Assalamualaikum semua.. First of all aku nak ucapkan terima kasih pada admin iium confessions sekiranya sudi menyiarkan tulisan ini.
Sebenarnya aku malu nak cerita pada orang tapi aku perlukan pendapat dan sokongan moral daripada semua. Aku harap korang tolong komen yang positif sahaja. Tak ada tempat untuk aku mengadu jadi aku ceritakan disini.
Aku kenalkan diri aku sebagai BUNGA. Sudah berkahwin dan mempunyai masalah keluarga.
Aku tak tahu nak mula dari mana harap korang faham. Aku ringkaskan. Aku ada masalah keluarga. Mak aku stroke. Bapak aku sakit tua. Dan ada adikberadik tiri.
Buat masa sekarang mak aku dibawah jagaan aku. Bapak aku dengan sedara tiri aku. Niat aku nak ambik bapak aku tinggal dengan aku balik tapi sedara tiri tak bagi aku ambik bapak aku sampai kitaorang bergaduh.
Hmmm semua ni jadi bila mak aku stroke. Kakak2 dia datang bawak balik kg. Time tu aku tengah sarat mengandung dengan gangguan sihir sebab ada yang tak suka aku kahwin dengan suami.
Aku tak izinkan tapi diaorang bawa mak balik kg juga. Jadi aku buat keputusan untuk balik rumah mil bersalin dan berpantang. Bapak aku ditinggal dengan sedara tiri aku sementara aku habis pantang.
Bila aku dah habis pantang aku bawak mak dtg tinggal dengan aku. Anak dah besar aku nak amik bapak aku balik. Yelah aku amik mak aku dulu sebab ada hal dibawah penjagaan sana.
Jadi aku amik. Lagipun aku tak mampu lagi dari segi fizikal dan mental nak jaga anak kecik mak stroke dan bapak aku juga sakit.
Tapi sekarang aku dah mampu dari segi fizikal bila aku nak amik bapak aku, sedara tiri aku tak bagi. Dikatanya aku ni anak haram. Aku buang bapak aku.
Oh ya bapak aku pesara karajaan dan ada pencen. Segala kad bank, duit pencen sewa rumah dll sedara tiri aku yang pegang. Dia control semua duit sampaikan mak aku tk pegang langsung duit.
Dia kata mak aku tak ada hak mak aku nusyuz kahwin tak sah. Kalau mak bapak aku kahwin tak sah macam mana dia boleh walikan masa aku kahwin.
Duit bapak aku rasanya setiap bulan adalah dalam RM3+++. Sebelum ni sedara tiri aku tak pernah datang uruskan bapak aku walaupun rumah dekat. Dia datang ada lah dalam 5-10 minit tu pun setahun tak sampai 5 kali. Time raya, birthday datang makan amik gambar blah. Macam tu setiap tahun.
Bapak eksiden minta duit untuk bayar pada orang disuruhnya aku pergi buat report tunjuk bukti baru dia dan adik beradik dia tolong. Bila suruh datang tengok tak datang2. Kalau bab duit sedara tiri aku sangat kedekut.
Dia memang tak suka keluarga kitaorang. Jeles sebab rumah kitaorang ada aircond setiap bilik. Dan perabut/ tv dirumah tak sama macam dirumah mak dia. Padahal barang yang didalam rumah tu kebanyakkan aku yang beli untuk keselesaan aku.
Sekarang ni aku nak amik bapak aku tinggal dibawah jagaan aku. Mak bapak aku masih sah suami isteri. Tapi sedara tiri aku tak bagi mak bapak aku tinggal sebumbung. Aku rasa tak tenang aku tak bahagia. Aku stress tak ada yang nak tolong.
Semua orang dah digelapkan mata katanya aku yang salah aku yang buang bapak aku padahal orang tak tahu hal yang sebenar. Sedara mara sebelah bapak aku tak ada seorang yang datang nasihat atau dengar cerita bagi pihak aku.
Sedara mara sebelah mak aku hmm suruh biar bapak aku dibawah jagaan sedara tiri. Tapi aku tak boleh aku nak mak bapak aku dengan aku. Aku tak ada siapa2 selain dia orang. Mungkin keputusan aku tinggalkan bapak aku dengan diaorang sebelum ni salah. Ya salah aku.
Nak ambil lawyer aku tak mampu. Aku nak tuntut hak mak aku sebagai seorang isteri. Aku anak. Aku tak kuat. Rumah yang jadi harta sepencarian pun dah nak kena lelong. Kereta dah kena tarik. Mak aku takboleh urus kewangan bapak aku. Duit yang pakai beli pampers mak pun disoal sedara tiri aku.
Aku buntu. Aku sangat stress. Aku tak boleh duduk rumah aku takboleh tengok mak aku yang tak nak sihat. Aku faham mungkin dia pun stress tak ada semangat nak lalui semua ni. Tapi entah aku sangat perlukan pendapat.
Mungkin ada diantara kalian yang nak tolong urusan aku ni. Demi menyatukan keluarga aku.
Aku jumpa bapak aku sekali sahaja tahun lepas. Lepas tu dah diaorang tak bagi jumpa. Aku nak ambik bapak aku keluar makan pun tak bagi. Mak aku nak sembang dengan bapak aku secara privasi pun tak bagi. Dia duduk je sebelah mendengar. Nak call pun tak bagi.
Masa gaduh itu hari berperang mulut bapak aku nak ikut aku balik tapi diaorang tak bagi. Dia panggil jiran2 untuk halau kita orang . Aku sedih bila aku fikir mesti aku nangis.
Aku tak nak stress aku kena jaga emosi aku kesian anak2 aku kalau aku stress diaorang jadi mangsa. Aku cuba kawal aku lari dari semua toxic people. Aku bawa diri.
Aku harap korang bagi semangat untuk aku.
– BUNGA (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit