Bersyukurkah Kita Dengan Allah?

Assalamualaikum.. Terima kasih kepada IIUM confession andai kisah aku ni disiarkan.

Aku nak share kisah hidup aku dan apa cita-cita terbesar aku, memandangkan ramai yang berkongsi kisah-kisah trauma dengan keluarga semenjak kecil. Tujuannya, nak mengajak kita semua bersyukur dan memperbaiki keluarga kita apa yang kita boleh perbaiki.

Nama aku Nik. Berumur 24 tahun. Adik beradik aku 5 perempuan dan 2 lelaki. Aku anak ke 4 daripada 7 adik beradik, 3 atas daripada aku tu semua perempuan. So, aku anak sulung lelaki.

Maaflah andai penulisan aku ni tak jelas ke, sebab aku ada simptom skizofrenik auditory (diagnose dengan sorang Prof Psikologi seorang pakcik dalam sebuah Jamaah Islam). Point aku mungkin akan terabur sikit, tapi aku cuba untuk susun sebaik mungkin.

Jadi, bermula kisah aku semasa aku bayi lagi, aku dibesarkan tanpa “role” seorang bapa. Hidup aku, semasa aku kecik dibesarkan oleh ibu yang kuat bekerja dan adik beradik perempuan.

Hidup aku penuh dibayangi dengan terma-terma “hantu”, “sihir” dan “saka”. Dengan ketiadaan ayah aku semasa aku kecik, hari-hari aku setiap malam mendengar tangisan kerinduan mak terhadap ayah.

Oh ya, mak aku jugak tersangatlah garang. Kami 5 beradik yang atas sahaja pernah rasai, 2 yang bongsu tak pernah rasa.

Betapa garangnya mak aku, semasa kecik pernah kakak aku dipukul dengan paip getah sampai terberak, sebab dia tak dengar kata je. Hasilnya, kakak aku membesar dalam ketakutan melebihi daripada aku.

Antara kemuncak dalam hidup aku, apabila mak aku yang sering tertanya-tanya pasal sikap ambil mudah ayah aku yang tidak memberikan sepenuh perhatian kepadanya, mak membuat keputusan untuk jumpa ustaz-ustaz dan tok bomoh.

Memandangkan kepercayaan masyarakat kita, suami isteri tidak mesra, “ini semua salah hantu” dan sihir. Hasilnya, ustaz-ustaz dan tok bomoh, mengiyakan ayah aku disihir.

Dan kata mereka, penyihirnya ialah salah seorang pekerja mak aku. Kebetulan, mak aku baru buka kelas al quran dan salah seorang guru al-quran tu sering minta gaji mahal dan banyak buat masalah.

Hidup kami 5 beradik yang atas ni, selalu dibayangi dengan ketakutan kepada hantu, sihir dan tiada orang yang boleh meneutralkan ketakutan-ketakutan kami sebagai anak yang tidak tahu apa-apa.

Apabila kami sakit, mak selalu sebut hantu punya kerja. Sehingga aku pernah percaya sangat-sangat sampai jantung aku rasa tertusuk-tusuk dan dibawa ke emergency. Oh ya, aku anak lelaki paling rapat dengan mak aku, selalu ikut mak kemana sahaja mak pergi dan menangis sama-sama setiap malam.

Aku tidak yakin(peraya) ini semua kerja sihir dengan makna khayal, sebab apabila aku dah besar sekarang baru aku fahami makna sihir dan kesan psikologi anak-anak pada “belief system” mereka.

Sebab aku sering depress, terlalu sensitive sehingga umur sekarang, yang membuatkan aku cuba untuk cari masalah diri aku sebenarnya.

Pasal “belief system”, contohnya kalau kau ajar anak-anak untuk takut kepada hantu hari-hari dan terapkan emosi takut tu dalam diri mereka, mereka akan membesar dalam ketakutan.

Ketika remaja, umur 13 tahun, mak aku masukkan aku ke sebuah sekolah aliran IKRAM MUSLEH. Kat sekolah ni, bermula kehidupan aku sebagai manusia. Aku dididik dengan penuh kasih sayang dan diterapkan nilai-nilai murni, dimana guru-gurunya sangat santun dan aktivitinya tersangatlah banyak.

Aku mula mengetahui sifat aku, ketika umur inilah. Tetapi aku tidak menemukan jawapan yang kukuh masa tu, sebab aku seorang yang sangat pemalu dan penakut untuk bertanya dengan penuh kesedaran.

Masa tu, aku duduk di asrama, dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 4. Semasa umur aku tingkatan 3 baru lah ayah aku mula hadir dalam hidup aku.

Antara soalan yang terbuku dihati aku masa tu, “Sape pakcik ni?”. Daripada sini aku kenal, oh dia ayah aku. Aku dibesarkan tanpa faham “value” sebuah keluarga. Begitu juga seorang kawan.

Sehingga sekarang, sejujurnya aku tak faham kenapa orang sedih apabila kehilangan ahli keluarga dan kawan. Bagi aku, itu semua hak Allah dan kita tak berhak untuk bersedih. Sekarang aku tersedar, apa yang aku faham pasal dunia selama ni adalah salah disisi agama. Mereka sangat bernilai.

Didikan Mak ayah dan sekolah ajarkan itu betul. Tetapi, disebabkan hidup tiada peranan bapa dan takut sangat kepada hantu, sehingga trauma banyak berkhayal, aku split daripada reality, skizofrenik auditory.

Aku memang sering berkhayal, sakit kepala dan depress, entah kenapa. Malah, aku sering mengatakan aku pernah nampak hantu, padahal itu semua khayalan yang aku fikir.

Soal belief system yang aku sebutkan sebelum ni. Dalam islam, apa yang kita alami mestilah diatas hujjah yang benar, nyata terjadi. Hatta perkara ghaib sekalipun. Contoh-contoh peristiwa yang Nabi S.A.W alami, semuanya “real”, bukan khayalan sepertimana kebanyakan kepercayaan lain.

Allah mengaku DIA Tuhan, dengan perkara-perkara yang “real”, ciptaan-ciptaanNya dan DIA Sang Pencipta. Kisah ahli sihir fir’aun yang rebah bersujud apabila melihat tongkat Nabi Musa betul-betul bertukar menjadi ular, pun sama.

Mana mungkin ahli-ahli sihir yang hebat boleh kalah hanya dengan satu tongkat bertukar menjadi ular? Maka, ini bermakna ahli-ahli sihir fir’aun yang memahami hakikat sihir, telah kalah dengan perkara yang bukan sihir, iaitu mukjizat yang benar-benar terjadi.

Apa yang aku dapat rumuskan pasal sihir, secara peribadinya mengikut pengalaman aku, sihir adalah satu trick psikologi/pengabur mata, otak kau distracted oleh magician/ahli sihir.

Dengan menggunakan bahan tertentu, waktu tertentu dan orang-orang tertentu untuk membuatkan kau percaya, kau disihir. Akhirnya, otak yang percaya(yakin) bagi sign kepada badan untuk kau rasa sakit disihir tu.

Contoh paling mudah, cuba kau percaya kata-kata ni, kau sebut bagi telinga kau dengar dan otak kau faham “suami kau disihir, sebab tu dia dah tak mesra dengan kau.. suami kau hensem, ramai orang suka.. dia dah tak suka kat kau..dia disihir..”

(Istighfar banyak-banyak, jangan buat kat orang lain, aku rasa ini salah satu teknik sihir/psiko).

Unsur2 negatif atau dalam islam dipanggil sebagai syaitan, transfer keburukan tu kepada orang lain. Iman yang kuat, boleh menepis semua perkara ni. Even, betapa mukjizatnya al-quran, secara umumnya memang boleh merawat sebarang “mental illness”(depression & anxiety).

Aku Berjaya figure-out perkara ni semua, apabila aku gagal berkali-kali dalam hubungan(relationship) yang aku “Nak Serius”, tetapi aku belum mengenal diri aku ketika itu. Sedih? Mestilah sedih sangat, even aku seorang lelaki, jiwa aku masih lagi seperti perempuan dan budak kecil.

Aku tak tahu cara untuk santuni perempuan, aku takde sentuhan mesra sebagaimana orang lain berkeluarga, sebab aku takut. Aku bercinta, tak sehebat orang lain, sebab aku berpegang dengan “takut dosa”.

Aku percaya, emosi aku masih belum terbentuk dengan baik, sebab banyak trauma dan tidak rasa sebebas anak-anak lelaki lain,

Aku sangat sensitif dan manja. Aku kehilangan 2 orang yang aku paling sayang selepas mak aku. Jiwa aku ketika bercinta tu, seorang lelaki yang “nerd”, tetapi sangat baik dengan semua orang.

Aku “Nice Guy” masa tu, nampak macam ustaz, pengongkong tegar dan dramatis melebihi perempuan xD, hahaha.. Malu throwback semula(kalau nak aku cerita kisah “nice guy”/”nerd” aku pakai baju pagoda ke kuliah, nanti aku sambung..)

Btw, its okay guys, Aku yakin Allah aturkan ini semua untuk aku dan 2 orang ex aku jadi lebih baik.. aku still sayangkan diorang, but aku percaya kalau aku get-back, mungkin Allah takkan bantu aku untuk aku “kenal diri aku yang sebenar”.

Mana mungkin Dia akan bagi apa yang kita minta dengan jalan yang dia tak redha kan?

Semenjak kecil sehingga akhir umur 23 tahun(bulan 12, 2019), aku sering menghukum lelaki-lelaki yang nampak maskulin sebagai jantan tak guna. Sebab aku ada trust issue dengan lelaki dan perempuan. Aku boleh tersedar yang aku selama ni “nerd/lurus”, sebab memang kami jenis analytical minded.

Entah macam mana Allah takdirkan aku sering terjumpa post2 pasal psikologi membuatkan aku kenal diri aku dan manusia-manusia lain, dengan detail. Sifat-sifat manusia, perkembangan emosi manusia, dan sifat “nice guy”/”lurus” aku selama ni.

Sebab pernah juga Allah hadirkan kesedaran yang sebenar-benarnya pada diri aku, selama 3 hari tak silap. Otak aku sangat laju waktu tu sifat cool, humoris dan maskulin aku muncul. Sifat ni datang, selepas aku berbulan-bulan bangkit dimalam hari minta Allah bagi aku rasa macam lelaki lain rasa, sifat maskulin @ kelelakian.

Selepas 3 hari, sifat tu hilang. Hati aku kuat mengatakan, inilah yang Allah nak bagi nanti, kalau aku terus mencari Allah, merendahkan hati dengan manusia, dan maafkan segala salah dan silap kedua ibubapa aku serta berusaha carikan cara untuk hadirkan rasa sayang kepada mereka.

Allah hadirkan hati aku untuk berbicara dengan diri aku untuk cari bahan-bahan bacaan “parenting”, “psikologi perkembangan”, buku-buku pembinaan diri dan banyakkan ibadah.

End up, aku tak tahu kenapa aku jadi berani untuk bertanya semua history keluarga aku kepada kakak sulung aku. And, kakak sulung aku ni, dia paling rapat dengan ayah aku. Dia tahu banyak rahsia keluarga, sebab anak sulung kan. Akhirnya, aku dah faham apa yang berlaku selama ni.

Mak aku, anak yatim bongsu perempuan yang tiada kasih sayang ibubapa, membuatkan mak tak tahu cara parenting dengan betul. Ayah aku pula mengalami trauma yang lebih teruk daripada yang aku alami semasa aku kecik, dimana atuk aku ada ciri yang sama cuma ditambah dengan sifat pukul anak.

So, bila aku dah faham, aku tersedar bahawa kedua-dua sifat mak ayah aku, sebenarnya pelengkap hidup aku yang aku perlu figure-out dan terapkan sendiri dalam diri aku.

Btw, kak log aku lah yang paling kuat rebel masa kecik. Dulu, aku tak suka dia sebab dia selalu stress dan melawan cakap mak aku.

Now, aku dah faham, istimewanya budak-budak yang ‘rebel’(mencari-cari jawapan dalam hidup) ni. She is the best student kat Sekolah dia dan dapat scholarship JPA. Takde budak yang saja-saja nak buat masalah, kecuali memang dia ada masalah yang tak setel pasal diri dia.

Rumusan aku, sempena PKP ni, aku nak kita semua muhasabah diri kita, Bersyukurkah Kita Dengan DIA? Teringat kata-kata ustaz dalam ceramah, “barangsiapa yang tidak mensyukuri manusia, bermaksud dia tidak bersyukur dengan Allah..”.

Didik hati untuk syukur dengan adanya kedua ibubapa kita untuk kita berkhidmat dan selalu tengok positive side jasa-jasa mereka. Takde lelaki dan wanita yang perfect kat dunia ni, kecuali ibu dan ayah kita. Pelengkap kepada personaliti diri kita yang tengah “lost” sekarang ni.

Kita sama-sama jadi agen pengubah dalam keluarga. Set-kan minda kita, “aku nak belajar daripada hidup ni”, buang sifat malu untuk rapatkan hubungan keluarga.

Cuba qiyamullail 2 rakaat minta sungguh-sungguh dengan Allah dan merendahkan diri dengan manusia(willingness to learn drp mereka). Ajak adik beradik dan ibu ayah kita untuk saling meminta maaf dan mengamalkan 4 perkara yang aku kongsikan, semua mesti buat tau. Inshaa Allah.

Cita-cita aku, jadi suami, ayah yang baik dan agen pengubah institusi kekeluargaan di Malaysia. Kalau tak sempat, tanpa rasa ragu aku nak syahid. Doakan aku. Assalamualaikum.

– Nik (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *