Teguran Buat Suami Yang Buat Isteri Beranak Rapat

Assalamualaikum admin. Terima kasih banyak sangat siarkan tulisan mak timah. Bukan apa mak timah kesian sangat tengok isteri kat wad bersalin yang beranak rapat rapat ni. Mak timah ni jururawat. Mai sini mak timah nak tegur laki hang yang dok buat bini beranak rapat rapat.

Mak timah harap laki laki yang dah kahwin ni sedar diri dan bawak muhasabah diri kalau sayang kat bini hang tu. Laki yang belum kahwin tolong awal awal lagi dah set niat dalam hati takmau buat bini terseksa beranak rapat rapat.

Memang ada orang kata beranak rapat ni rezeki, lagipun esok penat sat ja, anak2 dah besar esok semua tak ada yang bongsu kena jaga. tudia dia taktau nak besarkan anak berderet ramai2 tu boleh buat bini hang tekanan darah tinggi !

Hang sedap2 buat bini hang mengandung padahal anak kecik lagi, yang nak kena jaga, susukan, bagi makan semua bini hang buat. Letih tu hang pernah rasa ka? Hang pi kerja tau apa?

Mak timah baru ni sembang dengan seorang ibu ni kat wad. Dia cerita masa dia baru bersalinkan anak sulong baru 3 bulan tiba2 lekat anak nombor dua. Dia redha saja suami mintak. Padahal sakit luka beranak anak pertama tak hilang lagi. Suami dah mintak.

Apa jenis nafsu laki hang ni? Tunggu bagi bini tu sembuh dulu boleh dak?

Dia nampak sangat pucat ketika melahirkan anak kedua. Dia mengaku dia penat. Dia letih semasa mengandung dengan alahan teruk dan nak menjaga anak pertama yang masih kecil.

Mak timah tengok laki dia bukan main romentik dengan isteri. Tapi romentik tak guna kalau seksa bini macam tu. Seksa dalaman namanya!

Orang laki kalau sayang bini tolong hormat bini sakit beranak tak hilang lagi, jaga sikit nafsu. Dah tu hormat keputusan isteri kalau dia nak jarakkan anak. Sekurang kurangnya dua tahun.

Kalau beranak rapat ni potensi bini hang nak mati tu tinggi. Hang seronok boleh cari bini lain tapi cuba fikir anak hang dapat mak tiri yang belum tentu akan sayang anak sama macam anak sendiri. Kalau ada tu rezeki lah, kalau takda?

Yang bini tolonglah jadi tegas dengan laki hang. Takkan yang tu pun mak timah nak kena ajar? Tegas bermakna ambil perancang dan selalu pesan pada suami.

Mak timah dulu muda2 pesan kat suami nak anak jarak sekurang kurangnya dua tahun. Mak timah tak larat nak mengandung kerap, tak larat nak pi dewan bersalin kerap, tak larat nak kena gunting kerap. Mak timah nak ada energy yang kuat besarkan anak2.

Kalau anak ramai, dalam keadaan emosi mak timah tak stabil bimbang mak timah pukul anak sendiri yang kecil dan taktahu apa lagi tu. emosi perempuan boleh terganggu bila mereka terlalu penat.

Mk timah sendiri ada pengalaman keluarga mak timah yang beranak rapat2. Setiap tahun dapat anak. Lama kelamaan bini pun dah tak cantik, dari kurus lawa jadi gemok taktau nak kata, serabut uruskan anak dan rumahtangga.

Anak 5 orang kecik2 lagi, suami pulak tak bantu uruskan anak. Bini dia akhirnya depresi dan kerap sakit. Muda2 dah ada darah tinggi. Anak pulak tak terurus di sekolah. Mak timah takmau sambung cerita takut jadi emosi.

Mak timah dulu doa selalu bagi Allah tolong mak timah jarakkan anak. Mak timah tak berhenti pesan kat suami. Alhamdulillah suami mak timah sangat memahami, dia pun nak bini dia sihat cantik. Anak mak timah la ni dah 4, tutup kilang dahla pakat sekolah dan masuk universiti dah. Cukup lah.

Ingat pesan mak timah, tak mampu jarak dua tahun, buatlah sekadar termampu. Yang nak sakit esok diri sendiri. Orang laki tau apa. Apa pun mak timah sangat respek pada lelaki yang mampu sama2 jaga kesihatan isteri.

Merancang ada anak bila isteri benar2 sihat dari segi emosi dan fizikal. Mencintai itu bukan dengan nafsu tapi kasih sayang.

Dan ingat, zaman sekarang kualiti lagi penting dari kuantiti.

– Mak Timah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *