Assalamualaikum. Let’s go straight to the points.
So this is a few things to be sort out during 14 days of self isolation.
Puasa ganti or puasa sunat Rejab since takde kerja buat kan duduk rumah je tak banyak guna kudrat.
Minum air masak, kurang kan Pengambilan Gula Dan makanan berlemak. Masa ni la nak eat clean +BERJIMAT.
Faham, sekarang ramai yang hilang or kurang punca pendapatan. So kita kena start berjimat cermat.
Spend untuk keperluan je. Hold dulu kemahuan tu. Sebab we never know apa akan jadi next. 2 weeks yang bukan total lockdown ni pun kita dah rasa sedikit susah Dan really unexpected.
Sekarang ni la kita banyak masa free. Tenangkan fikiran sementara dari fikirkan masalah kerja.
Cuti yang kena spent dalam rumah je. Why not kita cuba betul kan life kita,
Dengan cara : dekat kan diri dengan Allah.
Mula jaga Solat. SOLAT lah awal waktu Dan jangan tinggal. Time kerja boleh la bagi alasan tak sempat la apa la (how could us).
Ni Allah bagi peluang ni. Guna la sebaiknya.
Untuk yang solat lompong2, please please guna kan masa ni untuk jaga solat. Dan istiqamah sampai Bila2. Kita taktau Hidup kita ni sampai bila.
Cuba spend masa untuk baca Al quran at least satu page sehari. At least. Tolong lah.
Terlalu banyak masa yang Allah bagi kita sekarang, khidmat la untuk Dia. Jalan kan tanggungjawab sebenar kita sebagai HAMBA. Untuk mengabdikan diri pada Dia.
Since tak boleh keluar rumah, ada smartphone Dan data kan, Cuba la dengar Dan belajar Agama cari keinsafan dengan dengar ceramah2 dari ustaz yang kita boleh dengar, contoh ustaz ebit lew.
Mana tahu ada antara isi ceramah mereka yang berjaya ketuk pintu hati kita yang keras ni untuk kekal istiqamah beribadat.
SOLAT SUNAT TAUBAT SETIAP MALAM. ni kita kena start Amalkan.
Semoga Allah ampunkan kita semua.
Doa banyak2 supaya Allah angkat balik wabak covid-19 ni. Dan digantikan dengan hikmah hidayah untuk Hati2 kita yang dah lama jauh dari pada Agama ni.
Minta maaf dengan semua orang. Dunia semakin tenat. Kiamat semakin hampir. Semoga Allah matikan kita dalam keadaan husnul Khatimah
Banyak kan muhasabah diri. Jangan give up. Dan jangan putus asa dari rahmat Allah. Rezeki kita dah tertulis.
Kita cuba berusaha sebaiknya tapi jangan abaikan precautions yang kerajaan dah tetap kan untuk kurang kan penyebaran wabak ni.
Untuk para peniaga Kecil2 an.. Semoga Allah memberi kalian kekuatan untuk melalui tempoh ini dengan tabah Dan sabar. Semoga Allah Berkati kerjasama Dan usaha kita demi menjaga maqasid syariah iaitu menjaga Nyawa.
Jangan selfish. Fikirkan orang lain sama.
Semoga wabak ini cepat berakhir. Dan semoga tempoh isolation ini tidak berlarutan.
– Simanis Cadbury (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit