Dah Tua Baru Belajar Al-Quran

Assalamualaikum. Terima kasih admin sekiranya kisah aku terpilih untuk disiarkan.

Sedikit intro diri, aku Sakinah (bukan nama sebenar). Berumur pertengahan 20an, masih bujang. Aku tak lah pandai sangat nak mengarang ayat tapi aku berharap apa yang ingin aku sampaikan korang faham la ye.

Straight to the point. Dari tajuk pun korang dah agak kan apa yang aku nak share aku memang tak pandai baca al quran.

Aku bukan berasal dari keluarga yang jahil bab agama tapi aku berasal dari keluarga yang sangat menitikberatkan tentang agama. Mak aku, kakak aku semua pakai tudung labuh. Aku tak.

Dalam family aku rock sikit tapi tak la sampai tak menutup aurat. Tudungku menutupi dada tetapi tidak selabuh mak dan kakak aku. Entahlah mungkin aku sorang sahaja tersesat dari landasan.

Dari kecik lagi, setiap hari balik sekolah, aku akan pergi ke rumah ustazah utk mengaji. Tapi aku tak suka ustazah tu. Ustazah tu garang. Ustazah tu pilih kasih. Aku rasa ustazah tak suka aku.

Dan ada terselit kisah yang mana aku tak pernah share kisah ni dengan sesiapa pun mungkin ini menjadi salah satu aku tak suka pergi mengaji lagi.

Ketika kecil aku mempunyai seorang kawan, aku namakan dia Nurul (bukan nama sebenar). Nurul ni muda 2 tahun dari aku. Sekolah sama, tempat mengaji pun sama.

Selalunya aku akan pergi mengaji bersama samanya. Balik pun sama2 dan akan bermain bersama sama.. Cuma di sekolah kami jarang jumpa disebabkan Nurul pelajar tahap 1. Dan aku pelajar tahap 2.

Pada satu hari, Nurul menjauhkan diri pada aku. Aku tidak mengetahui mengapa. Bila aku memanggilnya di rumah dia tak keluar. Tak mengapa lah. Mungkin dia tak nak bermain, jadi aku pun bermain dengan kawan yang lain..

Sedang aku bersiar2 menaiki basikal, aku terserempak Makcik Ani (ibu nurul dan semestinya bukan nama sebenar) dan Nurul disebelahnya. Nurul melarikan diri tidak mahu bertemu denganku.

Makcik Ani memanggilku dan aku menghentikan basikalku. Makcik Ani memarahi aku. Katanya Nurul memberitahu aku membulinya di sekolah. Aku meminta wang sakunya di sekolah.

Padahal dekat sekolah pun jarang jumpa. Rehat pun tak sama. Bangunan kelas pun lain2. Aku hairan. Aku menjawab aku tak pernah buat begitu kepada anaknya lalu aku meninggalkan makcik ani disitu dan pulang ke rumah.

Keesokan harinya, aku ke rumah ustazah untuk mengaji. Aku ternampak Nurul selang seorang dari aku. Aku memanggilnya. Aku menanyakannya “pasepa ampa mengadu macam tu kat makcik ani? Masa bila kami mintak duit ampa? Masa bila kita buli ampa? “.

Nurul tidak menjawab malah dia menangis. Aku cuak gila time tu. Haish pasaipa pulak dah budak ni nangis. Dia keluar ke rumah ustazah dan balik ke rumah dia. Ouh ya lupa nak mention, Nurul ni murid kesayangan ustazah.

Setelah beberapa minit berlalu, Nurul kembali ke rumah ustazah.. Kembali bersama makcik Ani. Makcik Ani melihat aku dengan wajah yang sangat bengis. Terbeliak biji matanya sambil jarinya buat nombor 1 dan memusing2 jari tersebut. Alaaaa senang kata dia dia buat amaran aku ada buat salah.

Makcik Ani bertemu ustazah, dia menceritakan perbuatan yang aku takpernah buat itu. Perihal aku buli anak dia di sekolah. Bla.. Bla.. Dengar sahaja murid kesayangan dibuli ustazah bertanya kepada aku betul kah apa yang dikatakan..

Dan semestinya aku tak mengaku. Aku tak buat bendaa tu semua weh. Sumpahh.. Aku tak buat. Tapi ustazah tu tak percaya aku. Aku kena rotan di hadapan pelajar mengaji yang lain. Dan masa tu aku bersumpah aku tak buat. Tapi ustazah tak percaya.

Ustazah lagi marah sebab aku main sumpah2, dia rotan lagi dan lagi.. Berbekas wehh kena rotan.. Sakit wehhh. Sakit sangat. Dan apa yang lagi sakit takde sapa percaya aku. Semua percayakan Nurul.

Aku hilang kawan. Aku benci ustazah masa tu. Aku benci makcik ani. Aku benci nurul.. Start dari peristiwa tu aku malas nak pegi mengaji.. Ada saja alasan aku. Tapi aku tak pernah cerita langsung apa yang terjadi pada diriku kepada family. Ya la takut orang tak percaya aku.

Okay habis part tu.. Aku percepatkan kisah, aku masuk skolah menengah. Parents aku menghantar aku ke sekolah agama.. Mereka tidak memaksa dan aku takk terasa terpaksa untuk ke sekolah itu. Aku suka bersekolah disitu. Tapi aku malas.. Malas belajar. Aku malas nak belajar tentang al quran..

Aku takdak usaha untuk belajar membaca. Keputusan resultku semakin merosot. Akhirnya parents ku mengambil keputusan utk mengantar aku ke sekolah biasa.

Yesss habis spm pun aku still tak boleh baca. Dan aku merasakan tak boleh membaca al quran tu hal biasa. Ramai kawan2 di sekolah biasa tak boleh membaca al quran. Jadi apa yang patut aku risaukan.

Ketika umurku memasuki 20an ketika itu baru aku merasakan al quran itu sangat penting. Aku banyak sangat kejar dunia. Akhirat aku sangat tercicir jauh. Ya Allah hinanya aku.

Menyedari akan perkara itu aku nak belajar al quran. Tapi aku malu. Aku sudah tua.. Aku nak sangat belajar al quran tapi aku taktau mcm mna nak start. Aku nak mintak orang ajarkan pun aku merasa malu. Jadi aku menyimpan hasrat untuk belajar mengaji dengan kakak aku.

Pada ketika itu kakak aku belajar luar negara jadi mmg aku set dia balik je malaysia aku nak belajar mengaji dengan dia.. Once kak aku dah balik malaysia dia sibuk nak kawen pulak.

So niatku untuk belajar mengaji aku pendamkan dulu dan ditambah aku berasa sangat maluuu untuk meminta kakak mengajar mengaji.

Fast forward aku sudah berkerja. Aku sangat busy dengan pekerjaan aku. Hidupku penuh ku fikirkan tentang kerja, cari duit untuk kesenangan dunia. Setiap apa yang aku impikan, aku dapat beli. Dari motorsikal sampai sekarang dah berkereta aku dapat capai.

Namun jiwa aku kosong. Sepi. Rohani aku berhabuk tidak dipenuhi. Satu hari aku terdengar ceramah ustaz mengatakan kalau kita tak boleh baca al quran kita kena pastikan kita jangan mati lagi. Kalau mati dalam keadaan tak boleh bca al quran, malaikat akan datang bertanya kenapa masa hidup tak belajar.

Terdengar akan ceramah itu aku terdetik. Aku menangis. Aku malu pada tuhan. Juga masih malu meminta bantuan manusia utk mengajarku kalam suci itu.

Satu hari aku beranikan diri, aku ke kedai buku membeli iqra, aku memegang al quran, aku membuka, tapi aku tak bisa membaca. Aku menahan air mata. Sebak sangat rasa didada.

Time2 macam tula dekat kedai mainkan lagu taubat by opick. Ngammm soi. Lagi bertakung air mata aku. Sepulang aku dari kedai buku meminta kakakku untuk mengajarkanku mengaji. Alhamdullilah kakak aku menyambut dengan baik..

Sekarang aku baru masuk iqra 4. Korang doakan aku dicerahkan hati dan dipermudahakan urusan aku untuk belajar al quran. Aku dah betul2 nak belajar membaca. Kalam suci Tuhan. Doakan aku mati dalam keadaan aku boleh baca al quran ya..

Terima kasih kerana membaca kisahku.

Yang benar,

– Sakinah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *