Assalamuaalaikum semua. Sebelum aku start bercerita aku mohon maaf kalau tercampur bahasa.
So, aku di besarkan tanpa ayah di sisi kerana ibubapa aku bercerai sejak aku 9 tahun lagi, jadi aku dibesarkan oleh mak aku dan mak aku hanyalah seorang tukang jahit di rumah. Dengan duit itulah dia membesarkan kami semua dan sekarang aku melanjutkan pelajaranku di ipta untuk sarjana muda dan tahun pertama.
Family aku bukan macam family yang lain, aku mempunyai 2 orang abang dimana abangku yang sulung tidak bekerja dan terlibat dengan gejala sosial yang tidak mendatangkan hasil.
Abang yang kedua terlalu mempertuhankan game dan hanya tahu meminta duit mak aku tanpa fikir perbelanjaan yang harus mak aku tanggung untuk kami sekeluarga , dia hanya tahu meminta duit dan jika mak aku meminta pertolongan dialah orang yang paling susah dan berkira jika mak aku meminta pertolongan.
Aku lihat kedua abangku membuat perkara yang langsung tidak mendatangkan hasil. Mak aku sejenis yang suka mendesak dan bukanlah sejenis yang open minded aku susah untuk luahkan prasaanku kepada mak kerana dia tidak faham apa yang aku rasa dan anggap apa yang dia pernah lalui sewaktu kecilnya lagi teruk dari apa yang aku lalui.
Tidak dinafikan ya lagi teruk, tapi itu dulu sekarang aku makin tertekan dengan sikap setiap ahli keluarga di dalam rumah ini. Aku inginkan sebuah keluarga yang bahagia dan hidup tanpa menggunakan perkataan kesat dan terlampau taksub dengan berubat.
Ya mak aku terlampau taksub untuk berubat disana sini tidak kira mana tempat berubat dia akan pergi dan dia tidak habis habis menyalahkan ayahku kerana menghantar benda yang bukan bukan kepada kami semua.
Sebelum itu selepas ayah bercerai dia khawin dengan perempuan siam dan dia tidak memberikan nafkah kepada kami dan tidak langsung contact kami adik beradik, dia tinggalkan kami begitu saja.
Perit sungguh kehidupan ini harus aku lalui hari hari , berdepan dengan adik beradik sebegini dengan mak yang sikapnya begitu makin hari makin aku tertekan dengan family aku begini rakan di tempat study dengan perangainya.
Oh ya waktu aku diploma aku lalui waktu yang aku tidak akan aku lupa sepanjang aku hidup dan ia menghantui diriku sehingga kini, iaitu tekanan rakan sebaya di akhir sem kami satu kelas kena buat event dan ketika event tu berakhir kelas aku kena selesaikan bahagian bendahari.
Dan disitulah bermula nya titik hitam yang aku tidak boleh padam sehingga harini. Ia berlaku ketika aku sedang sibuk dengan assignment lain dan salah seorang classmates menyuruh aku untuk selesaikan bendahari.
Pada mulanya, aku hanya kata ya untuk menghantar sahaja tetapi bukan untuk selesaikan seluruh hal bendahari itu kerana aku sangat busy dengan assignment dan group lain dalam kelas aku hampir siap dan aku tidak ada masa untuk selesaikan hal bendahari itu seorang diri.
Selepas aku menghantar borang bendahari tersebut aku mintak tolong salah seorang classmates kerana dia tidak begitu busy dan aku tanya sendiri dia boleh buat atau tidak dan dia menjawab dia boleh lepastu aku serahkan segala borang baki kepadanya.
Seminggu selepas itu, madam kami ws yang borang tidak bergerak dan marah kami satu kelas. Apa reaksi classmates terhadap itu? Mereka sangat benci dan marah padaku ketika itu kerana aku tidak selesaikan sehingga hujung, aku dah cakap aku tak boleh buat seorang kerana aku sangat busy tetapi mereka tidak faham.
Setiap orang dalam classmatesku update status ws mereka dengan quotes ‘have to face this shit again’ lebih kurang begitu dan aku ws segelintir mereka dan memohon maaf tetapi apa yang mereka lakukan, mereka bluetick saja dan ketika face to face mereka membuat reaksi wajah yang nampak tidak suka akan kehadiran ku di situ.
Aku menagis setiap malam, aku tidak mahu keluar dari bilik ku, aku tidak mahu berjumpa dengan orang malah aku hanya diam ketika di dalam bilik kerana aku terlalu takut orang di sekelilingku akan menyakitkan aku lagi sekali. Mereka suka bergossip antara satu sama lain dan itu membuatkan aku berasa tidak selesa.
Sehingga ke harini ini aku masih belum boleh mellihat wajah mereka walaupun tahun ini aku akan graduate dan pasti akan nampak mereka.
Tetapi aku tidak kuat dan aku pasti hati aku belum pulih sepenuhnya dengan apa yang mereka buat (tidak sepenuhnya aku cerita) yang menjadikan diriku seorang yang cepat panic dan sometimes aku akan sukar bernafas dan jantungku terasa ingin meletup setiap kali teringat peristiwa itu.
Ya rakan sebaya memberi impak yang besar dalam kehidupan kita maybe in good term or bad term. Aku belajar banyak benda dari kejadian itu, aku lebih berhati hati dengan siapa aku ingin bercakap dan aku tidak percaya dengan orang di sekelilingku.
Keluargaku tidak tahu tentang kejadian itu, mereka terlalu sibuk mengejarkan sesuatu yang tidak pasti. Aku penat dengan semua ini, aku selalu fikir yang aku ni normal dari segi kesihatan mental tetapi setiap kali aku ambil mental test pasti akan dapat yang tidak okay.
Aku hanya anggap ini semua hanyalah overthinking dan bukannya anxiety, depression or panic attack kerana aku tidak mahu orang menggangap aku sakit tetapi lama kelamaan aku hanya perlukan tempat untuk aku luahkan perasaan.
Aku sukar tidur, sering menangis, dan tidak productive dalam kehidupan harianku kerana bagiku tiada siapa pun yang faham dan rasa apa yang aku alami sejak kecil lagi. Kehidupan tanpa bapa adalah sangat perit bagiku terutama ketika melihat family rakanku mempunyai ayah yang sangat bagus dan bertanggungjawab.
Sekian ini sahaja cerita yang ingin aku kongsikan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca cerita yang biasa ini.
– Hanani (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit