Aku sudah bekerja hampir 2 tahun tapi aku merasakan aku masih lagi noob & jiwa aku tak ada dalam company ni.
Maksudnya aku tak ada passion untuk bekerja dalam company ini sejak 6 bulan bekerja. Tapi aku masih lagi bertahan sampai hari ini. Pekerjaan aku adalah seorang programmer.
Sebelum cukup 6 bulan, recruiter akan kata kamu masih lagi tak cukup 6 bulan. Dah masuk 1 tahun masih cuba apply kerja tapi susah dapat. Sekarang hampir 2 tahun bekerja pun masih susah dapat kerja.
Bersyukurlah kalau korang setiap hari pergi kerja dengan muka gembira untuk mulakan hari kerja dengan penuh semangat.
Pepatah ada mengatakan “do what you love”. Tetapi hampir semua pekerjaan tidak seindah yng disangka. Semuanya tidak sempurna.
Punca aku nak berhenti sekian lama adalah :
1. Sudah hilang passion nak buat kerja.
2. Kerja keseorangan selama 2 tahun. Tak ada yang guide pandai2 lah aku selesaikan.
3. Kalau bab kesihatan mental fizikal ni memang tak payah sembanglah. Jantung otak rasa nak pecah berdegup laju memikirkan solusi masalah tersebut.
4. Environment kerja yng aku tak minat & memang tak ngam orang kata.
Orang kata sebelum nak berhenti kerja pastikan ada kerja dulu.Kerja bukan bidang programmer memang susah nak dapat sebab nak kena bersaing dengan beribu orang lagi.
Kalau anda nak tahu bukan semua orang suka menjadi programmer atau developer sebabnya adalah PENAT!! Kalau anda tak mampu selesaikan error atau debugging jangan harap anda mampu menempuh cabaran seterusnya.
Berbalik kepada bidang kerja programmer, kalau anda apply memang akan cepat dapat respon kata banyak position avalaible.
Ya sekarang aku masih lagi tak dpat pekerjaan tapi aku memikirkan aku masih ada lagi simpanan yng ckup kalau untuk meneruskan kehidupan selama 6 bulan. Aku masih lagi bujang & tak banyak tanggungan.
Notice period aku adalah 24 jam bermakna aku boleh berhenti on the spot.Jadi selepas berhenti kerja cadangan aku sementara mencari kerja adalah
1. Dapatkan certification. Untuk membuktikan bahawa aku bersungguh2 & layak untuk kerja bidang ini.
2. Aku baru berjinak2 dengan trading & seorang youtuber masih menunggu untuk monetize (mungkin 2 minggu lagi cukup).
3. Programming skill masih lagi akan diteruskan sebagai hobi tapi bukan sebagai full time.
Tak ada guna kalau kerja untuk 30 tahun tapi benci dengan apa yang anda buat. Gaji sekarang adalah dalam lingkungan 3k- 3.5k.
Mohon pendapat anda semua adakah patut aku berhenti ?
– Seorang Lelaki (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit