Kisah Tanpa Pena

Assalamualaikum. Terima kasih andai confession aku diterima. Aku kenalkan diri aku sebagai I. Aku membesar dalam keluarga yang porak peranda. Mak ayah aku dari buka mata sampai tidur, bertekak bergaduh, hari² sampai tahap pernah bakar rumah.

As putting salt to the already wounded pieces, ayah aku curang belakang mak aku. Last kantoi curang lagi, ayah aku kahwin dengan perempuan yang entah ke berapa back in 2011 (maybe) sebab aku tak pernah jumpa that woman.

Mungkin itu yang terbaik, only God knows what I’ll do if I ever happened to meet that ‘b’. Mak aku cakap perempuan tu janda anak 3. So, makin tunggang langgang la keluarga kami yang memang sedia susah.

Sepanjang drama ayah aku dengan perempuan tu sebelum dan selepas kahwin, aku dapat kesedaran untuk jaga mak dan adik² aku. Masa tu aku masih belajar and my father stopped giving me anything (literally). Aku pun berhenti berharap apa² dari dia.

Aku pernah merayu supaya dia tunggu aku habis belajar kalau dia nak rasa senang, aku akan senangkan dia. Tapi dia pilih nafsu over his own blood. Aku survived dengan part time jobs, ihsan kawan² baik dan harap duit elaun untuk sara diri dan hulur yang termampu untuk mak dan adik².

Alhamdulillah, I managed to get through until graduation walaupun aku tak dapat pergi majlis konvo sebab tak cukup duit. Bila aku dapat kerja, dia mula cari aku balik. Aku maafkan sebab kenang jasa² dia. He was once a man I respected the most. Tapi untuk terima dia dalam hidup aku semula, tak.

Lepas kerja, perlahan lahan aku bawa mak dan adik² tinggal bersama. Sounds easy, right? The truth, hanya Allah tahu. Dan kerana kisah keluarga aku yang caca merba, aku jadi takut to open up my heart to anyone.

Kalau ada yang nak berkawan, aku terima dengan tangan terbuka, but the moment they asked for more, aku akan cepat² severe my friendship with them. Mostly, aku akan block. Then, it became a habit.

Sesiapa yang mengharap lebih, aku akan buang dari hidup aku. ‘Trauma’, aku takut apa yang ayah aku buat dekat mak aku akan jadi pada aku. Tapi siapa aku untuk tolak takdir Tuhan? Dan apa yang aku takutkan, itulah ujian yang aku terima.

I got married to a man. Aku tak pernah nak selidik kisah peribadi dia lebih dalam because I fell to the words “kisah keluarga kita lebih kurang je”. I thought he would not repeat the same mistakes. Reason: Cause he knows better how a broken family looks life, feels like. Tapi aku silap, tak semua manusia dengan kisah duka yang sama mahu ubah kisah silam mereka.

Seminggu lepas nikah, H (the guy) kantoi ada perempuan lain. Saling bermesej yang tak senonoh. The saddest part is that the woman is also someone’s wife, a mother with two children. Bila aku confront H, dia cakap perempuan tu ada masalah dengan laki dia, she felt lonely sebab tu dia goda H dan H tergoda.

I was still naive, or maybe just falling in love too deeply with someone for the first time ever in my life. Aku percaya H dan bagi dia peluang. Cuma, mungkin bahagia dalam keluarga dan rumah tangga tak ditakdirkan untuk aku.

Repeatedly, H kantoi lagi to the point where I have lost my count. Alasan dari sekadar urusan kerja hingga hanya sekadar kawan. H juga bilang aku cemburu buta. Salahkah aku untuk halang suami yang mahu berkawan dengan perempuan yang pernah goda dia? I wonder motifnya untuk apa, supaya dia digoda dan tergoda lagi?

He even tried to get back with his ex girlfriend. And that made my love for him withered. Aku bagi kasih sayang yang aku sendiri tak pernah rasa, aku tak pernah minta apa² sepanjang nikah sebab aku tahu tahap kemampuan dia, aku ubah penampilan untuk jaga diri hanya untuk dia, aku kongsi rezeki yang aku ada – hanya untuk diduakan dan dikecewakan lagi dan lagi.

Aku tak bernikah untuk ulang semula kisah hitam keluarga aku. Now I’m back to the old me. Kerja untuk mak dan adik² aku. Hubungan aku dengan H? Dia tak buat apa pun untuk pulihkan keadaan.

Oh ya, kami PJJ. Mungkin dia fikir masalah akan selesai dengan sendirinya. Mungkin dia fikir dengan tak berbuat apa² aku akan datang kepadanya dan maafkan dia lagi seperti sebelumnya. Aku dah letih untuk ditipu dan dikhianati. Cukuplah.

Sekarang aku tunggu hari untuk ke mahkamah. H tak mahu lepaskan aku. Tapi apa gunanya? I already gave him enough chances and he kept blowing them off. Aku bercadang untuk tunggu 4 bulan untuk minta cerai. Atau ada cara yang lebih pantas untuk aku dilepaskan? Please share some. Aku tak mahu tanggung lama² dosa sebagai isteri derhaka.

To H, or if somebody happened to read this and knew him, tolong nasihatkan dia untuk lepaskan aku dengan baik. Jangan gantung aku lama². I don’t think anything will ever change for good. Sebab selama aku bernafas, kecurangan only leads to another kecurangan. My father did it, H proved me right too.

To readers, semoga kisah aku ini ada pengajaran. Terutama pada yang sudah bernikah, setialah. Jangan jadi isteri atau suami yang celaka (maaf). Sesunyi apapun kamu, don’t take someone else’s wife or husband untuk melempias nafsu.

Jangan rosakkan rumah tangga orang lain hanya kerana rumah tangga kau sendiri bergoyang. Paling penting, jangan mudah melayan. Jadi lelaki jangan terlalu keji, jadi perempuan jangan terlalu murahan. Jangan tambahkan sakit insan yang masa silamnya sudah sedia parah. Allah…

Doakan aku kuat. Doakan ujian aku dipermudah. Kali ini aku putuskan untuk memaafkan juga. Tapi H, tolong lepaskan aku.

Wassalam.

– I (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *