Assalamualaikum. Saya perkenal diri saya Kinah. Saya bakal bertunang. Sekarang saya dilema dengan redha ibu saya. Ibu saya tidak berkenan dengan bakal tunang saya Abu. Abu berumur 34 tahun manakala saya sudah berumur 31 tahun.
Abu pernah bertunang tetapi ditinggalkan tunang. Bekas tunang Abu hanya mengambil kesempatan atas kebaikan Abu. Saya juga pernah bercinta dengan kawan universiti tetapi putus kerana ex curang dengan saya yang membuatkan saya tawar hati.
Ibu tidak berkenan kerana Abu tidak setaraf dengan saya. Saya mempunyai ijazah tetapi hanya bekerja kerani dikampung. Tempat kerja saya dengan rumah dekat. Abu juga tinggal dikampung sebelah. Gaji basic saya hanya RM1100.
Saya tidak memilih kerja jauh kerana saya fikirkan ibu saya tidak sihat. Manakala Abu hanya lepasan spm dan bekerja dengan felda dan juga ada bekerja part-time (bisnes sendiri). Gaji Abu sebulan di campur gaji basic dengan part-time anggaran RM3500++.
Adik beradik saya semua sudah berkahwin dan hanya tinggal saya seorang belum berkahwin. Ibu ingin melihat saya berkahwin dengan lelaki yang bekerja kerajaan bukan bekerja kampung. Abu seorang yang rajin bekerja. Dia tidak pernah berkira dengan saya. Jika saya kesuntukan wang. Abu akan membantu saya.
Bagi ibu, Abu tidak mempunyai rupa (berkulit gelap kerana pekerjaan dia dibawah tengah panas), tidak mempunyai pelajaran tinggi, hanya bekerja kampung, dan rumah yang Abu diami sekarang ibu cakap rumah buruk. Ibu bapa Abu sudah lama meninggal dunia.
Saya faham ibu mungkin ingin yang terbaik untuk saya, ibu fikirkan masa depan saya kalau saya berkahwin dengan Abu, saya akan hidup susah. Tapi dalam masa yang sama saya juga fikirkan ibu saya.
Saya pilih jodoh yang dekat sebab memudahkan saya untuk menjaga ibu. Saya berkenalan dengan Abu melalui rakan. Kami sudah suka sama suka. Abu faham situasi saya yang perlu menjaga ibu, jika telah berkahwin Abu benarkan saya tinggal bersama ibu.
Ibu terpaksa terima pilihan saya mungkin kerana saya seorang yang tidak melawan cakap dan hanya diam bila ibu marah/ bebelkan saya. Disebabkan ibu tidak suka dengan pilihan saya, ibu akan bercerita kepada sanak saudara jiran-jiran berkenaan bakal tunang saya yang tidak setaraf langsung.
Ibu meletakkan syarat hantaran 10K jika Abu ingin menikahi saya. Ikutkan hati ibu nak letak hantaran 15K sebab ibu cakap barang sekarang sudah mahal. Abu bersetuju dan berusaha untuk halalkan saya.
Ibu katakan saya telah dibomoh/disihir kerana hanya mengenali Abu setahun tetapi sudah ingin berkahwin. Saya ingin ibu saya redha pada masa yang sama saya tak nak ibu saya sakit hati dengan saya.
Ibu pernah bagitahu abang saya, jika saya sudah berkahwin dengan Abu, ibu akan menguji Abu bermacam-macam. Ibu tidak suka orang yang pendiam. Ibu suka lelaki yang jenis peramah, bercakap banyak.
Saya akui Abu seorang pemalu, mungkin pertama kali Abu datang ke rumah tidak bercakap banyak ibu sudah tidak mula berkenan ditambah faktor lain yang memang ibu sudah tidak suka.
Kali kedua datang kerumah Abu sudah mula pandai mengambil hati ibu. Kadang-kadang Abu selalu kirimkan makanan kepada saya dan ibu.
Jika dibelakang saya, ibu akan mengutuk habis-habisan tentang Abu. Saya mengetahui hal ini melalui adik beradik saya yang ceritakan. Saya tidak tahu hendak bercerita kepada siapa. Bantu saya.
Anak yang berbelah bagi,
– Kinah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submit