Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Harap semua ok je menghitung hari sepanjang PKP berlangsung. Aku Seri. Aku ada benda nak berkongsi dengan anda semua.
Sebenarnya ada beberapa perkara yang trigger aku untuk menulis confession ini.
Yang pertama ialah kes adik Nurshahira yang dikenakan hukuman kerana menghina polis. Yang kedua ialah apabila aku melihat video pengakuan Ameng Spring tentang bagaimana beliau terjebak dengan najis dadah sehingga pernah dipenjarakan.
Dua perkara ini membuatkan aku merenung kembali perjalanan hidup aku. Aku mempunyai perangai yang sangat merisaukan mak ayah aku ialah aku selalu berkawan dengan orang yang ‘bukan dalam lingkungan’ aku.
Maksud aku ialah, ibu bapa aku jenis bekerjaya ok, sangat menekankan pelajaran, menekankan pendidikan agama. Tapi dari sekolah lagi walaupun aku kategori pelajar yang ok, aku suka berkawan dengan kawan2 dari kelas belakang, yang nakal, yang selalu kena marah dengan cikgu.
Kawan sekelas? Yang pandai, baik dan takde masalah disiplin? Entahlah. Tak boleh masuk langsung. Boleh berkawan, tapi susah nak rapat.
Kenapa?
Ada satu benda yang buat aku tertarik dengan golongan yang disebut di atas. Aku dapati, mereka ni jujur.
Kalau tak suka, kalau nak bergaduh, mereka akan gaduh habis-habisan. Direct berdepan. Nak maki ke nak boikot ke apa ke.. Terang2 je. Tapi biasanya tak lama. Busuk gaduh macam mana pun.. Akan tetap datang balik. Akan tetap ok.
Tapi.. dengan kawan2 yang konon “segolongan” ni? Mereka ramai yang cakap baik kat depan sebab nak ambil hati je. Kat belakang ada kumpulan lain, soseh kat orang lain macam2, depan buat baik sebab ada kepentingan. Bermuka2.
Eh.. Aku bukan kata takde yang baik. Ada je yang baik.. Tapi macam aku katalah. Susah nak masuk dengan aku. Entahlah.
Jadi berbalik kepada kes adik Nurshahira dan Ameng Spring tu.
Apa specialnya kea adik Nurshahira sehingga ada jutawan datang dari Terengganu masa PKP ni nak bantu jamin, bayar denda dan bayar duit guaman dia?
Apa specialnya Ameng Spring walaupun dah dua kali muflis kerana dadah dan dipenjarakan 6 tahun, tapi masih terbuka jalan dalam bidang seni dan survive?
Mungkin ini yang dikatakan… Pokok pangkalnya. Hati. Allah lihat pada hati. Hati mereka terbuka untuk berubah dan menerima hidayah, lalu Allah tunjukkan jalan walaupun keras dan pahit.
Kenapa istimewanya hati mereka?
Sepanjang aku bergaul dengan golongan yang selalu dipandang serong oleh ramai orang macam ni, biasanya mereka berhati baik.
Kalau tolong orang tu ikhlas tak mengharap balasan (walaupun sumber duit tu entah dari mana). Kalau tolong, takde sekerat2. Kalau tolong, tolong sampai habis. Tak pernah berkira.
Jadi aku rasa…
Asbab Allah menurunkan pertolongan sebegitu rupa ialah.. Kerana masih ada sisi baik dalam hidup mereka. Masih ada keikhlasan mereka menyebabkan jalan untuk berubah dibuka luas. Kerana hasil doa2 orang yang dibantu mereka dengan seikhlas hati.
Sekarang, aku bekerja di salah sebuah institut pengajian tinggi. Aku biasanya tak heran sangat dengan student high achiever (kecuali jika mereka ada kriteria tertentu).
Aku lebih suka memandang student yang orang kata entah pape. Takde masa depan. Problematic, kurang ajar, tak hormat pensyarah / staff.
Bila datang mendekati mereka, menyantuni mereka, masa tu baru tahu macam2 isu yang ada dalam hidup mereka. Di situ aku faham kenapa mereka berperangai macam tu. Cumanya, perlu ada suntikan daripada orang dewasa seperti aku supaya mereka tidak tersasar jauh.
Dan..
Aku harap.. Aku tidak judgemental kepada sesiapa. Manusia boleh berubah, jika hati mereka terselit kebaikan meskipun sebesar zarah.
Siapa kita nak menghukum kesilapan dan kesalahan orang lain, kerana kita pun tak pernah sunyi daripada salah dan silap.
Berikanlah harapan dan kemaafan pada orang lain seperti mana kita mahu dimaafkan dan dipercayai oleh orang lain.
Saling mendukung dan mendoakan.
– Seri (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit