Kembali Hidup Menganggur

Assalamualaikum, pertama sekali aku nak ucap terima kasih buat admin yang sudi approved confession ni. Awalnya, biar aku bercerita sedikit latar belakang aku. Nama aku Faizal (bukan nama sebenar), berumur 35 tahun dan merupakan seorang ketua keluarga kepada seorang isteri dan 3 orang anak yang masih kecil.

Aku bekerja di syarikat swasta dalam bidang construction dan menjawat jawatan biasa-biasa sahaja. Ini adalah company aku yang ke-4 yang aku berkhidmat. Dan range aku berkerja untuk setiap company selalu 3-4 tahun dan selepas itu samada aku resign dan cari tempat baru atau company bermasalah atau aku yang kene buang.

Rasanya semua yang bekerja mungkin tahu yang dua tahun kebelakangan ni (lebih tepat lagi sebulan dua sebelum PRU14) ekonomi memang kurang memberangsangkan, lagi-lagi dalam bidang construction. Tiada lagi project baru, cuma teruskan apa yang sudah diluluskan sahaja.

Banyak company yang lingkup dan buat retrechment. Ya, company yang ke-4 aku bekerja pun memang tak dapat lari dari masalah ini. Seorang demi seorang mula resign atau VSS.

Dan hari ni, aku diuji lagi. Selepas 3 bulan bekerja tanpa gaji, aku telah di VSS. Semua ni telah aku panjangkan report di jabatan dan agensi yang berkaitan. Namun, bukan proses ini yang aku hendak ceritakan disini, sebab rasanya sama sahaja seperti mereka yang pernah melaluinya.

Seperti yang aku beritahu, ini bukanlah kali pertama. Sebelum ni company yang ke-3 aku bekerja, aku rasakan ujian yang paling berat aku terima. Setelah hampir 5 tahun mencurahkan bakti aku telah diberhentikan dengan notis 24 jam gara-gara ada sedikit perselisihan faham dengan majikan.

Sedih memang sedih, bayangkan pagi kerja macam hati biasa, namun pulang sebagai penganggur. Jatur air mata lelaki dengan nasib yang menimpa diri, dalam fikiran aku cuma anak-anak. Bagaimana akan aku sara mereka. Menangis lagi dalam kereta ketika waktu pagi menghantar anak-anak ke taska.

Mampukah aku menjadi ayah yang terbaik, dan memberikan segala apa yang terbaik buat anak-anak? Persoalan ini sering kali berlegar difikiran. Isteri aku lah yang banyak membantu dan sangat memahami, dia banyak berikan aku support dan menenangkan aku, tidak pernah sekali menambah kekusutan ketika aku dalam bermasalah.

Waktu ini dengan bakat yang aku ada, aku buat kerja sambilan. Edar flyer dari rumah ke rumah mencari mereka yang memerlukan khidmat aku. Alhamdulillah, adalah 2 3 orang mereka yang aku tidak kenali bersetuju untuk mengubah suai rumah mereka.

Alhamdulillah, hasil dari kerja sambilan ni aku dapat keuntungan bersih lebih kurang RM60k. Yang mana kemudian duit ini aku gunakan sebagai deposit 10% untuk rumah pertama aku dan lebihannya aku gunakan untuk ubah suai rumah sendiri.

Dan dengan duit itu juga aku hadiahkan isteri dan ibu aku dengan gelang emas. Aku buat surprise bawa mereka ke kedai emas dan bagi mereka pilih sendiri dengan harga yang telah aku tetapkan. Tidaklah mahal berpuluh ribu, tapi itu sahaja yang aku mampu.

Oh ya, dalam masa aku buat kerja sambilan tu sebenarnya aku sudah dapat tempat kerja baru. Dalam sebulan sahaja aku mengangur sudah dapat kerja baru iaitu di company ke-4 (VSS). Tetapi, dalam sebulan mengusahakan ladang anggur itu banyak aku belajar erti tawakal dan kembali ke jalan Allah.

Al-quran yang sudah lama tidak dibuka, (kalau tidak silap kali terakhir adalah waktu persekolahan), kini aku cari dan cuba baca. Betullah kata orang, Al-Quran itu hidup. Makin engkau tinggalkan, makin ia menjauh. Aku baca tergagap-gagap, satu persatu dengan bantuan YouTube. Solat malam juga aku buat, aku menangis dan mengadu pada tuhan.

Alhamdulillah, doa aku Dia jawab tidak sampai sebulan. Dan Al-Quran kini aku cuba amalkan setiap hari, sekurang-kurangnya 2 muka satu hari (doakan aku untuk istiqamah). Solat malam tidak lagi sekerap dulu, doa-doa mula terasa kontang. Itulah kesedihan, datangnya membawa kenikmatan dalam beramal.

Di company ke-4 ni dalam masa setahun aku kerja, aku dinaikkan pangkat dengan gaji RM7,000. Aku tahu adat kerja swasta ni macam ni lah. Langit tidak akan cerah sampai ke petang, akan ada hujan di tengah hari. Walaupun dengan kenaikan gaji tu, aku belanja seperti dulu bergaji RM4,000. Tiada apa yang aku beli.

Berbanding rakan sekerja, dengan kenaikan yang sama tidak sampai beberapa bulan dari viva terus bertukar menjadi Honda Civic Ketam. Aku?? Masih setia dengan Myvi first edition. Duit lebihan itu aku menyimpan dan beli insuran untuk aku, isteri dan anak-anak.

Seperti dijangka, masuk tahun ketiga, company yang aku kerja ni mula bermasalah. Project yang dulu banyak kian suram. Gaji yang dulu 100% kini terpaksa di potong 20%. Akhirnya company terpaksa buat retrechment dan aku diberhentikan.

Namun, kali ini sedikit berbeza penerimaan aku dengan ketentuan Ilahi ini. Aku tidak lagi bersedih seperti dulu. Aku tahu, sepertimana langit tidak cerah sepanjang hari, begitu juga dengan langit yang mendung. Akan tiba sinar baru buat kehidupan ini. Cuma waktu dan ketika tidak aku ketahui, aku berserah pada yang maha esa dalam menentukan kehidupan aku.

Walaubagaimanapun, aku berterima kasih kepada isteri dan family yang banyak mendoakan dan memberikan semangat dalam menempuh ujianNya. Ya, tidak dinafi ada waktu bila bersendirian aku juga meruntun nasib diri, aku manusia biasa.

Mencari kerja baru telah aku mula awal lagi sebelum VSS, adalah beberapa interview yang telah aku hadir. Namun masih tiada jawapan. Mungkin, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk aku. Aku hanya mencuba lagi dan lagi.

Dalam masa yang sama tiba-tiba kawan dan customer aku yang lama menghubungi dan menagih khidmat aku kembali. Entah dari mana mereka tahu, sedangkan untuk kali ini aku tidak buat iklan ataupun flyers seperti dulu. Walaupun tidaklah banyak, aku bersyukur. Aku tahu, Allah lah yang gerakkan hati mereka ketika aku dalam kesusahan. Syukur padaMu ya Allah.

Satu lagi, beberapa hari yang lepas, aku baru dapat berita baik dari isteri yang aku bakal menjadi ayah buat kali ke-4. Hero atau heroin belum pasti. Sebenarnya kami memang kami tidak merancang langsung untuk anak kali ini. Tapi sudah terbabas, aku terima sahajalah, hahaha.

Pada mulanya lepas cek pregnancy test tu isteri aku sedih juga, yelah tidak dirancang dan risau memikirkan keadaan kewangan kami. Aku cuba tenangkan beliau, kita redha, insyaallah Allah akan bantu dan rezeki anak itu pasti.

Akhir sekali, aku dengan rendah diri memohon semua orang yang baca kisah ini mendoakan aku semoga dipermudahkan aku dalam menghadapi dugaan, dengan harapan Allah menggantikan yang telah hilang ini dengan sesuatu yang lebih baik. Dan doa juga semoga anak yang bakal lahir nanti juga sihat walafiat hendaknya.

Terima kasih semua.

– Faizal (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *