Hi, nama aku Kay. Terima kasih admin sekiranya luahan aku ini dipublishkan.
Aku seorang pegawai khidmat pelanggan yang bekerja didalam sektor penting (essential service) untuk sebuah syarikat kurier terkemuka di Malaysia.
Aku nak cerita tentang kami disebalik tabir yang bekerja sepanjang pkp dan situasi covid19 ni. Sebenarnya banyak yang aku nak ulas tentang sikap masyarakat. Aku tahu, kerjaya kami selalu dipandang rendah oleh segelintir masyarakat.
Sedangkan untuk pengetahuan korang, kelayakan minimun di contact centre kami adalah stpm & diploma. Ada juga diantara kami yang memiliki ijazah, diploma dan master. Jadi kami bukanlah individu yang kurang berpendidikan.
Berbalik kepada main isu kite, di sebalik saranan kerajaan untuk menggalakkan pembelian online, tahukah korang, kami dibelakang tabir yang menjawab dimaki hamun kerana barang yang dibeli/dipos kan tidak sampai.
Sampai ade yang cakap kami makan gaji buta, makan duit haram, setiap sen gaji kami tu hasil duit kalian. Pernah tak kalian terfikir kami keluar seawal pagi, untuk bekerja mencari rezeki halal? Saat kalian duduk dirumah kami masih bekerja.
Untuk pengetahuan kalian, sekarang memang ramai orang beli online. Dari baju, make up, hand sanitizer, mask muka, makanan baby, makanan kucing dan macam2 lagi lah yang dijual online.
Total barang yang diposkan terlalu banyak. Dengan saranan kerajaan untuk kurangkan 50% jumlah pekerja yang bekerja, kurangkan kontak antara indovidu, sekatan perjalanan sana sini, ade pulak kondo, tower syarikat yang tak bagi posmen masuk.
Semua ini menyebabkan kelewatan utk korang terima barang korang. Kalau barang korang selalunya boleh terima dalam 2-4 hari, sekarang akan jadi lebih 5 hari.
Dari staf kaunter, staf pejabat transit, pejabat sorting, pemandu dan posmen semuanya terhad. Bukan aku tak galakkan korang beli online tapi berbahasalah.
Barang korang lewat, korang maki posmen, korang maki jnt, korang maki poslaju, lex, skynet dan korang maki semua kurier di Malaysia.
Kami faham anda berhak marah, tapi tolonglah waras ketika call khidmat pelanggan, tolonglah beretika ketika buat pertanyaan di media sosial. Korang tengok fb jnt poslaju dan lain2, berapa banyak makian yang mereka terima.
Ada diantara korang yang mengeluarkan kata kesat kepada kami. Kami faham dan sangat faham dengan kerisauan korang untuk dapat barang korang dengan cepat. Kami juga kalau boleh nak bantu selesaikan dengan cepat.
Fahamilah, kami bekerja bukan dilapangan, kami bekerja berlandaskan sistem. Apa yang dikemaskini dalam sistem, itulah yang kami mampu beri. Kalau kurang maklumat, kami perlu dapatkan informasi dari lapangan dan itu memerlukan masa.
Menjadi orang tengah diantara pelanggan dan pejabat lapangan sangat sukar. Pelanggan mendesak, bila di ajukan, kami dimarahi kerana mendesak dan seolah kami tidak memahami mereka yang berada di lapangan.
Pelanggan pula marah seolah kami tidak buat kerja. Dan seperti biasa kami terhimpit ditengah yang akan menjadi mangsa sumpah seranah.
Pernah ada seorang staf kami membuat keputusan untuk berhenti kerja serta merta disebabkan oleh seorang pelanggan yang maki hamun beliau sehingga menyebut mak bapak kau tidak ajar.
Dan untuk pengetahuan korang, hari tersebut adalah hari pertama staf tersebut kembali bertugas setelah bercuti seminggu kerana ibunya meninggal dunia.
Pernah juga seorang staf perempuan kami yang sedang hamil menangis teresak2 kerana ada pelanggan yang berkata,
“B0dohlah kau ni, memang keturunan dengan anak-anak kau ni bodoh sekali ke ape”. Ibu mengandung jiwanya terlalu sensitif. Teganya kalian… Tekanan begini, kadangkala kami tak mampu nak hadapi.
Kami disebalik tabir ini, ditugaskan untuk membantu korang bukan menjadi punchbag korang. Simpan caci maki, simpan maki hamun tu, bertanyalaj dengan elok, kami tetap sedia membantu.
Kami sedar, kami bukanlah frontliner yang seperti nurse, doktor, polis, tentera bahkan posmen. Kami tak pegang jarum, tak pegang senjata, tapi percayalah setiap satu dari kami sentiasa ikhlas untuk bantu anda.
Kerjaya kami tidak bergaji besar, tapi kami tetap pertaruhkan nyawa kami utk kerjaya kami.
Akhir kata, bagi pihak khidmat pelanggan, aku mohon maaf sekiranya ada segelintir kami yang korang rasakan tidak membantu. Tapi percayalah, kami dibelakang tabir ini juga mahu anda gembira dengan perkhidmatan kami.
Kami bekerja untuk anda. Anda tetaplah duduk dirumah & menjaga kesihatan demi kita semua. Tidak lupa, berbahasalah. Tak rugi bersabar dan beradab.
– Kay (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit