Dianiaya Atau Menganiaya

Assalamualaikum. Aku kenalkan diri aku sebagai Sue. Kisah yang ingin aku kongsi ini adalah kisah aku dengan mentua aku. Aku dah berkahwin lebih kurang 8 tahun dan dikurniakan anak yang sangat baik dan bijak

Sebelum ini hubingan aku dengan mentua aku sangat rapat. Setiap masalah dia, jarang dia akan cari anak- anak, yang dia cari adalah aku. Suami aku pun hanya tahu maknya ada masalah setelah aku bercerita kepada dia.

Apa sahaja masalah mentua aku, cuba aku selesaikan dan aku cuba jadi pendengar yang setia. Yelah, mentua pun dah macam mak sendiri, kadang aku rasa aku layan mentua aku lebih dari mak aku sendiri.

Mentua aku ni dah lama ada masalah dengan ayah mentua aku. Tahun 2019, mentua aku dalam proses bercerai dengan ayah mentua aku. Ayah mentua aku memang bermasalah, tak bekerja, hanya mengharapkan hasil dari isteri dan anak-anak. Tapi bab cakap besar, dialah orang no. 1.

Aku dan suami selalu ulang alik balik kampung belah suami. Atas alasan mentua aku tengah banyak masalah, kadang kena masuk hospital. Akulah yang masak untuk dia kalau dia warded.

Setiap kali balik kampung, aku dan suami yang akan tolong dia buat kerja rumah, masak. Anak-anak yang lain, semuanya tahu memerap dalam bilik sahaja.

Ada suatu hari, mentua aku call dan minta aku serta suami balik malam tu juga. Tapi suami aku tengah bekerja.

Nak tak nak, demi mak yang dikasihi, aku ajak suami aku balik seusai suami aku balik dari kerja. Korang bayangkan betapa penatnya suami aku. Rupanya tujuan kami disuruh balik atas sebab mentua aku dapat tahu ayah mentua aku dah kahwin sorang lagi di Thailand.

Ye, ayah mentua aku memang dah kahwin sorang lagi. Dan mentua aku minta aku dan suami unpaid leave supaya boleh teman dia ke mahkamah 2 hari selepas tu sebab kes fasakh tengah berjalan.

Sebab patuh punya pasal, suami aku cuti tanpa bagitahu ofis, walaupun aku dah nasihatkan suruh minta cuti tapi dia yakin cuti dia akan ditolak. Company aku kalau nak cuti kena apply seminggu awal, kalau last minute biasa akan kena tolak.

Hari untuk ke mahkamah tiba, mentua aku pesan aku tak perlu ikut, hanya suami aku je ikut. Katanya kalau aku ikut, aku akan buat kecoh. Alangkah kecilnya hati aku, bukan sebab dia tak bagi ikut tapi sebab dikatakan aku boleh mendatangkan kecoh.

Tapi aku cepat-cepat muhasabah supaya jangan terasa hati. Dan malamnya mentua aku minta aku dan suami bawa dia ke rumah aku. Di sinilah bermula detik hitam aku. Esoknya aku dan suami pergi kerja awal pagi, dalam jam 10 pagi aku dapat mesej dari suami aku.

Katanya maknya telah lari dari rumah dan dia hanya dapat 1 mesej dari maknya mengatakan dia nak pergi tenangkan fikiran dan jangan cari dia. Hati menantu mana yang tenang bila dapat tahu mentua lari dari rumah tanpa sebarang kata. Yang aku fikir hanya keselamatan dia.

Beberapa hari selepas kejadian, aku dapat tahu yang mentua aku dah balik semula pada ayah mentua aku. Yang paling aku sedih, dia bagitahu kepada kelurga suami aku, dia lari sebab aku kurang ajar dengan dia masa malam bawa dia datang rumah aku. Dan sebenarnya dia dah lama tak suka aku.

Allah, sedihnya hati aku Allah sahaja yang tahu. Aku tak pernah kurang ajar apatah lagi tinggikan suara. Aku selalu ada bila dia dalam masalah, dia tengah sedih, dia tengah berduka.

Aku ada bagi 1 mesej pada dia bertanyakan bilakah aku kurang ajar pada dia. Dan kalau betul aku kurang ajar, aku minta maaf. Tapi dia tak respon pun mesej aku.

Tapi aku dapat tahu lagi, dia bagitahu pada semua, aku hantar mesej bertalu2 pada dia tanyakan macam-macam. Betullah orang kata, menantu tak akan pernah jadi anak walaupun kita cuba sedaya upaya.

Apa yang perlu aku lakukan? Adakah aku yang telah menganiaya dia keran itulah yang diberitahu kepada semua bahawa aku telah menganiaya hidup dia.

– Sue (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *