Kerana Perceraian Aku Jadi Begini

Aku mempunyai 6 adik beradik. Ibu dan ayah aku dah bercerai. Mereka masing-masing sudah berkahwin dengan pasangan yang lain.

Aku tak pandai sangat dalam penulisan, cuma ada sedikit coretan yang aku ingin tulis. Orang yang memendam dia lebih suka menulis, sebagai satu tanda bahawa perasaan ini pernah hadir dalam hidupnya.

Aku nak cerita pasal keluarga aku, aku nak bagitahu macam mana institusi kekeluargaan boleh hancur. Orang kata buah yang baik datang dari akar yang sihat, seperti itulah keluarga.

Ia bermula dari kesilapan kedua ibu bapa yang kemudian memberi impak yang besar dalam kehidupan mereka dan yang paling teruk anak-anak mereka.

Aku terkadang kurang faham dengan manusia yang tiada hala tuju dalam kehidupan, aku terkadang sedih dan selalu emosi dengan apa jadi dalam keluarga aku. Sampai terkadang aku tertanya, siapa yang aku harus salahkan dengan kehidupan aku ini? Ayah? Ibu? Tuhan?

Aku berfikir sejak aku sekolah rendah. Impak keruntuhan rumah tangga memberikan kesan yang sangat sakit. Tumbesaran aku dari remaja sehingga sekarang, aku masih rasa sakit yang sama dek kerana ibu yang memberikan aku tekanan.

Bila dalam keluarga bermasalah, remaja atau seseorang individu itu akan lebih cenderung untuk mencari perhatian, hiburan dan ketenangan di luar rumah yang boleh menyebabkan berlakunya gejala sosial yang semakin parah dikalangan remaja, perkara ini akan semakin merebak menjadi satu penyakit.

Disebabkan suara mereka tidak didengari oleh keluarga sendiri, terutamannya gadis mereka akan mencari belaian lelaki, hiburan bersama kawan-kawan. Tidak semua remaja boleh berfikiran seperti aku, mungkin mereka akan memilih jalan yang salah, seperti keluarga aku sendiri.

Mujur, aku hanya mampu memendam menahan sakit. Apa yang lebih membuat aku tekanan bila keyakinan aku semakin berkurang disebabkn perbuatan ibu, kadang-kadang aku terfikir harus ke aku bawa aib ini sampai mati?

Adakah aku memerlukan bantuan? Sejujurnya bantuan itu tak akan tiba, hanya kau sahaja yang mampu bantu diri kau. Sekarang aku masih sakit lagi, Cuma aku boleh bertahan lagi tapi aku kurang pasti berapa lama. Sebab aku letih melihat ibu menjadi wanita lemah di depan lelaki.

Aku juga bercinta, aku juga menangis, tapi aku akan pastikan dalam hubungan aku nak kelebihan. Aku nak bahagia. Aku tak nak jadi bodoh. Bila aku dirumah, aku rasa macam nak mati. Aku rasa hidup tiada perubahan sebab itu aku merantau, supaya hilang perasaan nak mati.

Aku rindu tapi aku tak boleh lafazkan sebab ibu tak pernah nak berubah. Apa akan jadi dekat aku 2 tahun akan datang? Sekarang aku sedang belajar di Kedah, lagi sebulan aku habis pratikal tapi ibu dengan lelaki penagih dadah.

Lelaki biawak hidup yang ibu tak nak buang. Aku nak keluar dari rumah tu, aku sedih sebab ibu sedikit pun tak nak dengar cakap aku, masih lagi dengan lelaki tak guna itu.

Aku nak pesan, wahai adik-adik, kakak-kakak pilihlah pasangan anda yang layak memiliki anda, bukan menggunakan anda untuk kesenangan, bukan untuk kesempatan, hargai diri anda.

Jangan biarkan pengorbanan anda menjadi satu kebiasaan sampai anda yang terkorban dan bila anda menjadi ibu yang pentingkan diri sendiri, anak-anak anda yang menjadi mangsa. Buat aku benci dekat perempuan macam ni.

– Nursya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *