Persinggahan

Cerita yang bakal aku sampaikan adalah kisah benar tapi aku ubah sedikit situasi dan nama watak sebab kalau aku cerita keadaan dan nama sebenar, mungkin kawan universiti aku dapat tangkap aku siapa. Tak nak lah macam tu kan. Sebab ini akan effect dekat ‘watak’ yang lain.

Lagi satu, cerita ni panjang. Brace yourself!

Okay, jom mula. Buang balik tahun 2015. Aku berjaya memasuki satu universiti tempatan. Aku join satu badan beruniform. Seronok tapi penat. Aku enjoy tiap momen aku bersama dengan kawan-kawan uniform aku.

Oh, sebelum tu, watak dalam cerita aku adalah seperti berikut;

(ye, aku belajar dari Mus nak perkenalkan watak macam ni. Thanks Mus)

Aku = Sierra (code name yang Big Boss bagi)

Kawan uniform = Geng foxtrot

Pegawai latih = Big Boss

Pegawai/Juru Latih yang lain = Big Boss 2/lain

Kawan aku = Alpha

Jurulatih renang = Snake

Senior = Min Ho

Persinggahan? Benda ni terjadi antara aku dan Big Boss. Ni bukan angan-angan semata tapi realiti. Bukan cerita cinta, tapi cuma persinggahan di kehidupan dan mungkin juga dihati aku satu masa dulu.

Big Boss ni popular dikalangan unit uniform lain. Dari segi fizikal, dia bukan typical ‘abang uniform’ Melayu. Aku boleh kata dia ni Hyun Bin Malaysia hahaha. Eh, lelebih pulak!

Poin aku, dia ni ada rupa. No offense okay yang lain. Boleh bayangkan macam mana rupa paras dia? Aku dan geng foxtrot tak ada lah rasa macam minat atau rasa Big Boss ni special sebab tiap minggu kitaorang hadap dia. Kau rasa?

Big Boss ni sebenarnya baik tapi sebab kami dah nampak “perangai” dia bila dia marah jadi part yang tak baik tu lah yang kekal difikiran. Dia tak memaki tapi bila dia denda, paling sikit kau akan muntah hijau. Dia tegas bukan jahat.

Kitaorang tak benci tapi feeling menyampah tu ada. Tapi memang itu tugas dia jadi tak hairan bila dia lebih tunjukkan sikap tegas dia dekat kami. Aku boleh nampak yang Big Boss ni nak berkawan dengan kami, geng foxtrot. Ada sifat seorang abang.

Tapi sebahagian kami tak bagi peluang. Hubungan kekal ‘profesional’ sebagai Big Boss dan anak buah. Long story short, perkara ni berubah masa geng foxtrot di tahun akhir. Kami jadi rapat akhirnya.

Sebab Big Boss ni orang atasan aku, maka wujud gap antara kami. Aku dah set kat kepala otak aku, setiap orang atasan kira macam pensyarah aku. Tak boleh dianggap kawan tapi tak boleh sombong dengan diorang.

Jadi walau macam manapun Big Boss nak berkawan dengan aku, aku tetap layan dia sebagai Big Boss. Tak lebih, tak kurang. Habis tu part mana persinggahannya?

Okey aku start. Bawah ni aku buat nombor untuk beberapa situasi supaya cerita aku tak berbelit sebab aku tak tahu sangat macam mana nak sampaikan cerita haha.

1. Masa aku first year, aku ada join satu majlis dan aku jadi AJK bertugas dengan beberapa orang geng foxtrot aku. Arahan dia bagi melalui Whatsapp kebanyakannya sebab dia sibuk turun padang.

Dari group Whatsapp tu, mula Whatsapp secara personal. Tak selalu tapi ada. Setahu aku, geng foxtrot aku yang lain tak pernah pula dia Whatsapp secara personal. Selalu melalui group sahaja. Aku perasan benda tu jadi aku diam tak bagitahu sesiapa.

Ni lah permulaan kepada semua peristiwa dan perkara ni berlanjutan sampai aku tahun akhir. Soalan yang selalu dia tanya, “Sierra, kau dah makan belom? Aku kat *** ni. Nak minta tapao tak?”. Aku tak pernah terima pelawaan sebab taknak langgar ‘tradisi’.

2. Dia pernah duduk sebelah aku masa makan. Big Boss duduk dengan anak buah? Untuk pengetahuan, tak pernah dalam sejarah seorang Big Boss akan duduk semeja dengan anak buah masa jam latihan sedang berlangsung.

Geng foxtrot, junior-junior, Big Boss lain semua pandang semacam tapi takda yang tegur. Cukup bagi pandangan sinis dan bahan bualan mereka bila balik bilik nanti. Alpha yang duduk depan aku dah start rasa awkward dengan situasi tu.

Aku? Makan nasi guna garfu, makan apel guna sudu. Is it a big deal? Ya, satu situasi yang tidak normal bagi uniform kami. Kami dah langgar ‘tradisi’. Atau mungkin Big Boss yang langgar tradisi tapi aku terjebak sama dalam perlakuan dia.

3. Masa first latihan berenang, seorang Snake diimport untuk ajar kami berenang. Snake ni sumpah kejam. Masa latihan terjun papan anjal, dia akan standby kat bawah dan menyelam bila kami dah terjun.

Ada lah beberapa teknik yang dia ajar pasal ni tapi aku dah lupa. Tapi yang aku ingat time turn aku, aku panik kat bawah tu sebab aku ni gayat + tak pernah belajar berenang secara profesional. First time kan, jadi teknik aku salah.

Dia geram, dia tolak kepala aku masa aku tengah struggle nak naik cari oksigen. Dia tolak aku banyak kali. Aku dah tak cukup oksigen, aku genggam tangan dia dan tolak badan aku naik untuk keluar dari air tu. Masa aku dah kat atas, habis aku kena maki oleh si Snake ni.

Big Boss ada tapi dia diam. Dia santai kat tepi kolam. Bila Snake dah habis maki, Big Boss tanya aku kalau aku okay. Dia suruh aku naik, tukar pakaian dan minum air. Mental aku lemah dah masa tu.

Masa aku dah stabil dari makian si Snake tadi, aku terfikir, rasanya ada orang tarik baju aku masa si Snake tolak kepala aku dalam air tu.

Untuk korang lebih faham, masa aku dah nak sampai kat permukaan air tu, Snake tolak kepala aku masuk dalam air balik tapi dalam masa yang sama aku rasa ada orang tarik aku naik atas.

Aku syak Big Boss buat macam tu sebab masa aku timbul, muka Big Boss yang first aku nampak. Snake masih dalam air haha. Satu lagi, tenaga aku tak cukup nak lawan kekuatan Snake tapi aku rasa senang masa nak naik keluar dari air tu. Dasar Snake, sikit aku mati!

4. Ada satu masa, pihak atasan jemput seorang senior yang tampan dan gentleman ala-ala Lee Min Ho untuk ajar kami satu pelajaran (yang aku tak boleh disclose). Aku bertuah sebab aku dapat masuk kumpulan under Min Ho ni.

Jadi sepanjang 3 jam kami belajar, aku cuma mampu tersenyum. Tapi pelajaran tu masuk otak aku okay. Bukan takat muka Min Ho ja yang masuk. Waktu rehat, geng foxtrot yang satu group aku yang lain berkeliaran. Tinggal aku, Alpha dan Min Ho kat pondok tu.

Kami bercerita lah. Ada gelak tawa sikit. Big Boss nampak, dia singgah pondok kitaorang, “Ehh, Sierraaaa. Lama tak nampak”, kata Big Boss. Padahal tiap minggu aku hadap dia.

Dia pun menyampuk cerita sambil kata pertama kali dia nampak aku bahagia sepanjang jadi ahli uniform under dia. Dia senyum sinis pastu blah. Min Ho tanya aku “Big Boss jeles eh?”. Aku tahu aku takda can lagi dengan Min Ho. Titik.

5. Aku join satu pertandingan ni menggantikan Alpha sebab dia kurang sihat waktu tu. Aku bagitahu Big Boss, aku ganti. Masa hari pertandingan, Big Boss turun padang. Uniform lain ambil kesempatan lah nak beramah mesra dengan Big Boss.

Ada yang nak ambil gambar (maklumlah Hyun Bin Malaysia setahun sekali ja boleh jumpa oleh uniform lain). Ada yang cuma bagi salam sahaja lepas tu berlalu pergi dengan muka puas hati sebab dah bertahun nak ada kesempatan untuk bercakap dengan Big Boss. Ni betul eh aku tak tipu.

Sebab aku dah kata tadi kan yang Big Boss ni popular dikalangan uniform lain. Anyway, masa turn team foxtrot aku, aku terkejut dengar suara, “SIERRA, SIERRA, SIERRAAAAA”.

Ya, tiga kali dia jerit. Tiga kali tu juga aku dengar tapi buat tak endah sebab suara dia mengganggu fokus aku. Tapi aku toleh sebab aku tahu dia tak berhenti kalau aku tak toleh. Big Boss pandang aku sambil angkat tangan tunjuk thumbs up dengan senyuman lebar sampai ke telinga. Tanda sokongan dia.

Aku balas balik thumbs up dia. Budak uniform lain pandang Big Boss, pastu pandang aku, pastu pandang sesama sendiri. Diorang pun ada lah cerita nak bawa balik bilik nanti.

Aku tak kisah sebab itu perkara biasa bagi aku. Is it a big deal kalau Big Boss bagi thumbs up?

Ya, sebab Big Boss uniform lain semua duduk bawah khemah sambil sembang kedai kopi tak kisah pun pasal game tu. Jarang dapat tengok Big Boss uniform lain ni nak senyum apatah lagi nak bagi sokongan kat anak buah diorang. Tapi Big Boss kami? Siap jadi tukang sorak.

Masa aku kat bilik, aku terfikir, kenapa nama aku ja yang disebutnya? Kenapa bukan nama FOXTROT. Patutlah geng foxtrot tak cakap sepatah apa pun kat aku sepanjang game. Diorang terasa kot.

6.i. Masa kursus 5 hari 4 malam, kitaorang dibagi tugas masing-masing. Masa ni yang aku betul-betul perasan layanan Big Boss terhadap aku memang berbeza dengan geng foxtrot aku yang lain.

Tiap pagi dia panggil aku pergi pondok dia hanya untuk pegangkan cermin masa dia basuh muka. Dia suruh aku lap bersih kasut but dia. Dia suruh aku stay dekat pondok dia jadi orang suruhan dia. Tapi hanya masa-masa tertentu je lah dia panggil aku pastu suruh buat benda-benda merepek ni semua.

Perkara yang membuka minda aku pasal ni bile Alpha cakap kat aku “Boleh tak aku ganti kau jadi gundik Big Boss. Penat ah kena hell cenggini”. Aku baru perasan tujuan Big Boss panggil aku selalu pergi pondok dia adalah untuk elakkan aku kena hell tak tentu pasal oleh Big Boss lain.

Dia akan panggil aku bila Big Boss lain dah start angin dengan geng foxtrot. Aku terselamat. Aku salah sangka. Aku fikir dia kejam selama ni. Beberapa geng foxtrot tak puas hati dengan aku tapi aku faham.

ii. Untuk pengetahuan, sepanjang kursus ni, team Medic memang ada standby dekat Khemah Utama tapi diorang tak dibenarkan datang ke kawasan kami. Jadi kami memang sakit ke apa, kena tahan. Kecuali nak mati, baru kena hantar dekat Khemah Utama.

Tapi syukur takda lagi sejarah orang ikut kursus 5 hari 4 malam mati. Tapi lepas 3 hari, aku dah tak tahan. Aku kena ‘tapak kaki kecut’ sebab berapa hari pakai stokin basah tambahan waktu tu musim hujan.

Aku mengadu dengan Big Boss 2, sebab dia incharge waktu tu. Aku nak minta ubat. Tak perlu nak ke Khemah Utama. Big Boss 2 report dekat Big Boss pasal aku. Aku nak settle sakit aku ni diam-diam tapi jadi heboh pula. Sekali lagi Big Boss panggil aku ke pondok dia nak confirmation aku.

Tanpa berfikir panjang, Big Boss suruh Medic hantar ubat kat kawasan kami. Dari aku sorang, geng foxtrot yang lain pun minta ubat sebab rupanya masing-masing tahan sakit. Sekali lagi kami langgar ‘tradisi’. Tapi geng foxtrot aku yang lain pun dapat manfaat juga jadi diorang tak cakap apa kali ni.

Sebenarnya banyak lagi kisah antara Big Boss dengan aku. Tapi ni pun dah cukup panjang. Perlukah aku sambung? Actually, dia tak pernah kata dia suka aku. Tapi mata dia dan setiap perbuatan dia sampai kat hati aku. Orang sekeliling aku, geng foxtrot aku, Big Boss lain semua tanya benda yang sama kat aku.

Apa istimewanya aku dimata Big Boss? Kenapa dia selalu nak selamatkan aku? Kenapa dia selalu nak tunjuk kat orang yang kami ni ada ‘something’? Kenapa dia layan aku berbeza dengan geng foxtrot yang lain? Banyak persoalan yang sampai sekarang tak terjawab.

Aku tak pernah tanya sebab aku nak kekalkan gap tu sampai tamat latihan. Sampai bila-bila. I never wanna cross the line. Walaupun berkali sebenarnya Big Boss dah buat. Tapi itu urusan dia.

Kenapa aku kata persinggahan? Sebab hubungan yang tergantung ni mungkin cuma persinggahan dalam hidup aku. Tidak ada permulaan dan penutup yang nyata. Cuma momen-momen indah yang pernah singgah dihidup aku satu masa dahulu.

Sungguh banyak peristiwa manis yang terjadi tapi aku mula rasa, memori dengan Big Boss semakin lama semakin pudar. Aku bersyukur sebenarnya.

Kisah ni, aku tak pernah cerita dekat sesiapa kawan coursemate aku (diorang tak tahu Hyun Bin Malaysia ni wujud). Not even geng foxtrot. Aku simpan sendiri.

Diorang takat tahu apa yang diorang nampak dan dengar. Sebab tu kot aku selalu jadi bahan bualan. Aku tak kisah sebab akhirnya memang takda apa pun yang jadi antara aku dan Big Boss. No explanation needed.

Ironinya, lepas aku habis pengajian kami langsung tak berhubung. Macam mana seorang yang pernah ambil berat dengan aku langsung lupakan aku bila dah habis pengajian?

Mungkin niatnya dari mula lagi ingin jaga aku umpama seorang abang menjaga adik. Mungkin aku yang salah tafsir. Mungkin dia dah jumpa Yoon Se Ri nya. Mungkin juga ini yang dinamakan cinta tak semestinya memiliki.

Tapi sekarang aku dah ada kehidupan sendiri dan aku percaya Big Boss pun sama. Aku berterima kasih dengan Big Boss sebab sepanjang aku study dulu, aku tak terjebak dengan cinta. Aku tak buang masa fikir orang lain. Aku fokus study sampai habis pengajian dan tamat latihan.

Ini bukan cerita cinta umpama DOTS atau CLOY tu tapi ni cerita persinggahan antara Big Boss dan Sierra suatu masa dahulu. Untuk Big Boss, terima kasih sebab jaga saya. Sekian.

– Sierra (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *