Assalamualaikum. Sedikit pengenalan untuk diri ini. Berumur lewat 20an. Sudah berkahwin selama 5 tahun. Masih belum mempunyai anak. Ini kerana masih tidak berlaku penetrasi antara saya dan suami.
Sekadar mahu menyebarkan awareness kepada semua yang diluar sana tentang satu kondisi/penyakit ini yang boleh digelarkan sebagai vaginismus.
Vaginismus ini berlaku apabila muscle di missV squeeze/mengetat bila ada sesuatu yang masuk. Tak kisah lah sama ada tampon atau mrP. Ibarat wujudnya satu dinding yang tidak boleh ditembus langsung.
Mesti ada yang pelik kan wujud juga orang camni. Ya, saya baru tahu kewujudan vaginismus ni bila google and lepas tu baru baru ni masuk pula dalam whatsapp group wanita2 Malaysia yang mengalami vaginismus.
Sejujurnya saya ingat saya seorang sahaja yang ‘pelik’, rupanya ramai lagi wanita di luar sana yang mengalami masalah yang sama. Apabila berada dalam whatsapp group tersebut, pelbagai support, tips dan nasihat saya dapat dari situ.
Walaupun saya belum cure sepenuhnya, tapi alhamdulillah ada sedikit progress yang saya nampak untuk diri saya selepas masuk ke dalam whatsapp group tersebut.
Bila baca dalam whatsapp group tersebut, ada yang bercerita tentang pengalaman masing masing bila cuba untuk beritahu kondisi mereka kepada kawan baik, ibu, Dr. Sesungguhnya, ramai orang yang tidak memahami keadaan kami. Pelbagai tohmahan diberi. Bahkan sesetengah Dr juga tidak aware tentang vaginismus ini.
Kami tak minta pun dilahirkan begini. Siapa je yang tak mahu rasa nikmat perkahwinan. Siapa je yang tak mahu cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga. Bukannya kami reka2 atau mengada2 nak sakit. Betul lah orang kata, siapa yang mengalami je yang rasa.
Bukannya saya tak pernah mencuba dengan suami, sepanjang 5 tahun mencuba asyik gagal sehingga saya rasa saya ni seorang yang tak guna. Teknik bernafas dengan betul untuk bagi diri kita dalam keadaan tenang pun saya cuba juga, tetapi hasilnya tetap tidak berjaya.
Paling teruk yang saya pernah alami sepanjang hidup saya sewaktu tempoh mencuba itu adalah sesak nafas yang teruk di mana seumur hidup saya tak pernah lagi ada sejarah sesak nafas atau apa apa. Nak dikatakan pernah trauma pun tidak juga.
Untuk yang tertanya tanya jika saya ada consult dengan Dr atau tidak. YA. Awal tahun 2020, saya buat keputusan untuk pergi berjumpa dengan Dr Pakar Wanita. Itu pun hasil bacaan saya dari google. Dekat RM2000 ++ juga habis.
Alhamdulillah sangat apabila dapat Dr yang sangat memahami masalah vaginismus ni. Rasa berbaloi walaupun banyak habis duit di situ.
Kadang rasa menyesal sangat kenapa saya tak jumpa Dr awal awal. Saya dah bazirkan masa yang banyak. Sepatutnya awal awal lagi saya dah ketepikan perasaan malu semua tu.
In terms of hubungan kami suami isteri, kadang rasa berdosa sangat kita sebagai isteri tidak dapat memberi nafkah kepada suami. Tetapi alhamdulillah sepanjang 5 tahun berkahwin, suami banyak bagi support pada saya.
Suami memang penyabar sangat orangnya. Saya bersyukur sangat Allah hantarkan dia sebagai suami saya. Cuma apabila pulang ke kampung suami, selalu ditanya soalan, bila nak dapat anak?
Kadang rasa down sangat. Yelah, nak kata kami merancang, memang bukan. Nak kata belum ada rezeki pun, TTC pun tidak. Hanya mampu senyum sahaja.
Buat wanita yang diluar sana yang mengalami masalah yang sama, cepat cepat jumpa Dr Pakar Wanita. Cari support group. Jangan jadi macam saya. Dah 5 tahun berkahwin, baru jumpa Dr. Baru jumpa whatsapp group pasal vaginismus.
Doakan saya cure sepenuhnya dari vaginismus ni dan boleh cepat cepat rancang untuk dapat baby ya.
– Nur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Salam Hi kak boleh tau whatsapp group tu? Nak join jugak. Thanks