Assalamualaikum.. Saya Hana (bukan nama sebenar), berumur awal 30-an, seorang surirumah, mempunyai 3 orang anak.
Dulu Saya berkerja dan Saya yang membayar semua bayaran pengasuh dan tadika anak serta beli barang basah setiap minggu untuk masak. Suami pula menanggung semua kos perbelanjaan rumah dari bil-bil utiliti, rumah, kereta, barang-barang dapur. Suami juga bayar loan PTPTN dia dan personal loan.
Kini, Saya sudah berhenti kerja selepas melahirkan anak ke-3, sebab bila di kira tolak bayaran pengasuh dan tadika anak, gaji hanya tinggal beberapa sahaja. Saya jaga sendiri anak-anak, hantar dan ambil anak ke sekolah. Kami sekeluarga terpaksa berjimat cermat.
Saya belajar bersyukur dengan apa yang ada, Saya cuba redha dan terima ujian dugaan dengan berlapang dada.
Syukur alhamdulillah, walaupun kini Saya tidak lagi dapat tengok dan merasa duit gaji masuk akaun bank, tapi Saya haràp pahala sayà semakin bértambah dlm àkaun bank àkhirat. Saya juga ada buat dropship tapi sendu.
Tapi lumrah kehidupan, ada saja mulut-mulut yang akan berkata-kata, mungkin niat untuk menasihat atau mencari point untuk bersembang.
Contohnya, rugi la awak belajar tinggi- tinggi tak kerja…. awak tak risau ke tak kerja, jadi surirumah tak ada duit, nanti suami meninggal ke, suami buat hal nak kawin lain ke dan macam-macam lagi.
Semua kata-kata negetive tu Saya sambut dengan senyuman tapi dalam hati Allah sahaja yang tahu bertapa sedih, pedih, tertekan, hina, rendah diri nya Saya. Mereka-mereka yang bercakap sesuka hati itu mengocak keimanan, keredhaan dan kebersyukuran Saya serta kebergantungan Kepada Allah.
Kerisauan saya hanya satu, andai Saya meninggal dulu dari suami, siapa yang nak menjaga anak-anak saya? Suami boleh jaga cuma masa dia berkerja perlu juga hantar kepada pengasuh, dan Saya tahu gaji dia tak mampu untuk tanggung kos itu.
Nak tinggal kepada ibubapa kami, mereka jauh di kampung dan uzur untuk menjaga anak-anak kami yang tengah membesar dan lasak. Atau suami akan berkahwin lain, isteri baru akan menjaga anak-anak kami, tapi sanggupkah isteri barunya nanti hidup serba kekurangan, jimat cermat dan ikat perut.
Atau kalau suami berkahwin dengan isteri baru yang berkerja, kos pengasuh anak-anak masih terbeban dibahu suami, tak kan la isteri barunya nak bayar kos pengasuh anak-anak tiri yang 4 org tu.
Saya berdoa, kalau Saya yang ditakdirkan meninggal dulu, saya berharap suami berjumpa jodoh yang baik dan yang penting sekali isterinya dapat terima anak-anak kami seikhlas-ikhlas hati walau nanti dia akan ada anak sendiri dengan suami.
Semoga rezeki suami pun bertambah serta dikurniakan rezeki kesihatan yang berpanjangan.
Sekarang ni tengah pujuk suami ambil hibah atas nama Saya yang paling minima bayarannya atas kemampuan suami, agar bila Saya tiada nanti, boleh lah dia buat kawin lain, bayar hutang-hutang Saya dan menyara perbelanjaan sekolah dan pengasuh anak-anak kami.
Semoga Allah permudahkan. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan.
– Hana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit