Assalamualaikum kepada semua pembaca yang setia… Aku doakan kalian semua sihat sejahtera…
Alhamdulillah tika ini aku di beri kekuatan untuk menulis sedikit coretan dan perkongsian tentang kisah aku yang aku sedang alami… Sungguh aku tak tahu di mana harus aku luahkan perasaan ini. Nak cerita pada kawan-kawan pun mereka sudah semestinya jemu dengan keluhan aku ini..
Aku perkenalkan diri aku sebagai MK. Aku dibesarkan dalam keluarga yang sederhana. Mak aku sudah 10 tahun meninggal dunia ketika usia aku 22 tahun. Aku hilang tempat aku mengadu, aku hilang tempat bercerita. aku hilang tempat untuk aku kongsikan kisah duka aku.
Dalam keluarga aku kami semua banyak buat haluan masing-masing. Bila ada saja masalah lantak hang la nak selesai macam mana pun. Memang semua hidup berdikari.
OK! kita stop bercerita tentang keluarga aku akan mula cerita tentang apa yang sedang aku alami sekarang ni.
Aku bekerja dalam sektor pendidikan. Alhamdulillah sudah tahun ke 10 aku dalam bidang ini. Allah nak uji aku.
Semasa umur aku menjangkau 30 tahun masa tu aku pikir buat apa ada suami sedangkan di tahap sekarang aku boleh miliki segalanya walaupun bukan kehidupan aku mewah tapi aku rasa cukup semuanya dari segi mental dan fizikal..
Ya lah kan malas la pikir soal jodoh nanti kecewa dan jadi masalah pulak, lagipun aku bukanlah dalam ketegori manusia yang cantik. Badan aku ketegori gemuk yang comel hahhahaahaha….
Bermula kisah aku tahun lepas di mana usia aku waktu itu 32 tahun.. Macam biasa kehidupan aku, pergi sekolah, balik sekolah, dan suatu hari yang tak dapat di jangka bermulalah aktiviti tahunan iaitu hari sukan.
Aku sebagai guru rumah sukan pada waktu itu menjalankan tugas dan amanah aku melantik ketua rumah sukan di kalangan pelajar senior. Aku terpandang satu wajah yang aku sendiri tak tahu macam mana aku boleh tertarik pada seoarang pelajar lelaki itu…
Sumpah aku kaku… Siapa dia ni? Dan aku secara tak langsung berkenalan dengan beliau… dan terus melantik beliau menjadi ketua rumah sukan dan menjalankan tugas untuk melakukan aktiviti yang telah di rancang..
Serius aku pada waktu itu… kenapa la budak ni tetiba aku tertarik sangat. Kenapa aku tak pernah tahu dia ni wujud.
Tingkahnya lakunya sangat menyenangkan aku. gaya sopan dan santunya, percakapannya sangat memberi kesan pada aku yang dia ni akan jadi suami dan ayah yang baik untuk anak-anak kami.. hahaha serius sampai tahap tu aku berangan.
Bermula dari situ aku mula kenal lebih rapat dengan dia.. Oh, untuk makluman semua aku gelarkan dia sebagai MH. Dan dia sebenarnya pelajar yang masuk pada tahun 2018.
Disebabkan aku tidak mengajar di kelas dia pada waktu itu, maka aku tidak ambik kisah sangat tentang pelajar-pelajar dalam kelas tersebut lagipun dia budak yang pendiam, jarang aktif dalam kokurikulum pada waktu itu dan juga jarang keluar rehat.. jadi mana la aku nak sempat terserempak dengan dia…
Aku pendam perasaan suka pada dia. Hari-hari pergi sekolah aku ada satu semangat yang aku tak pernah rasa sebelum ini..
Setiap malam aku pikir esok nak pakai baju apa? nak pakai tudung apa? Sedangkan sebelum ni sebelum pergi sekolah aku capai ja baju mana yang aku rasa ok bagi aku.. Sungguh aku di lamun cinta.
Hubungan keakraban kami menjadi semakin rapat bila kami sering berhubung melalui whatsApp. Kadang bebanan kerja yang aku hadapi menjadi ringan bila aku sering luahkan padanya dan sikap dia pada masa itu sangat la memahami. Mendengar dan bagi nasihat pada aku….
Eh! terbalik pulak kenapa pulak dia yang title pelajar boleh bagi aku motivasi untuk aku supaya aku lebih bersemangat untuk bekerja… Itu la kan cinta itu buta..
Perubahan pada dia sangat ketara. Ada cikgu yang mengajar di kelas beliau bagi respon pada aku mengatakan MH makin berubah tak macam dulu. Sekarang dia banyak bercakap, berani, dan aktif dalam semua bidang. Alhamdulillah!
Kami berdua pernah juga keluar makan bersama dan di temani oleh kawan-kawan dia yang lain. Selalu jugak la keluar. Tapi tu lah nak keluar dating berdua tu tak berani lagi.. hahaha.. Aku tak nak la di label cikgu suka student… hahahaha, walau hakikatnya memang aku suka sangat dekat dia..
Tuhan menguji aku tika aku tutup pintu hati aku tika itu untuk mana-mana lelaki dan dengan sekelip mata DIA uji aku dengan perasaan kasih sayang dan cinta terhadap MH. Beza umur aku dengan MH terlalu jauh 13 tahun.. Sudah semestinya mak dia menentang hebat hubungan kami.
Setiap masa aku berdoa.. jauhkanlah perasaan ini.. hilangkanlah perasaan ini… tapi perasaan itu makin hari makin sayang. Kadang-kadang aku tak nak terlalu rapat aku takut kecewa. Aku pernah menangis bila dapat tahu dia ada hubungan dengan perempuan lain tika itu… Serius weh kecewa tu sakit sangat…
Aku sentiasa bagi semangat untuk dia supaya usaha yang terbaik dalam peperiksaan. Pada waktu itu aku tak tahu sama ada dia perasan atau tidak tentang hati aku… tapi layanan tetap seperti biasa. Yala kan tak kan dia tak hormat cikgu dia kan? Lagi pun dia budak yang sangat baik.
Pernah suatu hari aku plan nk bagi hadiah sempena hari jadi dia… Aku siap buat kira-kira nak beli apa untuk dia yang special dan dia suka..
Jadi aku belikan dia jam tangan walaupun harga jam tangan dia tu lebih mahal dari jam tangan aku…tak apa la aku pikir ini adalah satu pengorbanan aku untuk dia. Dan dia suka. Alhamdulillah
Hari berganti hari dan aku sedih bila terpaksa berpisah kerana pada tahun 2019 adalah tahun akhir dia di sekolah aku… aku rancang nak luahkan segala isi hati aku pada dia.. aku nak cakap cikgu suka MH dari mula kita jumpa dalam perjumpaan rumah sukan awal tahun dulu.
Hari terakhir dia jawab peperiksaan pada hujung bulan november itulah kali terakhir aku jumpa dia dan bersembang dengan dia, dan aku sempat berpesan pada dia yang cikgu nak jumpa MH sebelum kamu pergi tunaikan umrah bersama mak nanti dan dia angguk sahaja.
Tapi setiap hari dia sentiasa mengelak dari nak jumpa aku.. dan aku terus mesej bagitahu yang aku suka dia.
Dan dia balas menolak aku secara lembut… mungkin perbezaan umur kami yang sangat jauh, dia juga ada cita-cita dia sendiri dan aku pun sedar diri aku tak sempurna mana memang jauh beza sangat kalau aku dapat dia.
Aku tidak membalas mesej dia dan pada hari tu aku menangis yang sangat kecewa. Allah uji aku lagi. aku redho dan aku anggap ini adalah satu pengalaman yang sangat memberi kesan pada aku..
Sebelum ni aku banyak juga rapat dengan pelajar lelaki lain tapi aku anggap mereka semua seperti anak aku sendiri…
Tapi sehingga tika ini aku masih mengharap pada MH lagi.. Dia tidak sesekali jauh dari aku… sentiasa mesej aku dan bertanya khabar tapi aku jadi segan dan malu.
Aku tak da tempat untuk aku bercerita tentang kisah aku ini… Kalau ada pun mereka hanya lebih banyak ketawakan aku dan mengatakan benda ini hanya sia-sia.
Buat pembaca semua doakan aku. Aku bukanlah cikgu yang pandai mengarang.. Aku hanya cikgu ilmu alam semesta. Aku tulis untuk aku dapat kan nasihat dari semua pembaca. Tapi janganlah sesekali mengecam aku.
Terima kasih kerana sudi membaca kisah aku.
yang benar,
– Cik MK (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit