Aku selalu jadikan kisah ini iktibar buatku. Terdetik nak share, mungkin ada yang nak jadikan iktibar juga.
Aku punyai seorang bapa saudara. Kurang lebih 15 tahun rasanya sudah bersara daripada sebuah syarikat swasta bertaraf GLC. Dulu memang bapa saudaraku nampak sederhana senang. Motor, kereta rumah semua ada. Semua dah habis bayar.
Namun sebaik bersara, mula-mula nampak juga boleh survive dengan duit KWSP. Namun lama-lama nampak semakin sesak. Sehinggalah kini, keadaan mereka laki bini kelihatan tersangatlah dhaif.
‘Mujur’ bapa saudara menghidap stroke, dapatlah bininya elaun JKM sebab menjaga. Kenapa aku cakap ‘mujur’? Sebab kalau tiada elaun JKM, aku tak pasti bagaimana mereka nak survive. Itupun nak dikira bayar bil api air, belanja dapur. Berapa sangatlah yang tinggal. Rasanya elaun JKM bawah RM500.
Mereka punyai seorang anak tunggal, lelaki. Belum berkahwin. Namun anak lelakinya itu juga boleh dikira susah, mereka tinggal sekali. Anak lelakinyalah yang banyak membantu mak ayahnya ke klinik untuk appoinment doktor.
Namun yang kesiannya, anak lelaki itu tersangatlah baran. Memang herdik mak ayahnya dah jadi benda normal. Dari sudut baik memang baik, cuma baranlah. Rasanya kita pun ramai kawan begini kan? Baik tapi baran.
Point dia. Bayangkan bila kita tua nanti. Ramai kita kerja swasta termasuk aku. Kalau kata umur 60 dah kena bersara. Lepas tu kita nak buat apa? kerja lagi? Kerja apa kita boleh buat bila umur begitu? Bagaimana kalau kita diuji dengan sakit-sakit kritikal?
Nak harapkan anak-anak? Kalau dapat yang soleh/solehah yang boleh urus dan jaga kita okeylah. Bagaimana kalau dapat yang tak kahu jaga kita?
Dapat pula pasangan mereka yang tak suka dengan kita? Tak ke haru kita? Sudahlah budaya orang sekarang. Keluarga anak mesti tinggal berasingan dari mak ayah. Nakkan privacy. Habis tu nasib mak ayah bagaimana?
Ada orang kata sebab tu kena buat pelaburan dalam A#B atau T#. Aku tak setuju, berapa sangat pulangan dia. Kalau bawa keluar nanti dan belanja. 3 tahun dah habis macam KWSP. Kalau sebagai lokasi untuk menyimpan logiklah.
Aku rasa, idea terbaik adalah punyai bisnes sendiri. Kena tanam azam, walau kerja makam gaji, tetap kena ada bisnes sendiri. Bina syarikat bagi kemas dan sehingga boleh jadi auto-pilot, bergerak sendiri.
Jadi walau kita dah uzur nanti, kita masih boleh pantau. Walaupun anak buah je yang gerakkan. Bahaya kalau bisnes kita takat terhenti dekat salesman atau MLM. Kalau kita dah tak mampu nak jual rumah ke rumah nanti, haru kita.
– Ahmad Albab (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit