Cerita Tak Best Belajar Luar Negara

The so-called “Biasiswa” mungkin akan bertukar menjadi loan, even if you got good grades. Especially if you’re not in good term with the penaja, or if you are a quiet person like me.

Kes aku, baru ni, aku baru terima surat suruh bayar balik full “biasiswa” aku sebanyak RM360 ribu. Walhal, aku dapat keputusan agak okaylah – 2nd class, which kalau ikut standard program² “biasiswa” lain.

Aku cuma perlu bayar sebahagian kecil sahaja, bukan bayar penuh. Maka, berhati-hatilah adik-adik sekalian yang bercita-cita nak melanjutkan pengajian luar negara tu.

Aku punya program ni diiklankan oleh universiti separuh swasta di Terengganu dan bukan program yang diiklankan secara terus daripada badan penaja.

Dan dalam pengiklanan oleh universiti tersebut, kalau tak silap, memang tidak disebutkan langsung perihal pinjaman. Which, kalau aku tahu program ni adalah pinjaman semata-mata, al-makanya tidaklah aku dengan sengaja ingin mencari nahas.

Ataupun, jika aku tersedar dipertengahan jalan pun, okay la juga, mungkin aku akan cuba berusaha sedaya-upaya untuk bekerja di UK terus. Ikat perut 2 tahun, pun dah boleh setel terus kot 360 ribu tu.

Tapi, kalau duduk kat Malaysia ni, dengan perbelanjaan yang agak tinggi berbanding gaji, memang sampai bercucu la kena ikat perut kot.

So, the education institutions that are supposed to be kayu ukur paksi etika dan moral rakyat Malaysia, kind of menjadi institusi yang tidak bermoral yang memanipulasi para remaja yang kurang matang daripada golongan susah yang desperate to change their life through education.

Dan penaja pula, yang sepatutnya menjadi badan yang membantu menaikkan taraf hidup rakyat menjadi asbab bertambahnya beban kewangan rakyat.

Sesetengah kalian mungkin ingin aku menyalahkan diri sendiri. Kenapa tak tanya betul-betul dulu dan semua tu?

Jujurnya, aku pun tak tahu kenapa aku jadi blur sangat. I mean anything involving money, aku biasanya akan sangat alert, sebab aku memang asal keluarga agak susah dan adik-adik ramai, plus aku pun selalu kena tolong jaga kedai family sambil-sambil buat kerja sekolah dulu.

So benda² melibatkan duit tu aku sebenarnya dah sangat familiar dan sangat alert. Maybe-lah Tuhan saja blur-kan aku so aku voice-kan benda ni.

Sebab, kalau difikir-fikirkan, most people yang nerd macam aku, which is biasa akan just go on with life, follow whatever rules been ruling out, walaupun sometimes seems a bit unfair towards me, as long as aku boleh get by living, I would just let it go. The usual me.

But, as hidup aku agak macam going quite downhill right now for me, tak seperti yang aku rancangkan, aku rasa macam nak kena bagi suara sikit la tentang isu ini. Aku percaya aku tak berseorangan dalam kemelut ini, but most people probably choose to diamkan je.

Harapnya, dengan suara luahan aku ini, ada something change – institusi pendidikan kita tidak menjadi seperti sebuah perusahaan perniagaan yang hanya memikirkan keuntungan semata-mata dan mengambil kesempatan atas ketidakmatangan anak bangsa kita.

Dan supaya badan penaja pun sama² alert-lah juga dengan institusi pendidikan yang mereka berkolaborasi bersama tu.

Satu lagi pasal kes aku ni, seingat aku tiada penerangan formal diberi daripada pihak university yang iklankan program tu mahupun penaja sendiri, tentang langkah-langkah seterusnya. Batch aku kecil jer, dalam 5 orang. So, maybe they thought that, they could drop the formality.

Bagitau info passing² macam tu je. Sorang classmate aku yang sebenarnya 1 year older daripada aku ni, pula, agak tak sekepala dengan aku, menyebabkan timbul masalah² lain yang menjejaskan juga kehidupan aku sebagai student di sana dan seterusnya kehidupan aku sekarang.

Jika, penaja aku atau pihak universiti yang sepatutnya menguruskan program ni tampil penerangan dengan lebih formal dan teratur, aku probably would’ve be more focus dengan objektif hidup aku dan tidak pening kepala dengan masalah² lain yang tak sepatutnya wujud pada waktu itu.

– Vee (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *