Saya harap admin akan siarkan confession ni. Saya sangat perlukan pandangan dan sokongan daripada orang lain. Mungkin yang mengalami masalah yang sama.
Saya mulakan dengan pengenalan saya perempuan, fresh graduate tak sampai satu tahun, sudah bekerja, Alhamdulillah.
Masalah yang saya hadapi adalah Masalah di tempat kerja kerana saya satu-satunya melayu yang lain bangsa lain dan mereka semua bangsa yang sama! Tak perlu la saya sebut bangsa apa, pembaca boleh teka sendiri.
Saya merasa seperti tak dialukan dan sentiasa dikera sumbangkan. Saya tak penah rasa terbeban dengan workload yang banyak kerana saya seorg yang suka berkerja dan menjadi proaktif. Tapi berhadapan dengan racism yang saya tak boleh terima.
Saya penah belajar dibawah pensyarah berbangsa ini.. Dan saya sangat suka mereka rajin. Berkerja dengan telus walaupun terlalu strict dalam pemarkahan tapi sedia membimbing.
Alhamdulillah saya masih dapat pointer yang bagus. Berbanding pensyarah melayu kadang-kadang masa lebih banyak habis untuk membangga diri. Tapi di alam pekerjaan ni bangsa yang sama saya juma dengan perspektif yang sangat berbeza.
Permulaan masuk kerja mereka sangat tak mesra, saya fikir mungkin masih baru. Tapi setelah beberapa bulan peningkatan hubungan sekerja kami masih kurang, saya masih positif mungkin kerana saya tak pandai ambik hati.
Semua kerja saya cuba lakukan dengan terbaik, dan cuba memberi hasil yang terbaik. Saya boleh letakkan antara kami saya mungkin tergolong yang kelima atau keenam yang rajin!
Kerana saya fikir bangsa ini terkenal dengan rajin jadi untuk mereka menerima saya kena ikut cara kerja mereka tapi masih disisihkan.
Dibelakangkan. Kami punya group whatsapp tapi rupanya dibelakang saya mereka punya group tanpa saya! Patutlah saya rasa pelik group whatsapp pejabat jarang berbunyi lebih kepada noted noted setiap kali arahan diberikan, tiada perbincangan. Rupanyaa… Hmmm..
Itu saya cuma makan hati senyap2.. Masih tersenyum dan menegur mereka seperti biasa. Dan juga meeting mereka gunakan bahasa mereka dan saya banyak ketinggalan. Bila diminta baru guna bahasa melayu, itu pun sekejap. Group whatsapp pun arahan dalam bahasa mereka. Disisihkan.
Ada satu ketika kami adakan sambutan. Dan mereka langsung tidak memesan makan halal walaupun nasi lemak RM1.00.. Saya disuruh tunggu mereka makan disitu dan mengambil gambar.. Mereka hanya menjawab ‘u bawak bekal kan?’..
Duit yang mereka gunakan duit jabatan, saya rakan sekerja dengan pangkat yang sama, beban kerja yang sama. Saya bukan kerani, bukan cleaner, bukan pembantu am. Tapi saya rasa peranan saya macam budak suruhan sahaja. Bab kerja memang saya dapat banyak!
Pernah satu kali ketua beri maklumat tentang meeting dan ditulis dalam bahasa melayu, mesej tersebut disambung dalam bahasa mereka.. Saya fikir dia terlupa tukar, jadi saya copy dan google translate. Rupanya ada makan2 selepas meeting. Jadi saya tak diundang lah kiranya.
Bos pun sama. Ketua saya banyak bersembang dengan saya, kongsi tip kesihatan bagai.. Saya gembira. Tapi saya tak pernah nak cuba jadi anak kesayangan dia. Rupanya dibelakang saya dia ada mohon saya diaturkan ke bahagian lain dengan alasan saya tak pandai buat kerja!
Ini pun saya tahu secara tak sengaja, dan semua yang di pejabat tahu tentang ini. Ikut rasa hati nak saya berdepan dan minta dia tunjukkn mana kelemahan saya yang tak pandai buat kerja, saya akan perbetulkan bukan dengan cara tikam belakang.
Tapi dia pegang penilaian saya dan saya tak berani. Saya tak ada apa nak dicemburukan. Saya budak baru pengalaman kurang berbanding dia. Gaji pun kurang dari dia.
Saya ada memohon pada pihak atasan untuk ditukarkan dan ketika saya minta sokongan ketua saya dimarahi kerana dikatakan masih baru tapi sudah mohon pindah. Nak saja saya tengking dia ‘tapi kau yang nak buang aku sangat!’
Sampai sekarang saya tertanya tanya entah2 dalam meeting ada terselit memburukkan saya.
Rakan sekerja pun sama. Jika apa2 maklumat yang saya perlu share kerana dibawah tugas saya, apabila saya share langsung tiada respon. Jika saya mesej personal apa2 berkaitan kerja, mereka hanya seen dan menjadikan kerja saya tergendala.
Hari2 saya mesej masih tak balas. Ditambah dengan RMO sekarang, berkerja dari rumah sangat susah kerana tidak mendapat kerja sama rakan sekerja.. Tapi antara mereka saya tahu pasti ada perbincangan dan kerja berjalan dengan lancar. Mereka hanya memboikot saya!
Saya mohon bagi pandangan dan kata2 semangat. Lagi bagus kongsikan pengalaman pembaca sekurangnya saya tak rasa keseorangan menghadapi masalah ini.
Jangan cadangkan saya berhenti kerja kerana saya harapan keluarga. Saya ada abang yang sudah bekerja tapi gajinya kurang daripada saya. Saya direzekikan mndapat kerja pertama dengan gaji 2k-3k. Saya dianggap beruntung.. Alhamdulillah.
Yang stress,
– Daisy (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit