Si Dia Perlu Rehat…
Awak, ye awak. Dan pasangan awak perlu rehat. Suami perlu bagi isteri rehat, dan isteri perlu beri suami rehat. Masing-masing memerlukan rehat.
Keluarga dan perkahwinan adalah sebuah institusi yang penting, memerlukan komitmen, tenaga, fikiran, wang, emosi, mental dan titik peluh suami dan isteri, apatah lagi apabila mempunyai anak-anak.
Suami dan ayah penat bekerja untuk menyara keluarga dan memberi keselesaan buat keluarga dan juga menunaikan tanggungjawab sebagai suami dan ayah di rumah, membantu dalam urusan rumahtangga dan anak-anak.
Isteri dan ibu penat bekerja untuk memberi sokongan tambahan kewangan buat keluarga, dan pulang sebagai seorang ibu menguruskan hal ehwal rumahtangga dan membesarkan anak-anak.
Apabila si isteri tidak bekerja kerana apa sebab sekalipun, sama ada mementingkan tanggungjawab penting sebagai seorang ibu, dia juga penat tidak berhenti menguruskan keperluan emosi, mental, fizikal anak-anak sepanjang hari, sementara si suami mencari rezeki buat menyara keluarganya di luar.
Semua ini melelahkan. Manusia perlu masa rehat yang cukup. Hormati lah perkara itu dan cuba berikan rehat buat diri sendiri dan pasangan.
Anda dan pasangan kedua-dua nya tunggak keluarga, jangan pernah biarkan keletihan, kelelahan dan kepenatan itu menguasai anda ataupun pasangan sehingga anda ataupun pasangan hanya memberi saki baki diri anda yang tertinggal buat keluarga.
Compromise sedikit perkara dalam urusan harian yang kurang penting. Spend masa untuk berehat. Jika anda hanya boleh berehat ketika lunch hour kerja untuk tidur seketika tanpa gangguan, sila buat itu untuk diri anda tanpa perlu memenuhi ajakan kawan-kawan untuk menghabiskan masa itu di luar.
Anda perlu rehat. Anda akan pulang ke rumah untuk memberikan the best of you kepada orang terpenting dalam hidup anda iaitu pasangan dan anak-anak.
Jika suami dan ibu bekerja boleh menaiki kenderaan awam agar boleh berehat di dalamnya dan tidur sementara pulang kerja, silakan buat perkara itu.
Buat apa sahaja yang mempercepatkan dan mempermudahkan urusan harian anda untuk mendapatkan rehat sebentar, agar apabila anda pulang anda dapat memberikan the best of you kepada anak-anak.
Dan buat pasangan, appreciate bahawa suami dan isteri anda juga kepenatan. Berikan ruang untuk masing-masing berehat. Jika sedikit urusan rumah dan harian ditangguhkan, fahami bahawa pasangan anda letih dan dia hendak berehat. Beri dia rehat sedikit dan tangguhkan apa di depan mata.
Jika pasangan anda perlu pulang lewat sedikit untuk berehat, anda yang menunggu di rumah perlu faham bahawa pasangan anda yang bekerja sedang berehat dan dia akan pulang membawa recharged version of him/herself.
Tekanan dalam hidup ini tinggi, berikan ruang kepada manusia yang menjadi pasangan anda itu untuk berehat, dan anda juga begitu.
Semoga institusi keluarga kita tidak dicerai beraikan dan tidak berantakan oleh emosi atau baran yang tercetus kerana fizikal, mental ayah ibu yang sedang kepenatan yang berterusan. Kita ini hendak membina anak-anak juga bukan sahaja membesarkan mereka.
Appreciate bahawa tugas itu bukan mudah, anda perlu rehat yang cukup untuk tanggungjawab itu. Anda berdua carilah masa untuk berehat sebentar.
Your kids deserve the best of you, not the rest of you. You both.
– Team player (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit