Surirumah Ada PhD

Assalamualaikum w.b.t. terima kasih pihak IIUM Confession kalau sudi up cerita saya. Saya disini sekadar nak minta pendapat pembaca. Saya Nani berumur 25 tahun, saya baru habis Master dan baru berkahwin dalam 6 bulan yang lalu.

Saya anak bongsu dari 4 adik beradik. Semua abang dan kakak saya sudah bekerja stabil dan mempunyai kehidupan mereka masing-masing. Saya asal dari keluarga yang agak senang.

Alhamdulillah saya tak ada apa-apa hutang sepanjang saya belajar sampai ke Master dan saya pun tak apply apa-apa scholarship walaupun saya layak untuk ambil sebab saya fikir ada orang yang lebih perlukan berbanding saya.

Mungkin faktor jarak umur abang dan kakak saya jauh dari saya, membuatkan ibu bapa saya mempunyai financial untuk support saya study.

Berbalik kepada tajuk diatas, selepas saya tamat belajar, saya ada dapat iv beberapa kali sebagai pensyarah tetapi nasib tak menyebelahi saya, dan saya rasa ditolak tambah gaji yang ditawarkan tidak memenuhi apa yang saya nak.

Kebanyakkan range untuk pensyarah swasta adalah RM 2200 kebawah tidak melebihi RM2500 sepanjang kolej atau universiti yang saya hadiri sesi temuduga.

Maaf andai kata saya tak bersyukur tapi saya rasa setiap individu ada spec masing-masing untuk kerja dia nak. Saya ambil kira faktor kehidupan di bandar, dgn hadap jammed nya, parking, minyak dan etc.

Akhir cerita saya ambil keputusan untuk kerja di syarikat abang saya sebagai account & admin exec, gaji yang dibayar lebih kurang RM 2000 sebulan.

Ini tak termasuk insentif, bil-bil yang boleh saya claim, kemungkinan saya juga dapat melancong percuma / umrah memandangkan syarikat abang saya syarikat perlancongan. Saya seorang yang suka melancong dan travel.

Saya fikir mungkin lebih mudah sebab saya hanya bekerja dari rumah, tak perlu bangun awal pagi, tak perlu masuk office from 8-5, dan lain-lain. Saya nak buat kerja rumah seperti mengemas juga lebih mudah sebab saya seorang yang particular, saya tak boleh tengok rumah bersepah, saya stress.

Alasan kenapa saya bekerja dari rumah adalah kerana main office adalah di Terengganu, saya di KL, memandangkan saya jauh, jadi segala tugasan saya handle dari rumah sebab ada unifi, dan kalau meeting saya cuma Facetime.

Kesimpulannya, saya sangat suka kerja saya dan angan-angan nak menjadi pendidik sudah saya kuburkan.

Ayah saya ada menyatakan hasrat untuk saya menyambung ke PhD memandangkan rumah saya sebelah universiti yang saya akan sambung dan mode krusus yang ditawarkan menepati kemampuan saya untuk yakin graduate sbb saya kalau boleh tak nak PhD separuh jalan.

Tapi memang tujuan saya sambung adalah kerana saya suka belajar dan masuk kelas, saya suka berguru, kiranya saya memang dah ketepikan impian saya untuk menjadi pensyarah. Untuk tajuk penyelidikan saya, saya sudah ada tajuk dan in progress untuk siapkan proposal.

Saya ada ceritakan keputusan saya pada kawan-kawan saya yang ambil Master untuk meminta pendapat, tapi mereka seakan menentang keputusan saya. Kata mereka, nanti overqualified. Susah nak hunting kerja kalau PhD tanpa skill mengajar.

Sebenarnya perancangan saya, untuk PhD saya memang tak akan ambil mana-mana scholarship dan self finance memandangkan ayah saya yang propose untuk saya sambung.

Untuk komitmen bulanan saya, saya belum ambil apa-apa loan, jadi saya memang guna duit gaji saya untuk saving, dan suku daripanya untuk joli-joli kalau saya nak tapi saya seorang yang banyak di rumah.

Saya cuma nak tanya pembaca, apa pendapat anda kalau seseorang tu dia sambung PhD tapi tak bercita-cita untuk jadi pensyarah?

Adakah keputusan saya nak sambung belajar adalah keputusan yang tidak wajar? Sebab kebanyakkan kawan-kawan saya ingat saya tak kerja sebab asyik post instagram ja selalu, weekday pun berjalan di mall, jadi stigma mereka saya seorang suri rumah tapi sambung PhD.

– Nani (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *