Assalammualaikum semua. Diharap confession aku ni diterima. Maaf jika penulisanku berterabur.
Sedikit pengenalan diri aku, nama aku Nur. Aku seorang surirumah, sudah berkahwin selama 5 tahun dan mempunyai seorang anak lelaki berusia 4 tahun. Kini sedang mengandung anak ke 2, 1st trimester.
Ya, seperti tajuk, Anak aku adalah seorang budak yang di diagnos Autism Spectrum Disoder (ASD) tahap 2. Anak aku seorang Non-verbal and poor communication.
Hari ini aku berasa DOWN dengan kehidupan aku. Puncanya, kerana anak aku muntah pada pukul 9 malam tadi. Dan setelah aku perhatikan, kandungan muntahnya adalah dari makanan sarapan sehingga makan petang punya makan.
Hari ini aku tidak menghantar anak aku ke sekolah kerana tadika mengadakan lawatan keluar dan anak aku tidak berapa sihat kerana batuk dan selsema. Jadinya seharian aku menjaganya.
Buat pengetahuan semua, anak aku seorang yang suka makan. Justeru itu, apabila dia bangun pagi tadi, aku mandikan dan memberinya sarapan.
Sementara dia bersarapan, aku menyediakan makanan tengah hari. Anak aku ada meragam sedikit dan aku lekakan dia dengan membuka TV sementara aku memasak di dapur.
Aku memberinya makan tengah hari pada pukul 11.30 pagi. Makan ubat pada 12.00 tengah hari dan susu pada pukul 1.00 petang. Pada 2.30 petang, anak aku tidur sehingga 3.40 petang, dan aku memberi kudapan biskut dan susu.
Pada pukul 6 petang aku memberinya makan ayam goreng sedikit sementara menunggu waktu makan malam pada pukul 7.40 malam. Anak aku sejenis yang mencari makanan.
Dan aku agak faham bila dia minta makan. Tapi bukan semua bahasa tubuhnya aku faham. Pada jam 7.40 malam aku memberinya makan malam dan dia hanya makan 2-3 suap sahaja. Jadi aku andaikan anak aku masih kekenyangan.
Pada pukul 8, aku dan suami membawanya keluar bermain, memandangkan seharian kami terperuk di rumah, tiba di pusat membeli belah, belum turun kereta anak aku muntah. Suami aku membersihkan.
Dan balik rumah, aku cuba untuk menyuap anak makan. Tapi di menolak. Justeru aku memberikannya ubat dan tak lama selepas itu dia muntah.
Aku berasa sangat sedih. Aku rasa aku ibu yang tak berguna. Tak dapat memahami anak sendiri dengan jelas. Sebabnya muntahnya selepas aku perhatikan, ianya makanan dari sarapan pagi membawa ke makanan petang.
Jenuh aku fikir kenapa makanan anakku tah hadam. Apa salah aku sewaktu memberinya makanan sehingga tidak hadam. Kasihan anak ku. Dia tidak boleh memberitahu aku apabila sakit atau tak selesa.
Aku rasa aku tak layak jadi ibu aku ibu yang teruk. Tolong doakan aku sekuat ibu yang mempunyai anak istemewa di luar sana.
Maaf andai penulisanku ini tidak teratur. Aku hanya ingin meluahkan apa yang tersirat di hatiku.
Terima Kasih kerana sudi membaca. Doakan anak yang bakal lahir ini normal dan dapat menjaga abangnya selepas ketiadaan aku nanti.
– Nur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit