Aku Berhenti Berharap

Assalamualaikum. Thanks admin if this confess publish. Tertarik pada 1 confession berkenaan luahan dia yang tersimpan pada crush selama 4 tahun. Boleh baca confession berkenaan di sini, (https://iiumc.com/akhirnya-confess-dekat-crush-4-tahun/).

Kisah dia sedikit sebanyak ada persamaan dengan kisah aku. Tapi takdelah sampai 4 tahun. Aku mampu simpan rasa ni 2 tahun dan kalau nak tau ending baca balik tajuk diatas. Crush aku adalah warden hostel aku. Aku gelarkan dia Sir Tajul.

Ini bukan cinta pandang pertama sebab mula2 aku jumpa dia nak daftar hostel takde rasa yang pelik pon. Umur dia 20-an jugak macam aku tapi aku muda 5 tahun dari dia. Nama pon warden mestilah aku kerap nampak dia. Antara tugas dia adalah uruskan kelas prep.

Ok selama dia uruskan kelas prep tu aku mula tertarik pada sikap dia yang ada ciri2 lelaki idamanku. Dia ni soft spoken dan bukan panas baran yang aku benci sebab aku sendiri panas baran. Aku ada tanya housemate dia, housemate tu kawan aku dari SMK dulu jadi aku memang tak segan la.

Aku tanya Sir tu macam mana orangnya sebab aku kenal dia as warden je. Jawapan dia memang macam aku pikir. Warden disayangi ramai sebab bukan jenis garang. Budak hostel boleh buat dia jadi geng macam bukan warden je. Tapi aku tak rapat dengan dia. Kalau cakap pon hal penting je.

Actually I’m a shy person expecially with guys. Sebab anak tunggal ke? Maybe that factor. if aku yang tegur lelaki tu dulu means aku selesa dengan nya

Aku jatuh hati pada dia masa aku last sem 1 dulu. Apa yang aku buat? Aku tak terus confess because I’m not sure maybe suka sekejap je kot. Aku bertambah malu bila berhadapan dengan orang yang aku suka dan aku berharap aku takkan terserempak dengan dia di kolej. Aku rela perhati dia dari jauh dari terjumpa depan2.

Kita hanya merancang dan bila terjumpa tu aku buat biasa je. Rupanya ini bukan suka sekejap. Aku memang betul2 suka dekat dia. Selama 2 tahun tu aku takde pulak berkenan kat student lain. Aku simpan rasa ni dengan hati2, hanya meluahkan dalam doa mohon kepada Allah apa yang terbaik dan aku tak pernah terfikir nak confess sebab takut dan malu

Tahun 2019 dia berhenti jadi warden di kolej sebab got others job. Aku lega sebab tak perlu nampak dia di kolej. Pemalu sangat kan? Sedih? Tak pulak. Ada perasaan halus will miss him. Lagipun dia masih tinggal di apartment tempat hostel aku.

Aku tak sedih sebab aku tau kami masih dekat (tapi jauh). Selama aku simpan rasa itu aku teruskan kehidupan seperti biasa dan aku buat2 tak tau dengan perasaan ni supaya tak ganggu emosi aku tengah belajar kan

Make it short story. I have got assignment to collect some fund for CSR programme to help B40 people. We must collect the fund at least RM200 among us. Suddenly mak usik aku bagi idea yang memang tak terlintas. ‘cuba minta dekat Sir Tajul mana tau dia boleh sumbang sikit. Dapat la kakak jumpa dia’ mak cabar aku berani tak mintak kat dia sebab dia tau aku pemalu dengan lelaki.

Aku dah lama tak terpikir pasal dia sebab aku sibukkan diri tak kisah pasal dia tapi dalam hati masih simpan rasa yang sama. Why not aku beranikan diri jumpa dia sebab aku dah lama tak nampak kelibat dia. Aku send whatssap nak minta dana dan dia boleh bagi.

Kami jumpa di bawah apartment tu. Perasaan aku sangat nerves, malu dan adore nak met him tapi kelakuan dia biasa je. Tak banyak kami cakap dia bagi duit dan aku adalah tanya macam mana kerja tempat baru.

Aku rasa kekok sebab dia macam taktau nak sembang apa dan ramai orang lalu kat situ buat aku malu jadi aku mintak diri dulu dan aku bagi dia biskut chipsmore tanda terima kasih aku sebab sudi derma. Pada malam itu entah apa yang merasuki ku. Aku ambil masa fikir dengan tenang dan aku yakin apa yang aku buat.

Aku kena bagitau dia sebab aku taknak kehilangan dia. Aku luahkan isi hati melalui whatssap aku bagitau aku suka padanya hampir 2 tahun dan jika diberi izin aku nak berkawan dengan dia. Aku nak kenal hati budinya.

Dia hanya balas ‘boleh berkawan dengan sir dan ada masa kita jumpa’ jawapan yang buat aku rasa indahnya dunia. Aku tertanya2 kenapa sampai nak jumpa mesti ada hal dia nak bagitau

Takdirnya pada hari itu baru ada rezeki bertemu. Aku nak tau apa isi hati dia lepas aku confess tu. Dia tunggu di taman dan menungguku di atas buaian. Aku duduk di buaian sebelah dia.

Dia mulakan bicara dia hanya boleh kawan dengan aku sebagai seorang kawan sahaja tak lebih daritu bukan sebab dia dah berpunya TAPI dia tak berminat nak bercinta sekarang kerana nak fokus pada kerjaya dia. Petang tu hari terlihat cerah bertukar mendung di mata dan hatiku.

Masa pertemuan itu aku dan dia banyak diamnya kerana dia seperti tak berminat denganku. Aku ni dah la pendiam jumpa pulak orang yang dingin macam ni. Aku cuba ceriakan suasana tapi respon hambar dari dia. Aku dapat rasa aku bukanlah wanita idamannya.

Entah kenapa aku rasa taknak balik hostel lagi. Akhirnya dia minta diri dulu tinggalkan aku duduk berseorangan di buaian. pertemuan petang itu memang sangat dingin antara aku dan dia.

Tak kesampaian hasrat hati nak berkenalan lebih rapat dengan dia sebab aku hanya bertepuk sebelah tangan. Aku pernah fikir dia adalah jodohku sebab itu aku rasa sakit ditolak begini. Aku kagum dengan diriku sebab berani meluahkan tanda ikhlas nya hati bukan hanya disimpan2 cuma perlu diluahkan pada waktu yang tepat.

– Nona Manis (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *