Budaya Pilih Bulu

Assalamualaikum. Aku nak luahkan berkenaan ketidakadilan yang berlaku di pejabat aku. Mungkin apa yang aku nak cerita di sini mungkin juga ada berlaku pada orang lain yang senasib dengan aku.

Aku berkhidmat sebagai Project Engineer di salah sebuah consultant firm. Tahun 2020 cukup 4 tahun aku berkhidmat di sini. Apa yang aku boleh gambarkan pejabat aku ni pejabat yang sangat flexible dan buat kan aku sangat selesa kerja di sini.

Buat pengetahuan semua, sebelum ni aku kerja sebagai sales yang mana bukan la bidang aku. Jadi bila aku dapat kerja ni aku sangat-sangat bersyukur sebab agak susah untuk aku dapat kerja di sini.

Selama aku berkhidmat di sini kerja memang sentiasa membukit. Sebabnya perlu handle 3-4 project dalam satu masa. Untuk bulan Mac ni sahaja 3 project aku perlu siapkan. Memang penat memang stress. Tapi dalam masa yang sama aku happy sebab dapat belajar banyak.

Tugas Project Engineer ni bukan setakat design sesuatu project tapi perlu buat documentation, liase dengan authority, attend meeting, pergi site dan liase dengan contractor lagi.

Ramai orang ingat bila ada title Engineer je gaji besar. Hakikatnya gaji aku dah tolak EPF tak sampai RM 3k. Gaji seolah-olah tidak berbaloi dengan kerja yang aku buat. Ya aku tahu zaman sekarang tidak boleh memilih kerja.

Di pejabat aku, selain Project Engineer, ada draughter dan Modeller. Modeller dan draughter lebih kepada terima arahan dari Project Engineer. Cumanya Modeller ini berpangkat Engineer. Mereka sekali sekala diperlukan untuk datang meeting dan lebih kepada design dalam 3D.

Apa yang aku nak cerita ketidakadilan yang berlaku bila ada rakan sepejabat aku yang bekerja sebagai Modeller mula hantar surat letak jawatan. Bukan seorang tapi tiga orang. Aku tak pasti mereka ini betul-betul tekad untuk letak jawatan atas sebab tension atau mereka ada agenda lain.

Memandangkan baru je hujung tahun lepas mereka bersuara untuk tetap kerja di sini tahun ini sebab cuti tahunan naik dan mereka tak dapat tawaran gaji yang lebih tinggi di tempat lain. Apatah lagi tahun lepas orang lain hanya naik gaji sekali tapi mereka minta untuk naik 2 kali.

Ya permintaan mereka diluluskan.

Sejurus mereka letak jawatan, boss mereka pujuk dan terus tawarkan kenaikan gaji lebih RM500. Selang sehari ceo pula yang tawarkan gaji hampir RM1k.

Macam mana aku tahu? Di pejabat aku semua benda orang bercerita. Jadi walaupon tiga orang ni kunci mulut tetap ada yang mendengar. Kawan aku yang letak jawatan bulan Januari dulu langsung tidak ditawarkan sebegini. Jadi sekiranya satu hari nanti aku pon letak jawatan pasti senasib.

Jadi kat sini aku rasa ketidakadilan sebabnya tugas mereka tidak sesukar dan tidak sebanyak kami. Tapi itu pon asyik dengar complaint kerja mereka banyak tak sempat itu tak sempat ini.

Dah kalau masuk pejabat pon sejam lewat, time rehat lebih setengah jam dari sepatutnya. Awal tahun dah cuti berminggu-minggu. Kadang-kadang balik lambat tapi lebih kepada berborak. Mana nak cukup masa nya. Tapi kelebihan semua berpihak kepada Modeller.

Sedih sangat sedih.

Umpama kami berkhidmat sebagai Project Engineer ni tak ada nilai nya. Umpama penat kami ke tak ada yang hargai. Sedangkan hampir 80% untuk siapkan satu project datang dari keringat kami.

Ya aku tahu sekarang Modeller banyak company cari. Tapi bila berlaku ketidakadilan sebegini siapa saja tak marah. Sedangkan gaji mereka jauh lagi tinggi dari kami.

Setiap kali bersuara nak naik gaji ada je suara yang mematah-matahkan hasrat kami. Kami yang lain merangkak-rangkak entah bila boleh capai gaji seperti Modeller.

Aku akan sangat terkilan sekiranya benarlah agenda mereka hanya lah untuk naik gaji. Aku bukanlah nak rasa dengki dan mungkin juga sudah tertulis rezeki mereka. Cuma rasa tidak adil bila perkara ini terjadi.

Seharusnya boss perlu berlaku adil perlu fikir apa perasaan orang lain yang tidak terima tawaran seperti mereka. Aku mula rasa tidak suka bekerja dalam suasana budaya kerja sebegini. Rasa tawar hati nak kerja.

Untuk cari kerja lain dari hujung tahun lepas aku dah cari cuma tiada rezeki lagi. Setiap tahun juga aku cuba namun masih sama. Memandangkan di sini la paling lama aku berkhidmat jadi aku tak pasti sekiranya tempat lain ada budaya sebegini. Pilih bulu.

Mohon semua doakan aku terus kuat untuk kerja di sini dan doakan aku dimurahkan rezeki. Aku ada anak jadi aku perlu terus cari rezeki untuk besarkan anak aku.

– Z (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *