Assalamualaikum dan selamat sejahtera warga iium confession. Saya nak ucapkan terima kasih banyak kepada pihak iium jika confession ini disiarkan.
Ini adalah confession saya yang pertama, setelah bertahun lamenye keinginan hendak menulis dilaman ini tergendala di atas sebab tiada mase untuk menulis.
Ok baiklah, straight to the point. Saya berumur 20 an (perempuan), sudah bekerja. Saya mempunyai 4 beradik, 2 masih bersekolah. Seorang sudah berumah tangga.
Hubungan parents saya brpisah disaat umur saya menjangkau 15 tahun. Selepas parents saya berpisah, kami 3 beradik tinggal brsama ibu. Segala pakai makan minum kami ditanggung sepenuhnye oleh ibu.
Selepas ayah meninggalkan kami, ade juga ayah melawat kami tapi dalam 5 bulan sekali gitu. Apabila tibanya bulan syawal, hmm langsung tak bertanya khabar kami adik beradik.
Ayah juga telah meninggalkan sebeban hutang kepad ibu. Setiap kali ibu gaji, separuh daripada gaji ibu untuk mmbayar hutang ayah. Kenapa ibu sanggup membayar hutang ayah? Mungkin kerana ibu sudah menjadi penjamin ayah.
Ayah hutang pade siapa? Hmm maaf saya tidak dapat mmberithu kerana ia agak privacy bagi saya. Maaf yee. But alhamdulillah dengan gaji saya yang tak seberapa ini, saya mampu membantu urusan persekolahan adik adik.
Sejujurnya, setiap gaji saya, saya tidak mempunyai lebihan wang untuk menabung. Dengan duit sewa rumah, duit kereta, bill api air lagi. Terkadang mane saya mampu tolong ibu, saya akan tolong. Terkadang saya sanggup berpuasa demi mengikat perut untuk tidak makan kerana kekurangan wang.
Abang saya juga ade membantu kami walaupun die sudah berumah tangga. Saya begitu kesian terhadap ibu yang menanggung kami adik beradik. Ibu sanggup tak makan malam, asalkan kami adik beradik ade sesuap nasi untuk dimakan.
Untuk pengetahuan semua, selain ayah meninggalkan hutang pade ibu. Ayah juga tidak membayar tunggakan motosikal die. Motosikal die atas name abang saya. Die meminta pertolongan dengan abang saya untuk mmbeli motosikal atas name abang saya.
Abang saya tidak boleh buat ape selain menuruti kehendaknye. Jika tidak, dianggap pula anak derhaka. Abang saya lah yang banyak membayar hutang motosikal die. Saya tidak mampu untuk membantu abang saya kerana saya perlu mengutamakan urusan adik adik yang masih bersekolah.
Pasti ramai yang bertanye, adakah kami adik beradik masih berjumpe ayah lagi ke tidak. Die akan berjumpa dengan kami, jika die hendak meminta prtolongan duit saje. Terkadang ade jugak die hulur duit dalam RM20 untuk adik adik brsekolah.
Apakan daya, saya sudah banyak kali menasihati ayah, supaye berubah ke arah kebaikan. “Jangan bebankan ibu lagi. Kerja keras untuk mmbayar hutang ayah sendiri.”
Tapi ape yang die balas, hanyalah berkata saya tidak memahami die. Saya tidak sanggup melihat ibu kerja keras kerana hendak membayar hutang ayah.
Sehingga kini, kami masih tidak tahu dimana ayah tinggal. Bile ditanye, die tidak mahu memberitahu. Jadi, inilah sedikit sebanyak kisah saya tentang ayah saya.
Saya harap anda semua dapat membantu saya, untuk ape perlu saya lakukan demi meringankan beban ibu. Terima kasih atas komen anda semua. Semoga kita semua sentiasa dibawah lindunganNya.
– Petite (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submit