Hampir 2 tahun kisah ni terjadi. Dimana aku belajar cara untuk handle orang psycho yang nampak normal. Asalnya mereka ni kawan-kawan aku, in fact kawan yang agak rapat.
Aku namakan kawan yang perempuan Minah dan yang lelaki Rizal. Dipendekkan cerita Minah ni berusaha sangat untuk aku rapat dengan Rizal, memandangkan kami masing-masing macam suka sama suka.
Tapi aku tak letak harapan sebab Rizal ni macam tak pasti apa dia nak dalam hidup dia. Contoh bila perlu baru cari. Esok, lusa dia boleh bertukar prinsip dia macam tu je. Hari ni bersayang bagai, esok buat macam takde apa. Ni contoh. Ada banyak lagi.
Kami selalu pergi rumah Minah lepak dan Minah akan masak-masak untuk kami.
6 bulan kami berkawan tapi lama kelamaan Rizal mula bertukar watak/sikap macam ada orang hasut dia. Aku langsung tak saspek Minah sebab pandai gila Minah ni berlakon. Apa-apa semua aku cerita pada dia.
Both sides dia acted macam dia la kawan terbaik. Tapi lalang. Dia lebih menyokong Rizal sedangkan aku kawan perempuan dia yang rapat ni, makin lama dia tak side aku. Dan dia memang tahu perangai Rizal ni macam mana.
Dia pernah cakap dia dependent sangat dengan Rizal atas sebab tertentu (sebabnya aku terpaksa rahsiakan di sini).
Untuk pengetahuan juga, Minah ni jenis pandai ambil kesempatan. Rizal ni boleh kata ada rupa dan berduit jugak lah. Tapi korang akan terkejut bila aku cakap Minah ni dah ber-laki pon dan ber-anak!
Minah ni dan Rizal background family tak kaya, tapi Rizal ni pandai usaha cari duit. Minah ni pula jenis menumpang kesenangan orang.
Dalam tempoh kami berkawan, Minah ni akan bercakap macam-macam perkara pasal Rizal tapi tak tele langsung dengan Rizal tu bila depan-depan. Tapi aku masih tak syak apa-apa.
Sampai sekarang bila aku nak bercerita balik, cerita ni macam takde plotnya sebab inilah cara ‘psycho’ mainkan engkau. Bila kau bercerita nampak macam kau yang gila.
Game diorang sangat smooth dan sepanjang berkawan dengan Rizal aku selalu rasa mental exhausted sebab asyik aku je yang kena jaga hati dia dan tolerate perangai buruk dia. Jangan la kau tercakap lebih sikit, mula moody dia lepas tu ignore kau. Mengadu dengan si Minah ni.
Minah ni pula sampaikan benda lain pada aku, twist cerita. Aku mula perasan benda ni bila aku perhati semua benda dia cerita tak sama dengan perbuatan dia mahupun Rizal. So aku perhati dan kaji.
Rizal ni ada satu habit dimana dia suka tukar/batalkan plan diam-diam je, sedangkan orang lain menunggu ni. Berkali-kali ye. Berat sangat nak mesej orang.
Dijadikan cerita lepas aku balik dari bercuti panjang, Rizal terus lain. Masa tu Minah ni mainkan peranan sangat sebagai ‘kawan baik’ dalam mencuba ‘solvekan’ masalah kami ni. Tapi hanya penipuan dan banyak cerita rekaan dia. ‘Game’ dia tak payah cerita, melaga-lagakan kami.
So, on one fine day ni aku ambil kekuatan tegur Rizal sebagai kawan walaupun aku tahu dia tak suka ditegur. Dah lama tahan perangai berulang dia. Tahu apa aku dapat dalam aku tegur baik-baik tu? Bukannya maaf, padahal terang-terang salah dia, tetapi tuduhan yang tak berasas langsung.
Dia cakap aku lebih utamakan kawan-kawan lain, sedangkan aku sanggup cancel plan lain demi dia. Dan dia juga rasa tercabar sebab aku ramai kawan laki. Sebagai kawan, kalau matang, selesaikan lah masalah bukan besar mana pon. Tapi sebab ego dia lebih mahal dari persahabatan.
Minah on the other hand pon jadi lain. Dia ni memang baran, membabi buta kind of person. Dia pernah maki aku menjerit-jerit dan tuduh aku buat cerita buruk pasal dia. Of which takde pon. Tapi dia inferior sebab sebenarnya dia la yang buat cerita-cerita tak betul pasal aku dekat Rizal.
Dia insecure bilamana kawan-kawan aku yang lain ‘macam semacam’ dengan dia. Sedangkan hal kami ni takde siapa lain yang tahu. Maybe ni rasa insecure orang yang bersalah.
Bear with me.
Pelbagai usaha aku buat untuk solve masalah kami ni, aku confronted Minah tapi lakonan tetap lakonan. Aku tak dapat jawapan kenapa diorang berubah. Rizal langsung taknak bercakap dan aku pon 100% ignore dia.
In a meantime, Minah dan Rizal makin rapat dan ignore aku. Rizal ni memang takde kawan lain. Dia memilih sangat. Dia senang koyak bila orang bergurau dan kawan-kawan dia tak boleh lebih dari dia. Kira aku ni dah stage mencabar kelakian, keegoan dia bila aku tegur salah dia.
Aku hampir murung bila kawan sendiri tikam belakang. The only kawan yang tahu segala cerita, yang aku harapkan support aku masa tengah down tinggal aku. Solat, doa dan Al-Quran kuatkan aku masa ni.
Dalam tempoh ni juga, aku nampak wajah Rizal tak macam selalu. Nampak kusam, nampak khayal. Minah peneman setia dia. Tapi aku tak fikir apa-apa lah. Lalu ikhtiar aku yang terakhir adalah pergi berubat untuk menguatkan semangat aku balik.
Dijadikan cerita aku pergi berubat dengan makcik K, dia tanya hajat. Aku cakap nak air kuatkan semangat, scan badan sebab rasa bahu berat hanya bila berada di tempat tertentu (terpaksa rahsiakan) dan saja nak scan pasal jodoh.
Lepas dia ‘scan’ tiba-tiba dia cakap ada kenal dengan sorang laki ke? Aku cakap ye. Tapi dah tak ok. Makcik K cakap dia baik orangnya, bijak, rajin. Tapi ada sorang perempuan sedang control dia baik punya ni, badan tak kecik tak besar.
Tiada lain tula description Minah tu. Masa ni punya la aku terkejut, sebab aku tak expect langsung benda-benda ni. Walaupun ada terfikir. Makcik K cakap lagi, Minah ni control dia melalui makanan yang dia selalu masak.
Ya Allah Minah ni memang selalu masak dan bagi Rizal/kami makan. Tapi Makcik K cakap aku kuat lagi. Tak terkena banyak. Patut la Rizal nampak lain sangat macam dibawah ‘pengaruh’ sesuatu.
Aku tanya lagi Makcik K kenapa agaknya Minah ni buat camni, nak pisahkan kami. Makcik K cakap dia irihati ni, depan cakap lain, belakang cakap lain. Allahu, wallahuallam.
Hajat nak tolong Rizal macam mustahil sebab dia sendiri yang kena pergi berubat, kalau dia sedar lah. Selepas berubat Alhamdulillah aku rasa ‘ringan’. Start daripada ni aku memang dah gap dengan diorang. Aku nak jauhkan diri aku daripada orang-orang toxic.
Tapi Minah ni tiba-tiba acah datang nak berkawan balik. Burukkan kawan lain pula. Aku sekadar berhuhu je dengar dia bercerita. Sekarang ni orang yang Minah selalu burukkan tu dah jadi bestfriend dia pun. Aku namakan Zyra.
Pernah masa Minah dan Zyra ni bergaduh sesama diorang, Zyra datang pada aku dan meminta maaf sebab percaya bukan-bukan yang Minah ni cerita pasal aku. Kuasa izin Allah nak tunjuk. Tapi semua pon dah tak penting.
Minah pulak kejap-kejap nak berbaik dengan aku, tapi aku bolayan. Semua psychos, full of dramas. Kejap ok, kejap tak. Macam bitch (maaf kalau ayat agak kasar, tapi ini saja ayat yang menggambarkan diorang).
Minah kerja baru dia hasut orang lain untuk benci aku, of which aku tak bother dan tak rasa rugi pon. Ni perangai normal orang insecure and overthinking. Dia nak tarik orang lain untuk benci aku jugak, termasuk kawan-kawan aku. Rizal ni pulak siap burukkan aku kat fb dan ig sampai blocked aku (ni kawan aku bagi tahu).
Sepanjang tempoh 3 bulan kemudiannya, aku terpaksa tahan melihat drama-drama diorang, yang bertujuan untuk sakitkan hati aku (aku terpaksa rahsiakan di mana aku hadap drama diorang ni). Berkepit dah tak macam berstatus isteri.
Kadang tu acah berbual, bergelak tawa bila bertembung aku. Dah macam budak2 sekolah perangai. Tapi aku sabar dengan ‘game’ diorang sebab aku yakin dengan kifarah Allah SWT. Aku tau jiwa dan mental diorang sakit. Lagi diorang geram bila aku ignore dan tak layan drama diorang.
Masa berlalu, aku dah moved on. Aku dah jumpa dengan seseorang yang jauh lagi better dari Rizal dari segi kematangan dan tanggungjawap. Drama-drama diorang suddenly stopped bila tahu aku nak kahwin dah. Terkejut kot rasa sia-siakan drama-drama korang?
Minah pulak dah kurang berkepit dengan Rizal. Pelik kan? Tak perlu mandrem Rizal dah la. Sebab tujuan dia untuk pisahkan aku tu dah berjaya. Ke ‘berjaya’? Sekarang Minah dan Zyra dah jumpa mangsa baru untuk diguna-gunakan. Kesian budak perempuan tu.
Kesimpulannya sini orang yang psycho boleh nampak normal. Orang yang baru kenal diorang akan rasa diorang ni best. Macam aku dulu-dulu. Cerita ni sangat panjang sebenarnya dan masa jadi pada aku, semua aku rasa tak masuk akal.
Pengalaman pertama kali seumur hidup aku handle 2 orang psycho yang nampak normal. Aku bersyukur sebab Allah jauhkan aku awal-awal lagi daripada orang-orang macam ni. Silap haribulan aku boleh psycho gak.
Cuba korang google perkataan narcissist untuk mengenali orang2 macam ni dengan lebih dalam. Kadang kita tak sedar kita sedang berhadapan dengan orang-orang camni sampai at one point kau rasa energy ko being drained. And kau tak boleh brain ‘games’ diorang. Unexplainable.
Orang macam ni dia akan continue cari mangsa untuk rasa ‘kuat’, ni la makanan dia. Caranya kita putuskan chain jangan layan pesakit2 ni. Tapi hikmah Allah tu sangat besar walaupun kau tak dapat dengan segera. Tapi Dia nak kau belajar.
– ~ Aku Bangkit (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit