Stereotype Terhadap Pengguna Tampon

Assalamualaikum, terima kasih admin sekiranya cerita aku disiarkan. Sekadar luahan dan perkongsian kepada pembaca.

Seperti ditajuk, aku nak cerita dilemma aku hadap sebagai seorang pengguna tampon. Pada aku sebenarnya perkara ni tak perlu di bualkan pun, tapi disebabkan pemikiran cetek masyarakat malaysia, terutama bangsa melayu aku decide untuk menulis.

Aku tak paham apa dan kenapa yang kaum melayu anti sangat dengam tampon ni. Aku pakai tampon sebab kulit aku alah pada pad, bila menggunakan pad aku kerap ada rashes dan keradangan kulit.

Ditambah pula dengan waktu tidak suci benda tu memaksa aku untuk carik alternatif lain. Jadi, doktor sarankan aku guna tampon.

Yang buat aku rasa nak menulis ni, bilamana makcik-makcik aku mula buat fitnah yang pada aku menjatuhkan maruah aku dan keluarga, hanya sebab aku guna tampon!!! Mereka kata aku tak virgin.

Mungkin pada pandangan makcik-makcik bawang ni, bila ada sesuatu masuk ke dalam vagina kau sebelum kau kahwin bermakna kau tak virgin. Kau tahu dorang duk sebarkan benda ni sampai berlaku awkward moment masa partner aku datang merisik.

Selamba badak je dia tanya belah lelaki, “takpe ke kalau anak buah saya tak dara? Sebab dia ni guna tampon”.

Aku sumpah rasa nak mencarut masa tu, untuk pengetahuan semua, aku takda mak, dan aku tinggal dirumah nenek, jadi perihal2 merisik ke ape ke biasanya makcik-makcik la wakil. Disebabkan benda tu, aku rasa aku malu sangat dengan belah lelaki.

Benda sama juga aku hadap bila office mate perempuan aku tau aku pakai tampon. Aku serious tak paham apa masalah orang melayu ni? Dah 2020 pun tak tahu lgi ke yang selaput hymen tu mitos dan depends kepada lifestyle perempuan?

Sumpah aku tak paham stereotype entah apa-apa macam ni.

Aku dah banyak kali terangkan pun dorang macam tak boleh terima, sebab macam yang aku cakap, fahaman melayu ni, selagi kau belum kahwin, takde benda lain boleh masuk dalam faraj kau, kalau tak kau dikira perempuan kotor, tak dara, tak pandai jaga maruah.

Aku serious stress hadap stereotype nak di tempat kerja, dari zaman sekolah and now time aku nak kahwin aku dimalukan.

Tolonglah netizen bagi aku idea selain dari aku membebel sampai berbuih mulut tentang tampon dan virginity kat manusia sekeliling aku. Bagi idea supaya dorang paham dan stop cakap aku tak virgin. Assalamualaikum.

– A. M (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *