Assalamualaikum, macam biasa ye intro saya berumur 28 tahun bekerja di sektor swasta selatan tanah air sudah bertunang dan sudah putus tunang dengan Hasif (bukan nama sebenar).
Hasif sekeluarga menetap dan bekerja di pantai timur. Jarak antara kami hanya membenarkan kami berjumpa atas dasar urusan kahwin sahaja. Saya dan Hasif sudah menyulam cinta lebih kurang 5 tahun.
Hasif seorang yang amat penyayang. Apa saya cakap semua di ikut takpernah bantah. Mak ayah Hasif katanya sayang saya macam sayang anak sendiri. Pernah dibawa bercuti bersama Hasif sekeluarga. Setelah bercinta keluarga masing masing merestui untuk diijabkabulkan pada 2020.
Saya ada pesan dekat keluarga saya bahawasanya saya tak nak bertunang, hanya merisik dan nikah. Keluarga Hasif tidak setuju dan tetap mahukan pertunangan dan kami ditunangkan pada 12/12/2019 atas alasan ikut adat melayu kita.
Perkahwinan yang bakal berlangsung pada 20/2/2020 ibarat pelamin anganku musnah. Kad kahwin, borang nikah, barang hantaran, baju akad nikah memang semua cukup lengkap hanya tinggal ijabkabulkan sahaja.
Kad sudah di edar, tok imam sudah dipanggil, katering dan semua sudah di tempah. Sabtu, sebulan sebelum kami di ijabkabulkan jam 4:00 petang ayah Hasif telah menelefon ayah saya untuk putuskan tunang. Keluarga kami di gantung tanpa tali.
Ayah saya ada bertanya atas alasan apa kami diputuskan, katanya takde jodoh. Selepas beberapa jam diputuskan, saya sudah di block oleh Hasif atas alasan kakak saya mintak dia block saya.
Yela siapa tak sakit hati Adik dibuat sebegitu rupa. Saya hampir nak gila. Bukan hampir. Saya sudah separuh gila. Saya menangis berhari hari mengenangkan nasib yang digantung tanpa sebab.
Hari selasa, tanpa makan selama tiga hari cuma bergantung pada air kosong disebabkan saya tengok makanan saya rasa nak muntah, saya gagahkan diri drive along the way to Terengganu alone. Saya tau dia berada di rumah atok dia.
Saya cari rumah atok dia dan saya nampak kereta pun rasa nak peluk. Pada saya, cinta kami akan kupertahankan till am tired. And today, after two months I am so tired fighting alone.
Saya tunggu depan rumah atok dia. Saya email dia cakap saya dekat depan rumah atok dia. Langsung dia tak keluar, keluarga saya call suruh saya balik sekarang sebab katanya atok Hasif nak report dekat jawatankuasa kampung tu untuk halau saya.
Sampainya hati dia. I came for an explanation. Am I don’t deserve it?
Sebulan berlalu saya bagaikan mayat hidup. Makan untuk ibadat, solat apa je saya tak buat. Seolah memaksa Allah untuk jodohkan saya dengan Hasif. Ya saya khilaf. Sebulan saya paksa Allah untuk kuatkan ikatan jodoh kami.
Makin lama makin saya sedar, actually it is not me don’t deserve him but he don’t deserve me. Katanya keluarga yang beradat, kenapa putuskan macam ni je? Mana adat yang disanjung sangat?
Dua minggu saya rasa saya berdendam dengan keluarga Hasif. Saya tengok Nenek saya nangis. Benda yang paling saya terkilan. Saya doakan adik adik perempuan dia terkena macam saya kena.
Keluarga saya berpesan tak baik doakan buruk orang. Tapi saya degil. Saya doakan untuk buruk keluarga dia juga. Saya tak halalkan setitik pun airmata keluarga saya. Sebab saya rasa saya dan keluarga dizalimi.
Selepas dua minggu, saya baru sedar, biarlah dia bahagia dengan keluarga. Saya bukan pilihan menantu mak dia. Kini hidup saya lebih tenang. Saya sudah maafkan dia tapi bukan lupakan apa yang dia buat.
I can forgive but not forget. Dia dah rampas selera makan saya. I’ve lost 7kg. Dia dah rampas tidur lena saya. I can’t sleep well.
Tapi saya redha sekarang. Saya doakan supaya Allah kurniakan jodoh yang soleh dan keluarga yang boleh tumpang buat saya. Hidup saya lebih tenang. Alhamdulillah. Tolong doakan saya bertemu jodoh yang baik baik dan terbaik.
– Unknown (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit