Hati Manusia Ditempat Kerja

Assalamualaikum.. Hari ni aku nak confess sebagai seorang pelajar praktikal, pengalaman aku di torture secara mentally oleh pekerja tua.

Torture mentally sangat menyakitkan. Lebih-lebih lagi apabila kau tiada back up. Cuba bayangkan aku cuma minta tolong penggunaan alatan pejabat terus dikatanya aku ini kurang ajar, lambat minta tolong.

Ya mungkin dia terasa kerana aku masuk ke jabatannya tanpa memberi salam kepadanya terlebih dahulu. Itu aku boleh perbaiki.

Sejujurnya aku selalu memberi salam tetapi aku tidak tahu apa yang di dalam hati mereka, hari-hari sebelumnya mereka selalu menunjukkan riak muka tidak puas hati pada aku.

Mungkin kerana hari-hari sebelumnya, aku tidak merespon gelak tawa mereka. Kerana mereka duk membawang orang lain, aku bukan nak kata aku baik, tapi kalau bab goreng bawang ni, maaflah.. tak sanggup nak makan darah daging saudara sendiri.

Aku perasan masa tu diorang macam terasa dengan respon aku. Yelah.. tak kanlah aku nak gi support pula kan bab2 bawang ni..

Sejak haritu, aku perasan hubungan kami makin janggal. Ada kalanya aku menegur mereka ada kalanya tidak. Tetapi kebanyakan waktu aku menegur mereka. Tapi.. disebabkan ebberapa waktu yang aku tidak menegur mereka itulah yang diperbesarkan mereka..

Sampailah pada satu hari perasaan ketidakpuasan hati salah seorang daripada mereka meletup pada hari tersebut. Aku terus di psiko olehnya. Persoalan bertalu-talu ditujukan pada aku. Ditanya apa yang aku tidak puas hati pada mereka.

Mungkin kerana perasaan janggal menyebabkan aku ada masanya tidak menegur tetapi percayalah, aku selalu memberi salam tetapi ada kalanya tidak terjawab.

Mungkin cara aku memberi salam itu terlalu lembut sehinggakan mereka berasa aku memperendahkan mereka kerana mereka jenis yang hard spoken sednagkan aku soft spoken buatkan mereka berasa rendah diri.. Mungkin..

Aku tak boleh nak confirm 100%. Jika ikutkan hati, sebenarnya mereka pun tidak menegur aku. Aku lebih banyak memulakan perbualan. Allahu.. Tuhan sahaja tahu perasaan berhadapan dengan manusia yang suka menjatuhkan orang dengan terus-terusan memperbesarkan kesilapan seseorang.

Okaylah, berbalik semula perbualan kami sepanjang aku di torture mentally.. Aku terus-terusan dikatakan bahawa kesemua staf duk memburuk-burukkan aku..

Kemudian bila aku tanya apa yang mereka katakan pada aku, diberikan jawapan tersekat-sekat dan dibalikkan semula soalan kepada aku ‘apa yang aku dah buat?’

Menurut aku, kesemua perbualan kami hari ini lebih kepada ingin melihat aku jatuh dan sedar diri bukannya kepada perbincangan 2 hala.. Soalan-soalannya aku jawab secara direktif, aku jujur bahawa aku tidak ada apa-apa rasa tidak puas hati.

Then bila aku ditanya mengapa aku tidak menegur mereka pada hari-hari tertentu yang mana kebanyakannya aku banyak menegur mereka cuma respon tak dak then aku reply balik yang aku minta maaf sebab tengok dorang syok duk berbual.

So aku takut nak tegur sebab tak dak respon macam sebelum ni. Yang ni aku kena baiki, tak kira diorang tengah sembang ke tak, tegur juga, walaupun aku sorang je yang kena, orang lain tak tegur okay pula.

Dah banyak kali aku tengok ketua kami tak tegur dorang pon dorang tak dak bising lepaih tu beberapa staf lain masuk jabatan tu tak tegur mana dorang pon dorang tak bising, betullah orang kata, bila orang dah tak suka kita, hampir semua benda kesalahan kecil kita jadi benci.

Sejujurnya, aku ada rasa bersyukur semua ini terjadi kerana mungkin Tuhan ingin berikan aku pahala bersabar. Walaupun aku tidak diberi peluang untuk membela diriku (dalam hati of courselah nak bagitau yang diorang pon tak tegur aku gak)..

Aku rasa bersyukur kerana sekurangnya aku melihat begitu besarnya hikmah di sebalik kejadian ini.. yang mana begitu pentingnya menegur seseorang secara berhikmah..

Begitu pentingnya menjadi seorang yang berintelektual di mana perlunya menyelesaikan suatu masalah perhubungan dengan baik bukannya secara menengking, psiko dengan pertanyaan bertalu-talu dan memberikan jawapan yang tidak jelas secara berterusan..

Inilah salah satu perjalanan kehidupanku.. Aku tahu aku tidak boleh mengubah manusia.. Tapi aku tahu mana baik dan mana betul.. Aku siap tanya 2 orang staf yang aku tahu tak mudah terjejas dengan anasir-anasir bawang ni.. Tau tak aku tanya dorang aku ni nampak sombong ke?

Kedua-duanya berikan jawapan tidak.. Sedangkan semasa aku di torture mentally, kedua-dua staf tersebut disebut namanya seolah-oleh mengatakan aku ini kurang ajar.. Ya Tuhan..

Jika mulut sudah terlatih untuk terus-terusan point out kesalahan orang, sudah tentu ianya bermula dari hati.. Sejujurnya, aku tidak pernah mengata mereka di tempat kerja aku walaupun aku bekerja di jabatan lain.. Ini kerana aku tahu amna baik dan mana benar..

Moga Tuhan sentiasa melindungi dan memberikan kekuatan kepada insan-insan yang senasib dengan ku..

– Anonymous (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *