tiba je aku rasa aku nak menangis.

Jadi, aku gagahkan diri untuk ke klinik kesihatan terdekat. Tebalkan muka, berjumpa dengan doktor. Malu. Sangat malu.

Doktor kata dia akan bagi temujanji untuk ‘mental health care’, dalam masa terdekat. Tarikh yang terdekat, pada bulan 4, hujung bulan 4. Allahu. Jauhnyaaa, tarikh tu.

Doktor pesan, kalau apa-apa, kalau rasa tak tahan, terus datang balik.

Dan hari ni, aku tak tahan. Sbb sabtu lepas, aku rasa macam mental aku sangat tak stabil, aku termenung, aku tak nak bercakap dengan orang, aku tak boleh tidur. Aku rasa jiwa aku kosong, jiwa aku kacau.

Aku cuba approach kawan aku yang berkerja dalam bidang kaunseling, tapi dia tengah sibuk. Takpe, dia pun tak tahu aku nak mintak tolong masa tu. Masa tu, aku rasa sangat alone. Aku rasa sangat tak bernilai. Aku tak menangis, cuma rasa kosong.

Jadi, hari ni, sekali lagi aku tebalkan muka ke klinik kesihatan, aku minta utk jumpa doktor bahagian mental health. Nurse tu kata, hari ni doktor takde. Tapi boleh minta untuk cepatkan appointment. Tapi dengan syarat pesakit kena datang.

Aku bagi tahu dia, pesakit tu datang. Saya la pesakit tu. Dia tengok aku dan kata, “ohh, stress ya?”

Sejujurnya aku tak tahu aku ni stress ke, gila ke atau kena sampuk ke aku tak tahu. Yang aku tahu, aku perlukan pertolongan dan aku malu.

Aku cuba untuk dapatkan appointment baru, yang lebih cepat di kaunter temujanji. Nurse di kaunter temujanji bagitahu, aku boleh datang walk in je bila-bila aku rasa perlu. Tapi akan jumpa doktor biasa la bukan doktor bahagian Mental Health.

Aku perlukan bantuan. Boleh korang bantu aku? Apa aku perlu buat untuk dapatkan bantuan?

Aku dah call hospital besar bahagian psikiatri, mereka bagitahu untuk datang jumpa doktor psikiatri aku perlukan surat rujukan dari klinik kesihatan. Bila aku dah sampai, aku jadi macam bola.

Tolong aku.

– Zar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *