PKP Dan Homework

Aku surirumah yang ada 2 anak lelaki dan 2 anak perempuan dari usia 12 tahun hingga 5 bulan. Banyak isu belajar dari rumah bila masuk pkp fasa 2 tapi sekolah anak aku ni hari pertama cuti sekolah, cikgu dah bagi pdf sampai 80muka surat. Suruh print dan jawab.

80 muka surat, mak. Anak aku dengar pun dah panjang muncung sebab tu belum lagi yang dah bagi dalam buku masa hari last sekolah. Aku tak ada printer. Bapaknya pulak balik kerja sebelum 12 malam.

So aku deal la dengan mak-mak budak dalam group sekolah yang ada print kat kedai, minta fotostate lebih dan aku bayar. Anak aku pun join study group dekat rumah kawannya dan mak budak tu pun up gambar sebagai bukti mereka ada buat bersama-sama.

Kalau nak harap buat dekat rumah takkan buat punya. Boleh perang banyak penjuru nanti. Ok bab ni dah settle sebab semua kerja sekolah yang dalam buku dan dari pdf dah siap pada beberapa hari sahaja cuti sekolah bermula.

Di awal pkp bermula, seriously aku rasa sangat bahagia. Aku tak tipu. Aku ni selalu sangat sakit-sakit kalau terlalu penat dan stress. Aku pernah buat check up di klinik sebab aku stress. Nasib baiknya aku masih boleh kawal dan aku sentiasa cuba kawal sebab tak nak kena refer ke pakar.

Yelah, kalau dah ke pakar lagilah macam-macam kena fikir lagi-lagi tipikal mak-mak ni bila sendiri sakit, banyak benda nak fikir hal anak-anak, rumah, ekonomi dan kerjaya suami.

So di awal pkp, laki aku jenis tak reti diam. Kemas rumah tahap ocd sebab anak aku yang 5 bulan tu dah mula menjelajah.

Sehari sampai 3 kali dia vakum rumah tak kira siang, malam atau selepas 12 malam, malah belakang karpet tu pun dia vakum. Aku yang surirumah pun tak pernah nak buat macam tu. Hahahaha…

Pakaian kotor, anak laki aku yang 12 tahun buat. Basuh pinggan, anak aku yang perempuan 9 tahun buat. Mengemas rumah semua orang kena buat termasuk anak lelaki aku yang 4 tahun sebab dialah dalang segala kesepahan dalam rumah. Maklumlah umur tengah aktif.

Bila lipat kain, yang 12 dan 9 tahun lipat baju masing-masing. Yang lain aku lipat dan yang 4 tahun kena susun dibantu yang 9 tahun. Ketua clenear adalah laki aku. Aku hanya uruskan mandi, tidur dan susukan si baby dan masak. Tu sahaja.

So aku memang tak rasa penat dan stress langsung. Biasanya aktiviti ni berlaku pada hari Ahad je. Itu pun kalau kami tak balik kampung tapi kali ni aku dah rasa sepanjang pkp.

Alhamdulillah ada hikmahnya. Aku ni ulat buku. Jadi aku ada banyak masa lapang untuk baca buku dengan tenang masa tu. Aku bahagia. Senang kata muka aku pun berseri-seri. Taklah serabut penat dan tak sihat.

Masuk pkp fasa 2, perubahan drastik berlaku dalam group-group sekolah. Cikgu seakan berlumba-lumba bagi homework, link, pdf, video, gambar sampaikan anak mula stress sebab lambakkan latihan dan kerja sekolah mendadak setiap hari.

Sekolah kebangsaan dan sekolah agama sama naik. Bezanya cikgu sekolah agama lebih tersusun. Bagi satu gambar, minta anak-anak salin dan minta parents update dalam group kalau dah siap. Agak-agak separuh murid dah siap barulah cikgu akan bagi homework yang lain.

Berbeza dengan sekolah kebangsaan, hari pertama cikgu sains bagi kerja sekolah ada 23 video, entah berapa pdf dan google dokumen suruh anak-anak jawab. Siap mention belajar sendiri jangan malas dan jawab sampai semua jawapan betul.

Anak aku dah terkedu sebab hari yang sama cikgu bm, bi, arab dan math bagi link tah apa-apa yang sejujurnya aku memang tak buka. Bukan tak nak buka tapi data terhad, slow pula tu.

Esoknya cikgu-cikgu bagi lagi link, pdf dan gambar. Suruh salin, buat dan jawab, anak aku mula merungut kenapa tiba-tiba bagi kerja sekolah dan latihan banyak-banyak. Katanya tunggulah satu-satu siap dan banyak lagi dia bebelkan yang aku rasa ada betulnya.

Setiap hari group sekolah takkan sunyi dari bagi link dan homework. Belum lagi peringatan dari cikgu sains yang setiap hari suruh itu ini.

Sudahnya jangankan anak, dengan aku sekali stress tengokkan sebab ayat-ayat cikgu tu seakan-akan memaksa. Seakan-akan nak kata parents kena ambil berat hal ni. Jangan malas.

Cikgu sains sahaja yang aku nampak sangat over bagi latihan dan homework. Subjek lain agak kurang. Kalau ada pun, bagi satu persatu agak-agak murid dah buat baru bagi lagi tapi naluri aku kuat mengatakan banyak murid tak buat. Hahaha.

Bila parents up masalah-masalah untuk sampaikan homework pada anak, cikgu semua pakat diam. Cikgu sains pula siap cakap kerajaan bagi 1gb. So manfaatkan untuk anak. Aku gelak jelah anggap statement cikgu tu sebagai hiburan sebab dia ingat 1gb tu besar dan cukup.

Ye memang cukup kalau anak sorang je, kalau dia buat dengan fokus, kalau line laju tapi semua sebaliknya. Opss… jiran aku yang anak seorang tu pun tak boleh handle anaknya buat homework.

Setakat ni untuk anak aku yang 12tahun tu jumlah keseluruhan homework sains sahaja 6 secara online, 6 dekat pdf didik yang aku tak tahu 1pdf ada berapa muka surat dan 1 dekat komik sains sebanyak 20 muka surat.

Subjek lain cikgunya masih lagi steady. Cikgu sains dah macam panic pembelajaran kot. Tu belum termasuk suruh baca buku teks dan selalu mention jawab sampai semuanya betul.

Akal anak aku ni pun panjang boleh tahan. Jawab kali pertama kalau salah, dia akan salin jawapan dan kali kedua dia jawab, dia tiru je jawapan yang dia salin. So betullah dah semua betul macam yang cikgu nak. Hahahaha… Aku dah tegur tapi diulang juga buat lagi.

Dahnya aku dah penat nak tegur sebab dia ada homework lain lagi yang perlu disiapkan termasuk homework penambahan dari cikgu sains daripada nak hadap satu set soalan sahaja. Dia ada adik lagi seorang yang perlu guna hp untuk buat homework.

Kenapa aku tak guna hp laki aku? Sebab laki aku kena work from home. Anak-anak ni jarinya ligat. Dibuatnya terpadam terusik itu ini, lagi la masalah besar.

Lagipun kalau abang kakak dah pegang hp, yang 4tahun akan tantrum sebab tak dapat pegang hp. Dia bukan tahu abang kakak pegang hp tu untuk homework. Yang dia tahu orang pegang hp untuk youtube.

Masalah utama aku sebab aku ada anak kecil yang lain yang sedang ligat. Walaupun laki aku banyak membantu tetapi dalam sesetengah hal ada juga yang dia tak boleh nak handle. Nak atau tak, aku kena bertukar jadi hijau atau singa atau transformers atau apa saja janji dapat kawal yang 4 tahun tu.

Yang 12 tahun tu pun satu hal. Tengah buat homework, kalau atas meja tu ada kertas kosong, sempatlah dia lukis beyblade, robot, pokemon atau apa je. Belum lagi kalau bapak dia ada letak skru driver atau test pen atas meja.

Tangannya ringan je bereksperimen sedangkan homework tu tak disentuh pun. Yang perempuan 9 tahun tu pun sambil buat homework, tiba-tiba nak tukarkan pampers adiklah, nak main dengan adiklah, sempat curi-curi main masak-masak.

Tu belum lagi masing-masing nak terberaklah, terkencinglah, nak minumlah, nak cebuk selepas kentutlah. Usik-usik yang tengah buat homework sampai hilang focus. Ada jelah alasan dan fiil masing-masing.

Nak pantau masa dia buat homework, macam aku cakap tadi, aku ada anak kecil yang lain. Lebih-lebih lagi yang 5 bulan menyusu badan dan bapaknya pula tak betah nak ajar anak lebih-lebih lagi subjek-subjek upsr ni.

Setiap orang ada masalah masing-masing yang tersendiri tetapi kalau level mak surirumah yang ada anak kecil macam aku, akan faham apa yang aku lalui.

Pkp dah tak indah macam mula-mula sebab lambakkan homework anak-anak yang aku kena pantau dan masalah line internet yang macam siput. Kasihan kau siput sebab selalu dipersalahkan sedangkan kau tak guna internet pun.

Aku taklah anti cikgu sains tu. Aku faham niat dia nakkan yang terbaik untuk anak-anak. Nak mengekalkan prestasi dan rekod sekolah lebih-lebih lagi ini sekolah baru dan tahun lepas mendapat keputusan yang membanggakan dalam upsr.

Cuma pelambakkan homework tu memberi tekanan pada anak-anak dan parents sebab ada subjek lain juga yang perlu buat. Cikgu lain tak ada pun macam cikgu sains tu.

Maybe sebab tengok cikgu sains dah over bagi homework, cikgu subjek lain pula membantu mengurangkan tekanan kat murid dengan tak bagi homework.

Cuma yang aku tertanya-tanya kenapa mesti bagi homework melalui pdf, link dan lain-lain yang berkaitan data internet sedangkan buku latihan dan buku teks tak sentuh? Biras aku yang cikgu pun tak boleh nak jawab. Sekarang viral lak isu potong gaji kakitangan kerajaan.

Well, aku bukanlah parents poyo yang sarankan kerajaan potong gaji cikgu sebab tak sekolah. Jabatan lain pun sama juga tak kerja. Kenapa nak petik kerjaya cikgu je?

Kalau diri sendiri pun tak nak kena potong gaji, janganlah bagi cadangan yang nak mencekik leher orang. Cikgu pun ada life sendiri yang nak dibayar dan sara. Mungkin yang berkata tu duit tak habis pakai kot.

Mula-mula aku ingat aku je yang rasa pressure dengan lambakkan homework dari cikgu sains tu sebab aku fikir anak aku memang slow belajar, banyak main dan tak segenius macam anak orang lain tapi tak sangka ada juga parents lain yang sekapal dengan aku. Adik-adik aku pun sama.

Anak sampai menangis nak buat sebab banyak sangat. Musim preasure dengan cikgu agaknya tapi kata mereka homework anak-anak mereka tak separah macam homework yang cikgu sains bagi. Pengajaran dan pembelajaran dekat rumah pula totally takkan sama macam dekat sekolah. Itulah cabarannya.

Aku cuma mengharap selepas pkp tamat dan sesi persekolahan kembali seperti biasa, cikgu-cikgu tidaklah memandang rendah kepada parents.

Kami juga mahu anak kami pandai. Tak ada parents yang nak anaknya ketinggalan pelajaran tetapi kita ni mangsa pandemic covid-19. Situasi ini berlaku diluar kawalan dan jangkaan kita.

Percayalah cikgu-cikgu, walaupun ada parents yang pegang ijazah, diploma, phd tapi kami tiada skill untuk mengajar. Tiada siapa dapat menggantikan kebolehan dan skill cikgu-cikgu dalam memberi pendidikan secara formal pada anak-anak. Sebab itulah kami menghantarnya ke sekolah.

Kalau ada parents yang anggap sekolah tu untuk melepaskan tanggungjawab jaga anak supaya cikgu yang jaga, memang melampau. Sebagai surirumah aku tiada masalah untuk menjaga anak 24jam. Anak sendiri, kan?

Pandai buat, pandailah jaga tapi pendidikan awal di rumah takkan sama dengan pendidikan formal dari cikgu-cikgu. Cikgu-cikgu janganlah menyalahkan parents jika anak-anak tidak siapkan homework yang diberi secara online sepanjang pkp ni.

Mungkin ada yang terlepas pandang dan macam aku cakap tadi tiap orang ada masalah masing-masing. Parents pastinya dah cuba sehabis baik. Parents yang pkp, lain cabarannya. Yang frontliner juga lain cabarannya untuk pendidikan dari rumah ni.

Sebelum parents nak kecam cikgu, sebelum cikgu nak kecam parents, sebelum parents nak kecam kementerian dan kerajaan, ada baiknya sama-samalah kita berdoa supaya pkp ni berjaya memutuskan rantaian covid-19.

Moga semua baik-baik belaka dan berjaya menangani stress sepanjang dan selepas pkp nanti. Aamiin…

– Mama yang sentiasa pkp (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *