Mencintai Dan Menyayangi Tak Semestinya Memiliki

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin sebab siarkan confession aku. Jujur aku mencintai dan menyayangi seorang kawan aku dari dulu lagi. Habis tingkatan 5, kami masuk university yang sama lepas itu kami sambung degree juga di university yang sama.

Masa belajar lagi aku memang simpan hati aku hanya untuk dia. Dengan harapan dia dapat rasa kasih sayang aku. Kau sebutlah apa dia nak zaman belajar dulu, semua aku cuba tunaikan.

Satu tahap, dia tak ada buku sebab buku dia hilang kat kelas, aku sanggup belikan dia buku second hand dengan senior kitorang. Yala, buku teks zaman university memang mahal. Yang first hand mampu mencapai RM200-300. Jadi aku sanggup merayu kat senior aku semata nak bagi dia buku.

Dia budak bijak, setiap sem dapat dekan. Aku tak adalah dekan cukup pernah merasa dua kali. Kadang dia sakit, aku belikan ubat, kalau dia lapar kekadang aku belanja dia makan.

Kitorang selalu juga OTP. Tapi tak adalah sampai sayang-sayang ka apa. Sebab family dia semua aku kenal. Mak ayah dia dah bahasakan diri Ibu dan ayah dengan aku. Aku pun berbunga-bungalakan. Aku doa setiap hari dialah jodoh aku.

Lepas habis belajar, kitorang kerja kat ibunegara. Macam biasalah, bila dah mula bekerja, masing-masing akan jadi sibuk. Tapi sedaya upaya aku usaha untuk call dia. OTP kadang-kadang tak sekerap belajar dulu. Dia pun selalu juga teks dan mesej aku.

Sampailah satu masa, aku rasa dia dah patut tau akan perasaan aku sebab kalau boleh aku nak hubungan halal. Lagipun masing-masing dah kerja dan kira dah stabil.

Bila aku suarakan perasaan aku dengan dia, dia terkejut sangat seolah-olah macam speechless orang kampung aku kata. Dia geleng-geleng kepala. Lepas tu dia cakap dia kena balik sebab ada urusan.

Beberapa hari lepas tu, dia bagitau aku dia tak ada apa-apa perasaan pun pada aku. Selama ini dia anggap aku macam kawan, tak lebih dan tak kurang.

Punyalah hati aku koyak masa tu. Lama kot aku simpan rasa ini. Rasa macam bangang pun ada. Aku nak marah, tapi macam mana aku nak marah. Ni semua kebodohan aku.

Bulan 1 tahun lepas dia bertunang dan kahwin bulan 4. Dia kawin dengan kawan baik aku juga. Bulan satu tahun lepas aku memang sakit teruk. Kerja tak boleh fokus, hati aku hancur bagai disiat-siat. Hanya Allah yang tahu. Aku ambil masa untuk bersedia dia kawin, aku kena terima keadaan ini.

Sebulan sebelum kawin, suami dia ajak aku temankan dia. Aku pun ikutlah, rupanya dorang pi fitting baju kawin. Kau bayanglah ujian ini macam mana. Bukan salah suami dia, sebab dia tak tahu apa. Yang bodohnya aku. Ibu ayah dia pun ada kat situ. Sedih dia Allah je yang tahu.

Bila tiba hari nikah dorang, aku jadi jemputan vip. Aku memang rasa aku dah bersedia. Dia punya tahap neves tu mengalahkan pengantin lelaki.. aku pun masih doa, semoga tak jadi. Hahaha. Bodohnya aku.

“Aku terima nikahnya …. binti Saidi dengan mas kahwinnya..” sah? Sah? Sah?. Maka, pelamin anganku pun musnah..

Orang yang aku cintai sepenuh jiwa aku, telah sah menjadi milik orang lain. Dihadapan mata aku. Aku tak kuat. Sungguh aku tak kuat. Kau bayanglah berapa lama aku jaga dia.

Betullah istilah jaga jodoh orang tu. Memang kena betul kat aku. Lepas dia kahwin tu, aku memang putuskan semua perhubungan dengan dia termasuk keluarganya sekali. Aku sakit lama juga lepas tu.

Tapi masa sakit tu, Allah saja yang tau isi hati aku. Aku memang nangis setiap kali solat, hati aku hancur sangat. Aku sayang sangat kat dia. Tapi dia memang tak ada perasaan pun kat aku. Dia tak salah, yang salahnya aku.

Lepas dia kawin, hubungan aku dengan Allah menjadi dekat. Aku memang dekatkan diri sangat dengan Dia. Sebab hanya dia yang mampu berikan penawar sakit yang aku alami. Setiap hari aku doa Allah bagilah aku lupa kat dia. Tapi susah sangat sebab dalam doa aku sentiasa ada dia.

Kadang-kadang aku memang tak nak sebut nama dia dalam doa aku sebab aku nak lupakan dia. Tapi hati dan otak aku masih bermain-main nama dia. Sampai ke harini, aku masih mendoakan dia semoga dia bahagia dan berada dalam jagaanNya..

Minggu lepas aku ternampak dia, dia dah mengandung. Masih cantik dan manis seperti dulu. Dan jujur, perasaan aku pada dia masih sama. Aku masih mencintai dan menyayangi dia tapi aku tahu, dia adalah isteri orang dan aku tak akan merampas kebahagiaan yang dia kecapi sekarang.

Matlamat aku sekarang hanya akhirat. Sebab syurga nanti tiada lagi kesedihan, tiada lagi perpisahan. Sungguh, mencintai dan menyayangi itu tidak semestinya memiliki, dan aku redha.

Melihat dia bahagia pun cukup membahagiakan aku. Sebab, kasih sayang aku untuk insan hanya untuk dia. Aku dah redha, jangan cakap aku tak redha. Cuma untuk melupakan dia, buat masa ini aku belum mampu.

Dulu aku pernah menyayangi dirimu,

Kini pun masih begitu,

Cuma hidupmu telah sempurna bersama suamimu,

Dan malaikat kecil sedang membesar dirahimmu,

Aku pergi dari hidupmu membawa hati yang terluka tapi tiada langsung rasa dendam padamu..

Kerana ini sudah menjadi ketentuan Tuhan..

Yang aku hanya mampu mencintaimu tapi bukan untuk memiliki dirimu..

– Addin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *