COVID-19: Jangkitan Keatas Haiwan TIDAK BENAR

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, aku post sini dengan harapan boleh reach bigger audience and stop kan manusia manusia dari buang haiwan peliharaan mereka.

Aku post ni pun sambil berjurai air mata, dalam group haiwan dekat Facebook ni dah mula ada orang yang suggest racun / bunuh / buang haiwan peliharaan sendiri.

Semua bermula bila WHO discovered harimau malaya disana dijangkiti COVID 19 dan satu akhbar ni  pulak pergi post misleading tajuk “Jauhi haiwan peliharaan”.

NO. Inti kandungan berita tersebut melarang manusia yang SUDAH DIJANGKITI COVID 19 dari mendekati haiwan peliharaan mereka. Akhbar ini telah timbulkan panic dengan misleading title.

BELUM ADA BUKTI HAIWAN BOLEH MENJANGKITI MANUSIA.

Transmission terjadi kepada Nadia (harimau yang terjangkiti) adalah daripada keeper (penjaga zoo) dia sendiri, bermakna transmission terjadi antara MANUSIA keatas HAIWAN dan BUKAN haiwan keatas manusia.

Selagi haiwan peliharaan anda berada didalam rumah, tak perlu khuatir jika mereka dijangkiti sebab duk rumah diam diam dia nak berjangkit dengan apa. JANGAN LEPASKAN MEREKA DILUAR.

Mana yang sebelum ni memang jenis lepaskan haiwan kat luar, sila bawa mereka balik rumah, mandikan (tolong JANGAN pakai dettol, pakai sabun haiwan biasa sudah memadai).

Bersihkan tempat mereka bersihkan rumah anda then you’ll be safe I promise you insyaaAllah dengan izin Tuhan.

TOLONG JANGAN BUANG ATAU RACUN DAN BUNUH, mereka adalah keluarga yang anda bawa masuk kerumah.

Bila perkara jadi begini, membunuh atau mengabaikan mereka bukanlah pilihan terbaik bagi manusia yang dikurniakan kelebihan akal melebihi makhluk lain.

Berfikirlah dengan waras dan jangan ikutkan budaya panic tak bertempat.

Sebelum covid lagi sudah terlalu banyak anjing dan kucing diabaikan yang kami kutip dan jaga, sehingga tidak tertanggung lagi.

Ini berita belum pun sehari, dah panic semuanya nak buang haiwan masing masing, luruh hati membaca.

Dimanakah ihsan seorang manusia, haiwan haiwan itu tidak mengerti apa apa. Simpan, bersihkan, dan jagalah mereka. Dengan izin Tuhan kita, kita akan selamat dari perang yang tidak jelas ini.

– Dr. Syaf (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *