Assalamualaikum semua, di musim PKP ni semua orang dari semua sektor terjejas menyebabkan ekonomi terjejas.
Saya tahu antara yang mengganggu ialah bayaran sewa rumah. Ramai yang tak dapat nak bayar sewa sebab tiada gaji terutama mereka yang berkeluarga.
Saya nak tanya, bukan ke kerajaan dah tangguhkan bayaran rumah untuk tempoh 6 bulan ni? Kenapa tuan rumah masih nak minta sewa rumah lagi? Kenapa tuan rumah kata jika penyewa tak bayar akan menjejas sumber pendapatan tuan rumah?
Bukan ke semua orang punya sumber pendapatan memang terjejas termasuk penyewa sekali? Penyewa tak kerja jadi mana nak ada duit bayar sewa rumah?
Lagipun kan kerajaan dah bagi kelonggaran tangguhan bayaran rumah untuk 6 bulan maknanya tuan rumah tak payah fikir nak kena bayar cukai apa semua tu.
Apa masalah tuan rumah lagi? Nak dapat duit dan goyang kaki ke semasa tempoh PKP ni? Tuan rumah tiada belas kasihan ke tiada ilmu hartanah ataupun tamak sebenarnya?
Tidak akan memberikan kesan pun kepada tuan rumah jika penyewa tidak bayar di tempoh PKP ni sebab tuan rumah sendiri pun dah diberi penangguhan.
Katakan lah kalau tuan rumah nak juga bayaran, tak boleh ke tunggu tempoh PKP baru suruh bayar ganda ataupun bayar setiap bulan tetapi dikurangkan sedikit jumlahnya?
Kurangkan RM50 pun telah meringankan beban penyewa sedikit sebanyak sebab RM50 tu boleh diguna untuk beli barang dapur.
Menurut klausa ‘force majeure’, covid19 kan di bawah bencana yang berlaku secara tiba2 tanpa diundang.
Jadinya setiap urusan boleh dihentikan di bawah force majeure walaupun isu hartanah tidak termaktub, termasuk dan boleh diguna pakai di bawah force majeure.
Tapi takkan secalit pun belas kasihan dan prikemanusiaan tiada pada hati tuan2 rumah sekalian?
Cuba letak diri tuan rumah sebagai penyewa2? Apa alasan lagi tuan rumah nak bagi jika rumah yang disewakan tu sebenarnya dah habis bayar pun pada bank?
Ini baru cerita pasal rumah yang disewakan pada penyewa berkeluarga, macam mana pula pada penyewa pelajar2 universiti?
Kebanyakan pelajar universiti ada yang balik ke rumah masing2 sebelum PKP mula dan ada yang masih berada di rumah masing2 kerana masih cuti semester jadi belum balik ke rumah sewa.
Macam mana dengan mereka ni? Mereka nak balik rumah sewa tak boleh di tempoh PKP, mereka nak ambil barang tak dapat dan mereka nak keluar dari rumah sewa pun tak boleh.
Seperti yang tahu kan kebanyakan universiti mengambil langkah belajar dan kelas online buat semester ni jadi tiada gunanya lagi pelajar membayar rumah sewa jika tidak duduk langsung buat semester ini.
Jadinya pelajar terpaksa terusan membayar sewa tanpa diduduki dan tanpa boleh mencari penyewa baru kerana kemungkinan untuk mencari penyewa baru amat tipis buat semester ni kerana semua tersekat di negeri masing2.
Harapnya tuan rumah dapat mempertimbangkan pengurangan bayaran sewa ataupun tidak mengambil sewa langsung dari pelajar2 di rumah sewa hinggalah berakhirnya semester ini.
Sepatutnya tuan rumah hanya memulakan bayaran sewa di semester hadapan ataupun dengan penyewa yang baru. Rasanya tuan rumah tiada rugi langsung bila tiada orang duduk di rumah dan bayaran pula ditangguhkan oleh kerajaan.
Ada tak mana2 tuan rumah boleh bagi pandangan di komen nanti? Ataupun pandangan dari penyewa sendiri?
Lagi bagus kalau pakar hartanah, pegawai hartanah, peguam hartanah atau sesiapa yang belajar dan mempunyai ilmu hartanah untuk tampil memberikan pandangan.
Jika dapat menyatakan klausa dan contoh kes sebelum ni yang berkaitan lagi bagus.
– Penyewa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit