Hidup Bagaikan Mimpi

Kisah ini berlaku sekitar tahun 2016. Tahun yang sepatutnya aku bertunang serta berkahwin.

Aku tak pasti sama ada kelebihan aku atau secara kebetulan aku akan dapat petunjuk pada masa hadapan melalui mimpi. Tidak kira mimpi baik atau buruk, untuk diri sendiri, kawan-kawan atau keluarga.

Aku selalu bermimpi dan menjadi kenyataan sejak kecil lagi. Tetapi, aku sedar mengenai mimpi aku ni menjadi kenyataan ketika menjadi pelajar diploma.

Sebelum aku membuat keputusan untuk berkahwin pada usia agak muda, aku perlu membuat sesuatu iaitu meminta petunjuk daripada-Nya.

Selepas aku menunaikan solat Isyak, aku meneruskan dengan menunaikan Solat Hajat serta solat Isthikarah. Habis sahaja solat, aku membaca 11 surah pendek.

Aku join whatsapp group 11 surah amalan sejak tahun 2015 dimana para jemaah perlu update bacaan masing-masing setiap hari sekurang-kurangnya 2 surah sehari.

Antara surah yang aku baca ialah Surah Al-Kahfi (Ayat 1-10 & ayat 100-110), Surah Ad-Dukhan, Surah As-Sajdah, Surah Yasiin, Surah Al-Mulk, Surah Ar-Rahman, Surah Al-Balad, Surah Al-Waqiah, Surah An-Naba’, Surah Jin dan Surah Al-Insan. Selepas habis bacaan surah, aku terus terlelap tidur.

Mungkin rezeki aku pada hari tersebut aku mendapat mimpi tepat jam 6 pagi waktu subuh.

Aku bermimpi yang pihak rombongan lelaki tidak berkunjung tiba pada majlis pertunangan aku walaupun majlis ketika itu dijalankan seperti biasa. Tetapi, lokasi dalam mimpi tersebut aku membuat majlis pertunangan di kampung.

Macam mana aku boleh sedar dan tahu mimpi pada jam 6 pagi? Aku tersedar dan melihat jam di telefon untuk tahu pukul berapa. Aku dapat mimpi ni 3 bulan sebelum majlis pertunangan aku akan berlangsung.

Aku cerita mengenai mimpi ni yang majlis tak akan berjalan seperti biasa dan aku tak nak teruskan majlis. Tapi, ibuku berkata mimpi cuma mainan tidur.

Aku telah pun berjumpa dengan ustazah di tempat belajar untuk tahu kesasihan mimpi ni mungkin hasil solat isthikarah aku. Tetapi, jawapan ustazah pun sama macam ibuku. Teruskan majlis seperti biasa.

Pada awal bulan May, majlis pertunangan aku diadakan seperti biasa. Akan tetapi sehingga jam 12 tengah hari pihak rombongan tidak kunjung tiba. Cuba telefon bakal tunang tersebut tidak dapat.

Sebelum majlis berlangsung kami tiada apa-apa masalah. Mungkin di pihak lelaki yang mempunyai masalah untuk tidak mahu meneruskan majlis.

Air mata aku mengalir tanpa henti sebab aku terkilan. Terkilan aku dah diberi tahu serta petunjuk untuk tidak meneruskan majlis tetapi aku degil dan tidak menghiraukan mengenai mimpi ketika subuh hasil solat isthikarah.

Kawan-kawan yang hadir serta keluarga tak putus-putus memberikan kata-kata semangat serta sokongan buat aku yang mungkin calon suami ni bukan yang terbaik untuk aku.

Tidak sampai setahun kami tak jadi kahwin, dia pun sudah berkahwin bersama pilihan hati dia yang lain. Tidak mengapa sebab mungkin doa aku untuk ciri-ciri suami tidak ada pada dia.

Seminggu aku menangis tanpa henti. Masyarakat sekeliling mesti akan berkata-kata. Sebab sebelum majlis pertunangan kami, beliau kerap datang ke rumah keluarga aku. Aku kecewa dan menangis, aku mengaji sehingga aku penat dan terus tidur.

Aku mendapat mimpi sekali lagi yang dalan mimpi tersebut aku telah pun selamat akad nikah.

Majlis akad nikah berlangsung di tepi laut dan aku hanya boleh melihat suami ketika itu daripada belakang yang rambut dia sangat kemas, tak terlalu tinggi atau pendek serta tak terlalu gemuk atau kurus. Bila aku terjaga daripada mimpi, mungkin suatu hari nanti tapi tak tahu bila.

Lepas tak jadi kahwin, aku meneruskan pengajian ke peringkat ijazah. Ada seorang rakan kelasku bernama Amin (bukan nama sebenar). Amin menukar kelas masuk ke kelas aku pada tahun kedua.

Pada ketika itu, aku bercinta dengan rakan kelas ku yang lepasan diploma tempat kami belajar bersama-sama. Nama boyfriend aku ialah Shafiq (bukan nama sebenar). Tetapi, pada minggu ketujuh kuliah aku dapat mimpi ketika subuh tepat jam 6 pagi.

Aku bermimpi ada suara iaitu suara aku sendiri dan dalam mimpi tersebut bagi tahu yang “Inilah Future Husband kau nanti”. Aku nampak muka beliau dengan jelas. Orangnya bukan Shafiq tetapi Amin.

Masalah ketika itu aku terfikir sekarang aku bercinta bersama Shafiq dan Amin sudah ada kekasih hati. Pada mulanya aku abaikan mimpi future husband tersebut.

Malangnya, aku dapat mimpi bahawa Shafiq nak putus dengan aku tetapi dia tak nak cakap. Jadi, aku mengambil keputusan untuk putuskan hubungan. Shafiq tiada pujuk rayu untuk teruskan hubungan malah okey sahaja. Mungkin benar mimpi aku mengenai beliau.

Sebelum aku putuskan hubungan aku dengan Shafiq, Amin telah pun menjadi single sebab kekasih hatinya curang. Kini aku dan Amin single sehingg sekarang.

Aku tak pasti sejauh mana mimpi aku mengenai Amin adalah future husband atau pun tidak.

Oh ye, lelaki yang aku mimpi akad nikah rambut kemas dan bentuk badan beliau sama macam Amin. Aku cuba untuk bercerita mimpi ini kepada beliau. Malangnya, beliau tidak berminat untuk mendengar.

Selain daripada itu, aku bermimpi beliau merupakan morning person, ibunya kerja sebagai nurse serta beliau ada penyakit kanser.

Aku tak pasti sebab terlalu fikirkan Amin sampai masuk mimpi atau apa. Tapi, untuk aku tahu kebenaran mimpi mengenai Amin aku bertanya kawan rapat lelaki dia merupakan kawan baik aku juga iaitu Azhar.

Azhar mengatakan semua mimpi aku itu betul. Mengenai penyakit kanser Amin cuma memberitahu kawan yang terdekat dia sahaja. Aku tidak pernah tahu pun Amin ni sakit walaupun berulang kali ke hospital sepanjang semester.

Aku tahu mengenai dia sakit apa pun daripada mimpi. Amin telahpun selamat menjalani pembedahan sebab beliau merupakan stage awal. Banyak lagi aku bermimpi mengenai Amin semuanya betul. Cuma future husband ni aku tak pasti sejauh mana.

Disebabkan aku trauma mimpi majlis pertunangan tak jadi, maka aku mengambil langkah untuk tunggu Amin berkahwin dulu. Buat masa sekarang kami masing-masing berada di tahun akhir semester. Aku tak nak pisang berbuah dua kali. Jadi, untuk kali ni aku follow with the flow.

Aku dan Amin berkawan biasa sahaja. Mesej jika benda penting. Tetapi, ada juga dia bercerita dengan aku future planning dia lepas habis belajar ijazah.

Dia bercerita ketika kami berdua keluar makan lepas habis study. Dalam kelas dia selalu cuba untuk duduk dekat-dekat dengan aku paling penting selalu cari pasal juga. Sampai aku penat nak gaduh dengan Amin.

Ada suatu hari tu kami nak siapkan assignment, dia buatkan kuih onde-onde hasil air tangan beliau. Beliau sendiri yang offer untuk bagi aku rasa. Amin ni pandai memasak dan suka baking di rumah.

Aku terkejut dia buatkan kuih onde-onde sebab tu memang kuih kegemaran aku. Tapi aku tak rasa dia stalk aku sebab aku memang jenis suka benda manis. Di dalam media sosial pula, kami langsung tak follow each other. Hanya dalam whatsapp berhubung benda penting sahaja.

Buat masa sekarang, aku tak nak kata mimpi future husband itu betul atau pun tidak. Aku tunggu masa yang sesuai. Apa yang aku boleh buat ialah tunggu Amin kahwin dulu baru aku terasa sumpahan mimpi dah berakhir.

– Aina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *